HAKIM YANG BERWIBAWA MAMPU MEMBERI KEADILAN PADA TAHANAN ISA-Malaysiakini.

| |
Setiap kali mendengar ada tahanan ISA dibebaskan, perasaan saya tidak menentu.Saya hanya seorang manusia biasa,pastinya saya amat gembira dengan pembebasan itu,tetapi saya juga agak kecewa juga kerana bapa kepada anak saya, masih dikurung disana.Contohnya dalam kes RPK, Alhamdulillah, beliau mendapat Hakim yang berani membuat keputusan bahawa penahanan keatas beliau tidak sah.

Habeas Corpus suami saya pada tahun 2004 dulu dengan mudah ditolak tanpa sebarang alasan , sedangkan kami mendapat khidmat pasukan peguam Edmund Bon ,Amer Hamzah, Latheefa Koya dan Edward Saw ,yang memenangi kes tahanan ISA Nasarudin Nasir pada tahun 2003.Bezanya, Hakim yang mendengar perbicaraan tahanan ISA Nasarudin Nasir ialah Suriadi Abd Halim dan Hakim yang mendengar perbicaraan suami saya ialah Kadir Musa. (Tahanan ISA 'Jemaah Islamiyyah"(JI) Nasarudin Nasir telah ditahan pada 18 April 2002, hari yang sama dengan penahanan suami saya.Beliau dibebaskan pada 2006) Setiap kali saya "down" blogger ummuasiah yang banyak memberi nasihat pada saya kerana beliau ,adalah aktivis anti-ISA berpengalaman sejak zaman REFORMASI dulu.
Selain itu,saya ada keluarga GMI, yang sangat memahami jatuh bangun,gembira sedih mangsa ISA seperti saya.Anak-anak kecil pun amat memahami kerana mereka juga pernah menjadi mangsa ISA sejak dilahirkan.Contohnya Wasilah Saari ,ketika dalam kandungan ibunya, ayahnya Saari Sungib ditahan dibawah ISA.Asma Bad latif sejak berumur setahun dan Asiah Bad latif, sejak dalam kandungan ibunya lagi, telah merasai pergi demo dan menyertai pelbagai aktiviti bersama GMI.

"ISA kejam kerana tiada one set rule yang boleh dijadikan precedent..." demikian sms peguam Latheefa Koya pada saya malam tadi.
Bila RPK memenangi kes beliau, ramai aktivis anti-ISA yang bertanya samada 5 - 6 tahun dulu, suami saya buat Habeas Corpus (HC) atau tidak.Dan pertanyaan lain, kemungkinan kami tidak mendapat Peguam yang hebat untuk mengendalikan kes ini.Sebenarnya isu itu tidak timbul langsung kerana format perbicaraan semuanya sama, yang berbeza hanyalah Hakim yang mendengar perbicaraan itu samaada beliau berani atau tidak untuk memberi keadilan pada orang yang didakwa.


0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]