MINYAK DAH TURUN , ISA...BILA NAK MANSUH? Malaysiakini.

| |
Hari ini, minyak dijangka turun lagi 15 sen dari kenaikan mendadak sebanyak 78 sen beberapa bulan yang lepas.Siapa sangka, setelah rakyat berhempas pulas memberi pelbagai tekanan pada kerajaan, rupanya, bukan minyak saja yang turun, tetapi PM pun berjanji akan turun sama pada bulan Mac tahun depan....


Persoalannya kini, adakah rakyat sudah gembira dengan penurunan harga minyak dan janji PM akan letak jawatan pada bulan Mac tahun depan? Adakah ini bermakna, rakyat sudah lupa bahawa ada lagi halangan besar dihadapan sana, iaitu ISA dan bakal PM baru?
Saya berharap, rakyt tidak akan cepat lupa pada kezaliman ISA yang masih menjadi benteng utama pemerintah yang zalim untuk terus berkuasa di Malaysia yang kita cintai ini.

Sekadar peringatan pada diri saya dan mereka yang berugama Islam, sila lihat Surah Huud ayat 13 yang bermaksud...."janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim...." maksudnya, janganlah kita bersetuju dan meredhai perbuatan orang yang zalim itu.

Dan dalam isu ISA, bukan ugama Islam saja yang mengharamkan akta ini, bahkan semua ugama yang menjadi anutan dan kepercayaan pelbagai kaum di Malaysia ini, turut mengecam tahan tanpa bicara sepertimana yang sedang di laksanakan oleh Menteri Dalam Negeri menggunakan ISA selama ini.

Jika orang Penang dan orang dekitar K.L serta P.Jaya sanggup mengadakan Vigil setiap minggu menuntut supaya ISA di mansuhkan, pasti ada berbagai cara yang lain boleh dilakukan untuk memberi tekanan supaya ISA segera di mansuhkan. Keberanian Ustaz Suhaimi menyelitkan isu ISA di Khutbah yang dibacanya, adalah satu contoh terbaik untuk mendidik rakyat supaya sedar tentang kejahatan ISA yang selama ini digunapakai oleh UMNO untuk menutup hak rakyat supaya hidup dalam suasana bebas dan merdeka.



Minyak sudah turun dan sekarang kita tumpukan perhatian untuk mansuhkan ISA. Selama semua peringkat rakyat yang mahu berfikir dan bertindak sebagai seorang yang bebas dan merdeka, sering di bayangi oleh ISA. Semua orang tahu ada Special Branch (SB) dan informer-informer yang menjadi kakitangan tetap Menteri Dalam Negeri mengekori rakyat supaya mereka tidak berfikir dan bertindak lebih waras.Dan rakyat tahu, ekoran dari intipan SB-SB ini ialah ,peluang-peluang untuk di kenakan ISA yang boleh menghapuskan kehidupan mangsanya kerana orang yang di tahan dibawah ISA, akan kehilangan segala punca pekerjaan dan boleh ditahan bertahun-tahun di Kem Kamunting.

Jadi...., adakah rakyat akan membiarkan saja akta itu terus-menerus digunakan oleh pemimpin sedia ada untuk terus menakut-nakutkan dan menghantui hidup kita???

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semalam di PJ candle vigil, buat pertama kalinya kami mendapat permit. Tapi, permit itu, boleh dikatakan tak guna langsung!! Tak dibenarkan bakar lilin, tak dibenarkan pakai pakaian anti ISA dan paling teruk tak dibenarkan bersimpati terhadap tahanan ISA!!! Bodoh punya BN!!!

Merah Hitam berkata...

kkitsam,
Saya miss program terbaru ni sebab balik kampung ,Mak Tua sakit tenat.
Saya suka pergi Vigil,tapi kalau pasng lilin pun tak boleh, dah melampaulah tu.jika tak bersimpati, itu subjektif sikit kerana boleh simpati dalam hati, tapi jika tak bagi pakai baju ada tulisan ISA dan tak boleh nyala lilin, itu memang dah keterlaluan...Lebih baik tak de permit, kan???

Wbpun, teruskan usaha dan saya amat menyanjungi segala tindakan oleh semua peserta vigil.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]