DEMO ISA , YB RODZIAH & DOA AKHIR RAMADHAN

| |


Gambar atas.
Baru nak buka banner, sepantas kilat di rampas oleh polis. Selain banner, playcards juga turut di ambil dengan rakus. Semua lapisan kaum, Melayu, Cina dan India membenci ISA- (gambar itu membuktikannya).Makin lama kebencian itu semakin nyata. Ternyata, rata-rata rakyat Malaysia masih waras untuk membezakan yang haq dan yang bathil, yang adil dan yang zalim...namun malangnya perasaan murni itu tidak dirasai oleh Penguasa ISA itu sendiri....
Walaupun demo itu berakhir dalam masa yang singkat, namun kesannya tetap membara dihati rakyat....

Nota: Saya (bertudung merah cermin mata hitam) bersama Cynthia Gabriel Koordinator SUARAM.

Gambar tengah.
Sebaik saja "dihalau' oleh polis, saya dan Nashita bergegas ke pejabat EXCO Kebajikan Selangor, YB Rodziah. Ada PC disana. Buat pertama kali dalam masa 48 tahun, keluarga tahanan ISA dapat pembelaan dari pentadbiran sebuah negeri. Ini adalah rekod baru sesuatu yang istimewa menjadi anak Selangor!

Selama ini, kami mangsa ISA pernah menebalkan muka minta bantuan dari JKM ,Pusat Zakat dan Baitul Mal, tetapi..... kami dilayan seperti sampah .Bukan tiada usaha untuk bertemu pengarah JAKIM,Pusat zakat, atau Baitul Mal, tetapi orang2 besar di institusi itu sering mengelak bertemu kami dari GMI. Tak pelah... di dunia mereka mengelak, diakhirat nanti ,biar mereka jawab sendiri depan Allah SWT!Terima kasih dengan bantuan kewangan dan pengangkutan Bas dari K.L ke Kem Kamunting.

Nota: YB Rodziah bertudung hijau dan Nashita tersenyum menerima cek sumbangan dari Negeri Selangor.

Gambar bawah.
Walaupun rakyat dari semua lapisan minta supaya ISA di mansuhkan, namun, nampaknya pemimpin UMNO-BN tetap memerlukannya. Memang tiada jalan lain, melainkan PR mengambil tempat memerintah negara, barulah ISA akan dapat di buang dari Malaysia ini.

Lihatlah renungan kosong anak-anak ini.....adakah cukup sekadar membelai kepala mereka dan memberi kata-kata simpati? Jika tiada bantuan material pun, sekurang-kurangnnya, sama-samalah doakan agar mereka yang zalim akan segera dihapuskan Allah dari muka bumi ini. Di malam akhir Ramadhan ini, dalam sujud-sujud terakhir, pohonkanlah agar impian PR memerintah menjadi kenyataan dan semua mereka yang sedang dizalimi, akan dapat dibebaskan dari lubang neraka itu.

Nota:

Kanak-kanak itu ialah Fatih(baju merah) dan Fatihah, bapa mereka telah ditahan hampir 6 tahun pada bulan Disember 2008 ini.Ketika bapanya ditahan, Fatih berusia 9 bulan dalam perut ibunya. Beliau lahir tanpa bapa, dan usia sehari hingga kini, hampir 6 tahun, beliau hanya dapat bertemu beberapa jam dengan bapanya iaitu sewaktu menziarahi bapanya pada tahun 2004 dahulu.Pertemuan yang kurang dari 10 jam itu, tentunya tidak memberi sebarang maana dalam hubungan antara anak dan ayah. Fatih memang tidak pernah mesra dan kenal dengan ayahnya.

Apakah tidak zalim, orang yang memisahkan Fatih dan bapanya hampir 6 tahun???

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]