Jamaludin Jarjis ketinggalan zaman?-Malaysiakini.

| |
Sinar Harian - "KHUTBAH HENTAM KERAJAAN-Masjid di Felda guna Imam tiada tauliah"...
"saya tak kisah dia nak cakap pasal politik di markas PAS,tapi dia bercakap di Masjid, tak patut dia nak bandingkan negara ini dengan Zionis (Israil)...Jamaludin Jarjis"

Ayat-ayat ini jelas di muatkan di muka depan Sinar Harian Kawasan Pahang. Apa yang membuat beliau marah sangat? Puncanya, pada hari Jumaat 14 Nov, seorang Ustaz yang dijemput menjadi Imam di Felda Keratong 4, menyebutkan tentang ketidak adilan kerajaan yang menggunakan akta ISA keatas rakyat.

Apa yang ustaz itu sebut dalam khutbahnya?

1. Tahanan ISA tidak diketahui berapa lama di tahan. Selepas dua tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun.

2. Tahanan ISA bukan banduan kerana mereka tidak pernah disabitkan bersalah oleh mana-mana mahkamah,tetapi layanan yang diberikan sama seperti banduan yang telah dijatuhkan hukuman oleh hakim.

3. Isteri tahanan ISA diganggu oleh manusia yang mengaku SB. Psikologi mereka diganggu , malah ada rumah tangga mereka hancur akibat gangguan ini.

4. Telah terbukti, menurut isteri tahanan ISA Mat Sah Satray , SB memberi amaran, kalau beliau terus aktif dalam GMI membantu kempen kesedaran mansuh ISA dan membantu kebajikan tahanan, suaminya akan terus dibiarkan dalam tahanan, dengan tujuan membalas dendam kerana melawan peraturan SB!!Dan kini, Mat Sah masih merengkok di Kem Kamunting masuk tahun ke 7!!!

Itu saja isi khutbah itu, jika kurang percaya, sila lihat http:www.najwasuhaimi.blogspot.com

Jamaludin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin yang kebetulan menjadi makmum ketika itu, marah sangat kerana ustaz tersebut menyentuh tentang ISA, alat yang menjaga kekuatan UMNO, Parti yang mengamalkan "pecah perintah" tinggalan kolonial British.Sebab itu beliau mengeluarkan arahan ISA tidak boleh disebut di masjid dan sebarang khutbah yang menyentuh keadilan rakyat,semuanya berbentuk politik!!

Kesihan pada rakyat Rompin kerana memilih pemimpin seperti itu. Ustaz yang datang untuk membuat perkongsian kisah benar kezaliman ISA ,telah dituduh membawa perpecahan. Agaknya YB JJ itu tak tahu bahawa seluruh peguam di Malaysia sebulat suara menentang ISA. Mungkin beliau buat-buat lupa MCA,MIC,GERAKAN pun semuanya telah menyuarakan pendirian bahawa ISA tidak sesuai digunakan keatas rakyat? Apakah yang disebokkan sangat oleh beliau hingga begitu lemah dan tidak up-to-date nya dengan pelbagai maklumat terkini mengenai ISA?

Berapa ramaikah lagi rakyat yang telah tersilap pilih pemimpn seperti orang-orang Rompin itu???

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang yang x faham agama je yng ckp ISA tu relevan.sendiri mcm2 skandal x fikir plak..mcm mana la pemimpin mcm ni bole ade lg...

Merah Hitam berkata...

Tanpa nama,

Sebenarnya, orang yang faham agama pun masih tidak jelas dengan isu ISA ni....Tak tahulah samada mereka rasa isu ni kurang penting atau malas nak kesah....

Tetapi sejarah telah membuktikan, kefahaman tentang isu semasa dan keinginan untuk mendapatkan hak dari pelbagai sudut, akan membuka minda untuk mengetahui tentang ISA ini dan segala kejahatan nya.

zaina berkata...

Kita jangan sangka buruk pada orang, jangan pndang buku melalui kulit nya...jika kita nampak orang tu baik, terus di puji... Saya teringat satu cerita pada zaman dulu ada lah seorang pemimpin, bukan main berpengaruh, kalau cakap tu Islam.... Islam....... siap dengan sengau nya sekali. Pernah di jemput menjadi khatib solat jumaat. Masa baca khutbah siap dengan kopiah, janggut nya dan jubah.. Alih-alih pastu kena tangkap meliwat...Oh Imam Contoh

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]