CT NORMA

| |
"Kak Laila, terimakasih jagakan Norma untuk saya...he he he" ceria sekali suara Abdullah Minyak Silam, suami teman rapat saya, yang telah dibebaskan dari ISA akhir bulan Ogos yang lalu.Seolah-olah Indonesia dan Taman Keramat begitu dekat sekali.Abdullah telah dihantar pulang ke Indonesia, setelah di tahan di Kem Kamunting hampir 7 tahun.

Panggilan telefon dari Dollah di subuh hari itu menyebabkan seolah-olah jantung saya terhenti seketika, teringat Abah Suhaib yang masih di kurung di kem sana... apa agaknya khabar beliau?

Saya memang sangat rapat dengan Ct Norma.Lebih 6 tahun, sama-sama ke Kemta(kalau memandu brutal sikit), sama-sama pergi meeting GMI dan sering bersama dalam sidang akhbar...cuma beliau agak kureng sikit mendapat liputan media kerana mengajar di sekolah kerajaan...Pernah sekali gambar beliau keluar di Suara Keadilan dan ada SB hantar akhbar itu ke sekolah. Penat juga dia menjawab pelbagai soalan dari GB nya...

Kami memang macam ada iras sikit, sama-sama ada "chinese feature".Ditakdirkan,anak kami cuma seorang, lelaki, sebaya pulak tu.Pernah sekali saya ke Kem Kamunting tanpa CT.Ramai warden kem dan SB merisik khabar samada saya dan Ct Norma bergaduh hingga tak pergi ke Kemta bersama-sama!!(Jahat betul mereka tu)

Kini CT tak perlu ke Kemta kerana suami beliau telah bebas. Tak sangka, ada warden wanita melahirkan kesedihan kerana saya kini memandu bersendirian. Malahan, ada warden kem@SB dengan beraninya ucapkan takziah pada saya kerana saya kini tidak lagi ditemani Ct ke sana...

Secara peribadi, memang saya "miss" CT terutamanya ketika memandu ke Kem Kamunting..tapi gembira dan bersyukur kerana tekanan perasaan beliau sebagai isteri tahanan ISA telah berlalu.

2 ulasan:

ummu amjad berkata...

kak ela, walaupun suami saya dah bebas, tapi saya masih juga begini dan akak tetap kawan saya. kita sama-sama melalui keperitan hidup dan deritanya menjadi isteri tahanan tanpa bicara.kezaliman ini hanya akan terhenti apabila tiada lagi si zalim yang berkuasa. Jadi sebelum kita buang kezaliman ini, kita buang dulu pelaku atau pembuatnya!

kutu_buku berkata...

auntie laila..Allah always with u..tough pak teh has been released, we won't forget that you are an iron lady!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]