"Majlis berbuka puasa antara Yang Berbahagia Puan Sri Salbiah...bersama anak-anak yatim".
Lebih kurang begitulah perkataan yang tertera di backdrop majlis berbuka puasa anjuran Exco yang menjaga kebajikan rakyat Selangor, diadakan di Istana Mestika,kediaman resmi Menteri Besar Selangor pada hari Sabtu, 13 Sept 2008.
Dalam perjalanan dari Taman Keramat ke Shah Alam, anak tunggal saya, Suhaib amat ceria , maklumlah pertama kali dapat jemputan berbuka puasa bersama isteri Menteri Besar.Syamil dan Sofwan anak Puan J, isteri tahanan ISA, juga kelihatan begitu gembira dan kelihatan tampan berbaju Melayu merah hati.
Namun, tanpa di duga, sebaik saja mereka melihat perkataan "...bersama-sama anak yatim" Suhaib terus menarik tangan saya supaya tidak masuk ke dalam dewan. "Umi...Suhaib bukan anak yatim..." kata Suhaib sambil menarik lengan baju kurung saya.Ketika pandangan saya jatuh kewajah Syamil dan Sofwan, kedua-dua wajah mereka keruh dan berkerut.Tiada senyuman di wajah ketiga-tiga anak-anak yang "ketiadaan" bapa hampir 7 tahun disebabkan akta zalim ISA.(Dan mereka faham, ibu-bapa mereka tidak pernah bercerai!!!)
Malas saya nak melayan kerenah Suhaib.Sebelum tiba waktu berbuka, kami di hidangkan Tazkirah dan alunan nasyid.Walaupun dewan itu berhawa dingin, namun saya rasa panas membara, kerana Suhaib tak henti-henti menyungut yang dia bukan anak yatim sepertimana ratusan tetamu cilik yang lain.
"Umi, lepas buka dan solat Maghrib, kita pergi Vigil je lah...." tambah Suhaib lagi yang mengetahui ada Vigil di Bukit Aman pada tarikh yang sama.Telinga saya tambah panas kerana saranan Suhaib di sambut gembira oleh Sofwan dan Syamil.
Tiba-tiba ada hebahan dari juruacara bahawa ada keluarga Tahanan ISA turut di undang berbuka puasa di majlis itu. Barulah Suhaib berhenti menyungut dan wajahnya kelihatan sedikit ceria.
Akhirnya,saya terpaksa membatalkan perancangan awal untuk berterawih di rumah MB.Sebaik saja selesai berbuka puasa, kami solat dirumah Puan Yati, yang terletak tidak jauh dari Istana Mestika , kemudian terus pulang ke K.L dengan harapan dapat menyertai Vigil.Namun harapan hampa setelah diberitahu bahawa program itu terpaksa ditamatkan awal kerana di halang oleh polis.
Nota: Lihat wajah "tension" kami berdua sementara menunggu berbuka puasa....semuanya gara-gara ada perkataan "...anak yatim".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam Kak,
Saya baru jumpa blog ini and I would truly understand why ur son feels about those words like he does. Because it is nowhere near the truth.
I pray for a safe and quick return of ur husband.
Hugs,
Aida - kita se"kampung" - Keramat
Bagus tepat sekali tulisan blog ini! Suhaib cerdik dan kiranya saya di situ, saya juga akan meninggalkan jamuan itu.
Catat Ulasan