Syamil (baju kotak-kotak) berusia 4 bulan ketika ayahnya ditahan dibawah ISA.Kini Syamil dalam darjah 1. Sofwan kini dalam darjah 5.Ayah mereka ditahan pada 30 Disember 2001, hingga kini masih lagi menghuni salah satu dorm di Kem Kamunting.
Ada ramai lagi anak-anak yang sebaya Syamil dan Sofwan yang terpaksa meneruskan kehidupan tanpa ayah,sebagai ketua keluarga dan orang yang mencari nafkah untuk mereka sekeluarga.
Bagi Syamil dan Sofwan, hampir 7 tahun mereka menanti kepulangan Abi mereka, namun tidak diketahui bilakah impian untuk hidup bersama, akan menjadi kenyataan...
Melalui data Pusat Sokongan Keluarga GMI, ada 50 keluarga amat memerlukan bantuan dari anda semua. Sekiranya ada wang zakat atau tunai yang ingin di sumbangkan, sila hubungi Bendahari GMI ,Puan Nashita, 013 2096373 atau boleh disampaikan melalui di akaun May Bank 162209939776 .Sumbangan anda amat bermakna bagi semua yang sedang dizalimi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Boleh puan bagi details lagi tentang sumbangan yang diperlukan tu? Hanya sumbangan wang diperlukan ke? Kalo sumbangan barangan?
Insya Allah saya akan cuba bantu selagi mampu. :-)
Salaam,
GMI menerima apa saja sumbanganyang akan di berikan.Biasanya sumbangan duit tu mudah untuk disampaikan pada keluarga yang terbabit, boleh diberi melalui akaun dsb.
Pemberian lain juga dialu-alukan.
Terimakasih diatas kesudian untuk membantu.
Catat Ulasan