TERIMAKASIH KERANA PERIHATIN TERHADAP KAMI.

| |

" Kak!!! Banyaknya duit Raya!!! Saya tak pernah nampak duit sebanyak ini...." kata Puan Jo dari Sabah (gambar atas) sambil menangis terharu sebaik menerima sumbangan RM1k yang disampaikan oleh En Lutfi, dari HARAKAH, penyumbang terbesar kepada GMI untuk mendapatkan bantuan Raya pada keluarga Tahanan ISA di seluruh Malaysia.Kemudian diikuti oleh NGO Jamaah Islah Malaysia (JIM),Kerajaan Negeri Selangor dan PAS kawasan yang datangnya dari PEMUDA dan Muslimat.

Puan Zulaiha, isteri pada Tahanan ISA Murad Sudin,satu-satunya keluarga ISA di Perak, siap dibawa membeli belah di pekan Teluk Intan dan mendapat sumbangan duit dari Kerajaan Negeri Perak.Terimakasih pada YB Lih Kang, bekas s/u GMI yang banyak membantu memudahkan urusan kami.

Sumbangan kerajaan Selangor tidak dihadkan pada penganut Islam saja, tetapi diberikan sekali kepada isteri tahanan ISA Hindraf dan beberapa tahanan non-muslim yang nama mereka ada dalam simpanan kami.Terimakasih pada YB Gan dan YB Rodziah yang memudahkan urusan ini.

Semakin lama tahanan ISA di tahan di kem, semakin tinggi pula sokongan untuk semua mereka yang sedang dianiaya oleh Menteri Dalam Negeri dan SB2 nya.Inilah yang telah dizahirkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum,tanpa ada batas bangsa atau kepercayaan, ramai yang yang telah menyahut permintaan yang saya luahkan melalui blog MerahHitam ini.
"Sasaran RM20k hampir tercapai ,Alhamdulillah" kata Nashita dalam perjalanan mengambil cek dari Datuk Ambiga dari Bar Council.Sumbangan itu sebahagiannya telah diserahkan pada mereka dan selebihnya akan diberikan menjelang musim buka sekolah nanti.

Pada sesiapa yang masih ingin menyumbang, boleh berhubung dengan Pn Nashita di hp 0132096373.

"Terima kasih pada semua yang sangat perihatin pada nasib kami" kata Puan Nolmin juga dari Sabah (gambar bawah) yang mengesat air mata ketia menerima sumbangan dari kami semasa kunjungan saya saya dan team HARAKAH ke Sabah minggu lepas. Wang tersebut tidak dapat menggantikan suami mereka, namun, sekurang-kurannya, isteri dan anak yang di tinggalkan, tidak akan peing kepala memikirkan wang untuk membuat persiapan menyambut Lebaran yang datangnya setahun hanya sekali.

1 ulasan:

Chang Lih Kang 郑立慷 berkata...

Akak, kenapa tak sebut krjn perak? ;p

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]