APA SELANJUTNYA SELEPAS PAK LAH?Malaysiakini

| |
"SESIAPA SAJA BOLEH JADI PM"....Saya tidak sangka Pak lah akan cakap seperti itu. Apa maknanya tu? Adakah Pak lah setuju orang India, Cina atau orang Asli sekalipun, boleh jadi PM, begitu kah?
Bulan March masih jauh, Pak Lah dan cakap yang bukan-bukan.....Tapi kalau ikutkan perasaan, saya pun teringin nak jadi PM. Saya bukan hendak tinggal di rumah mewah PM di Putrajaya,atau duduk di bilik serba canggih di Pejabat PM, atau menjadi ketua di Dewan rakyat.....

Jika saya PM, saya ingin membebaskan semua tahanan ISA dan mansuhkan ISA dengan segera.Saya juga akan mansuhkan semua jawatan SB yang selama ini sentiasa melakukan kezaliman dan sering menyusahkan kami.

Biarlah semua tahanan ISA pulang kepangkuan keluarga masing-masing dan selepas itu, saya akan dakwa semua tahanan itu dimahkamah dan dibicarakan.Saya mahu segala bukti yang selari dengan tuduhan mereka itu dibawa kemahkamah dan akhirnya nama baik mereka dibersihkan dengan segera supaya, mereka tidak akan dipandang serong oleh sesiapa saja.

Itu sekiranya saya menjadi PM....Mungkin seperti angan-angan biasa,tetapi tidak mustahil perkara itu dapat dilakukan jika Pakatan Rakyat yang mengambil alih pucuk pimpinan....

Saya bersyukur kerana berpeluang menghadiri satu forum anjuran Amnesty International ,SUARAM dan CRC. Tajuknya memang menarik, iaitu "Apa selanjutnya selepas Pak lah?..." Panelis yang dijemput juga orang yang hebat-hebat belaka, antaranya Datuk Denison Jayasooria dari SUHAKAM, YB Siva, Ragu dari Bar Council dan YB Saari Sungib-bekas tahanan ISA dan ADUN Hulu Kelang.Nora Murat, presiden AI Malaysia menjadi moderator forum itu.

Auditorium di SCAH itu boleh dikatakan agak penuh. Kesemua panelis bercakap dalam kepakaran masing-masing mengenai harapan dan pandangan dimasa akan datang mengenai ISA, selepas Pak lah tidak menjadi PM....
Sukar sebenarnya hendak meramalkan apakah yang bakal terjadi pada ISA, akta kesayangan UMNO, selepas Pak lah tidak menjadi PM April tahun depan.....
Namun, yang pastinya, ilmu, kefahaman dan kesanggupan rakyat untuk sama-sama berjuang menentang dan memansuhkan akta zalim itu, adalah satu kekuatan yang tidak dapat dihalang oleh sesiapa saja.


0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]