MERAH HITAM telah dipilih sebagai tajuk bagi blog ini kerana saya masih lagi dizalimi oleh akta jahat ISA.
Sejak Mat Sah, ayah kepada anak saya ditahan oleh kakitanganMenteri Dalam Negeri pada bulan April 2002, hingga kini, beliau tidak pernah pulang kerumah. Bukan setakat itu saja, beliau yang tidak pernah dibicarakan dimana-mana mahkamah terbuka di Malaysia , selama 6 tahun ini, merengkok di Kem Kamunting dan dilayan bagaikan seorang banduan.Walaupun di Malaysia ini ada banyak penjara yang berhampiran dengan tempat tinggal saya di Kuala Lumpur, namun tahanan ISA seperti beliau hanya ditempatkan di Kem Kamunting, di Taiping, Perak yang jaraknya hampir 350km dari rumah kami.
Untuk bertemu dengannya,saya dan Suhaib terpaksa bermusafir selama hampir 4 jam ke daerah itu dan dibenarkan bertemu selama 45 minit saja.Dan…saya telah melalui kehidupan yang memeritkan seperti ini lebih dari 6 tahun!!!Telah ditakdirkan menjadi mangsa ISA, saya tidak hanya berdiam diri menadah tangan di tikar sejadah saja.Selain berdoa,saya juga melibatkan diri dengan para aktivis hak asasi manusia dibawah platform Gerakan mansuhkan ISA (GMI).Saya menuntut pada pihak berkuasa,hak-hak peribadi Abah Suhaib sebagai seorang manusia bebas dan merdeka, yang kini sedang dicabuli dengan serius oleh akta zalim ISA ini.Kini, ramai yang mengenali saya sebagai salah seorang aktivis GMI.
Warna merah adalah menandakan perjuangan saya masih tetap membara dan berterusan manakala warna hitam mewakili kehidupan kami mangsa ISA yang sentiasa dalam keadaan sukar dan penuh dengan penderitaan.
Dan hari Ahad telah di uar-uarkan sebagai hari Merah Hitam kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin dengan isu ISA ini. Pada hari itu,semua rakyat Malaysia yang bendikan kezaliman dan cintakan keamanan,diminta untuk memakai pakaian yang ada unsur warna merah dan hitam sebagai tanda protes berterusan terhadap akta zalim ISA ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Saya baru tahu wujudnya blog mangsa thanan ISA ini. Insya Allah saya akan bagitahu kepada yang lain tentang wujudnya blog ini.
Saya harap puan akan sentiasa menulis di blog ini. Sama-sama kita berdoa agar Allah merahmati kita semua.
P/s: Saya tak dapat nak bayangkan jika ayah saya ditahan ISA :-(
Terimakasih kerana sudi melawat blog ini.Saya takpasti adakah ini blog pertama dari mangsa ISA....kehadiran blog ini adalah sebagai tempat on-line-news bago meluahkan kezaliman ISA ysng membelenggu hidup kami.We, the ISA victims, alsi want to lead a normal life..
sebak rasanya membaca coretan puan...apatah lagi tatkala menyambut lebaran,pasti kelibat seseorang yg bergelar suami/ bapa pasti dirindui.Saya harap puan tabah dlm m`harungi hidup dibwh rejim BN.ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR
Catat Ulasan