NASIB RAZAK BERTUAH, TAHANAN ISA???Malaysiakini

| |

Sidang akhbar Razak Baginda dibatalkan- Malaysiakini.


Kes 1.


Satu Malaysia sudah tahu, Razak yang baru dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh wanita Monggolia, telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam Jumaat lepas.Bertuah lah Razak kerana dibelakangnya ada VVIP yang sentiasa membantunya.(Ini berdasarkan sms antara VVIP dan Peguam itu.


Dari Malaysiakini dilaporkan"...setelah 2 tahun di penjara, beliau perlu satu jangkamasa untuk sesuaikan dirinya sebagai seorang yang telah bebas....".Beliau ditahan di penjara selama 2 tahun dan kesnya dibicarakan di Mahkamah.


Laporan itu menyebutkan lagi "...memandangkan pada keadaan kesihatan beliau, kemungkinan akan tinggal lebih lama di Malaysia .....".Kemungkinan Razak ingin bercuti keluar negara selepas bebas dari tuduhan itu atau mungkin beliau dan keluarga akan pindah dari Malaysia dan tinggal di luar negara.(Maknanya, ada banyak lagi duit Razak untuk pergi ke luar negara...)


Kes 2.


Seorang tahanan ISA( Saudara M) telah ditahan di Kem Kamunting sejak awal 2002.Beliau telah dituduh sebagai Ahli Jemaah Islamiyyah (JI).Beliau tidak pernah di bicarakan dimana-mana mahkamah.Beliau telah dibebaskan pada tahun 2007.Maknanya, beliau telah ditahan selama hampir 5 tahun.


Beliau telah kehilangan semua yang telah diusahakan. Kilang-kilang telah dirampas oleh bank, rumah telah tergadai dan beliau sendiri telah diisytihar muflis.Dimasa yang sama, beliau masih dikenakan sekatan kawasan. Maknanya, beliau boleh berada di kawasan sekitar daerah rumahnya, dari 6 pagi hingga 9 malam.Jika keluar ke daerah lain, terpaksa minta kebenaran polis.


Sejak keluar dari Kem Kamunting, beliau terpaksa memulakan hidup baru dari kosong. Tiada simpanan mahupun bantuan dari mana-mana VIP untuk beliau memulakan hidup baru. Polis Cawangan Khas (SB) juga masih sentiasa memantau pergerakan beliau.


Bandingkanlah, betapa bertuahnya Razak, yang berkawan dengan VVIP. Dan lihatlah betapa hodohnya nasib tahanan ISA. Orang yang dituduh bersubahat membunuh, telah dibicarakan dimahkamah dan telah diketahui nasibnya. Tetapi orang yang dituduh sebagai Ahli Jemaah Islamiyyah, kehilangan segala-galanya dan nama baik beliau langsung tiada peluang untuk dibersihkan di mahkamah.


Adilkah ini???Bagaimana pula nasib tahanan yang telah ditahan hampir 7 tahun?Bagaimana mereka nak menyesuaikan diri bila keluar nanti?
Note: Puan Hapipah dari Sabah, suaminya ditahan lebih 6 tahun.

1 ulasan:

ummu asiah berkata...

merah hitam...

macam sehati sejiwa saja latest entry ni dengan latest entry di blog ummuasiah:))

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]