"Serangan dirancang sejak 6 bulan lalu..."begitulah sms yang saya terima dari seorang teman yang berada di Syria. Sms yang diterima seawal jam 3 pagi itu tidak ku balas. Aku tidak dapat melelapkan mata selepas itu.Terbayang kesusahan wanita dan anak-anak kecil yang hanya mengharap ihsan Illahi untuk memanjangkan nyawa mereka dan terus terselamat dari serangan ganas rejim Israel yang tiada perikemanusiaan itu.......Aku bandingkan dengan diriku sendiri. Ah...seperti langit dengan bumi.....Perjuanganku terlalu kecil jika dibandingkan dengan apa yang mereka lakukan sejak 50 tahun yang lalu....Di Malaysia ini, paling teruk pun disembur air asid, muka merah dan sukar bernafas. Bila dapat air mineral, dibersihkan, kemudian semuanya jadi sediakala. Mugkin yang agak kasar ialah tahanan bertahun-tahun tanpa bicara di Kem kamunting... itu pastinya zalim dilakukan oleh manusia pada manusia lain....tetapi belum lagi setaraf dengan kekejaman Israel pada rakyat Palestine yang terpaksa bersabung nyawa untuk mempertahankan hak dan kedaulatan mereka....
KU SEDUT SEMANGAT PERJUANGAN RAKYAT PALESTINE.Malaysiakini.
HIMPUNAN MANSUHKAN ISA,TELAH DILANCARKAN!!!Malaysiakini.
Alhamdulillah, Stadium Sukan Bandar Baru Bangi telah menyaksikan, rakyat berbilang kaum datang untuk mendengar sendiri ucapan pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP,PSM,PKR dan PAS.Semua yang berucap di majlis tersebut memang "power' belaka, kecuali saya...wakil keluarga ISA. Stadium penuh dan isinya melimpah keluar....
Kumpulan PEWARIS pun datang, ambil peluang untuk menyampaikan memo tentang isu BABI kepada Dato'Seri Hj Hadi, Presiden PAS!(Bila PEWARIS datang untuk beri memo, Ustaz Hadi menyambut memo itu dan terus membacanya.saya ,melihat sendiri kerana saya duduk di belakang beliau.Saya ingat lagi pada tahun 2006, ketika saya serah surat pada Presiden UMNO@PM, iaitu Pak Lah, beliau (Pak Lah cuma pegang saja surat tu, tanpa tengok isinya)...
TAMU ISNIN:MENTOR SAYA IALAH YB SAARI SUNGIB.Malaysiakini
Tidak semua orang suka membuat benda-benda seperti ini. Siapa yang mahu buat kerja yang tidak pasti ada hasilnya...... Kerja-kerja GMI ni sudahlah tidak memberi hasil, turut membahayakan kehidupan pula....Anda besar kemungkinan tidak dinaikkan pangkat, di pindahkan kedaerah lain , hilang pekerjaan dan mungkin juga ditahan dibawah ISA.Kerja ni tidak popular langsung.. Ramai yang tidak suka buat kerja ini kerana ”takut’ iaitu sejenis perasaan yang telah lama ditanamkan oleh Pemimpin UMNO-BN kepada semua rakyat Malaysia. Hanya keyakinan tinggi terhadap Allah Taala yang akan mengatasi segala rasa takut ini. Semua yang berlaku ini dengan keizinan Allah. Setahu saya, orang Islam bukan dihantar ke dunia secara percuma, tetapi ada tugas yang Allah berikan pada mereka. Saya terfikir, mungkin..... ini adalah sebahagian tugas yang saya perlu lakukan untuk mengembalikan kemakmuran dan keamanan kepada rakyat di bumi Malaysia yang saya diami ini.
Kerja-kerja ini memerlukan ketahanan, ilmiah dan 'team' yang menyokong kuat. Mentor saya ialah, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib kerana pengalaman beliau sebagai bekas tahanan ISA, seorang yang sentiasa aktif memberi nasihat dan pendapat cara-cara menentang akta ISA yang sering dilakukan dalam bentuk ceramah .Beliau dan isterinya sentiasa bersikap positif "that I'm on the right track" dan memperingatkan tentang tipu daya SB yang sering mengganggu saya. Segala usaha ini walaupun kecil, tetap saya yakini akhirnya mendapat sokongan dari semua pihak....."though it took years to come true"....
Harakah memang banyak membantu membuat liputan mengenai ISA, khususnya ketika saya mula aktif dengan GMI pada 2004. Banyak aktiviti, liputan media yang memberi makna yang sangat tinggi kepada perjuangan ini.
Saya makin dikenali ramai selepas penahanan RPK( kerana suami ditahan dah 7 tahun!!!) Ramai juga yang pelik dan bertanya, bagaimana saya boleh bertahan selama itu dan terus berjuang.Macam-macam yang mereka cadangkan supaya saya lakukan supaya sauami cepat bebas seperti RPK.Saya kata, saya dah lakukan jauh lebih banyak dari itu. Its all recorded in GMI statements!!!
PELANCARAN MANSUH,ISNIN 29 DISEMBER, STADIUM BANDAR BARU BANGI.Malaysiakini.
TAMU ISNIN:BLOGGERS JUGA ANTI-ISA!!!Malaysiakini
Tidak boleh kata begitu. Saya tidak boleh 'claim' itu hasil kerja GMI semata-mata. Kita mesti ingat pada 1998 Gerak (Gabungan NGO dan Parti Politik) diasaskan almarhum Dato' Fadzil Nor.Dan dari Gerak kemudiannya GMI pula ditubuhkan pada bulan April 2001, untuk meneruskan kempen anti-ISA ketika itu. Ketika itu ramai pemimpin PAS- tidak begitu vokal seperti almarhum. Ramai yang mengganggap, penahanan itu sebagai satu ujian bagi memantapkan keimanan dan bagi sesiapa yang bersabar menghadapinya akan menerima darjat yang mulia. Tapi bagi saya jika kita lawan balik itu adalah lebih baik.
Kini, keadaan sudah berubah. Kesedaran rakyat sudah mula meningkat. Batas pengetahuan dan capaian maklumat mereka juga lebih meluas. Mereka sudah bijak menilai berita-berita di surat khabar, laman web dan blog. Semua itu membantu dalam meningkatkan kesedaran mereka tentang ISA.
"TAMU ISNIN" BERSAMA HARAKAH.Malaysiakini.
Jika dahulu isu ISA bagaikan terpendam di pemikiran masyarakat. Namun kini,pandangan terhadap akta itu sering menghiasi dada akhbar, sama ada pro mahupun kontra . Semua pihak berbicara mengenainya. Harakah, melalui wartawan Anis Nazri cuba menyingkap suasana perubahan itu bersama wanita waja, Norlaila Othman, yang juga isteri tahanan ISA.
Harakah: Dulunya, ISA bagaikan tidak diendahkan. Sama ada dari pihak parti politik, NGO mahupun rakyat biasa. Jika adapun, suara-suara itu terlalu perlahan dan tidak didengari. Namun kini, pelbagai pihak berbicara mengenainya biarpun isinya ada yang pro dan kontra. Apa agaknya yang mendorong perubahan tersebut?
Norlaila: Sebenarnya banyak faktor ISA dikenali muktahir ini. Penahanan Hindraf sangat meluas liputannya, selain penahanan beberapa tokoh tertentu di bawah akta tersebut. Kempen berterusan dari GMI dan liputan dari Harakah serta akhbar-akhbar lain juga banyak membantu dalam mendidik kesedaran rakyat.
Selain itu juga, sebelum pilihan raya umum ke 12 lalu, rakyat sudah menyampah dengan BN hingga menyebabkan lima negeri kini berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Apabila Pakatan Rakyat sudah menang, rakyat yang dahulunya 'silent protest' semakin berani bangkit menyatakan bantahan atas penindasan Umno, termasuk ISA. Lebih-lebih lagi, bila ISA ini sering disebut-sebut hingga menyebabkan mereka tertanya-tanya mengapa akta ini begitu 'top' sekali.
Sebagai orang Islam, saya sentiasa berpegang pada kefahaman kita mesti melakukan 'amar makruf nahi mungkar' kerana ianya dituntu oleh agama.Khususnya pada perkara amar makruf(kebaikan) , orang Melayu biasanya akan berlumba-lumba melakukannya kerana mahu mengaut pahala seberapa banyak yang boleh.Tetapi, tidak ramai yang berani hendak melakukan 'nahi mungkar'( membuang kejahatan) , kerana takut pada ISA. Jadi, GMI diwujudkan sebagai satu ruang dan tempat untuk rakyat mendedahkan kezaliman lapuk warisan BN ini secara kolektif. Dan dengan pertolongan Allah juga, Abdullah Badawi menyerahkan jawatan menteri Dalam Negeri kepada Syed Hamid Albar-yang tidak tahu menahu tentang ISA. Dia (S.Hamid) ingat rakyat tidak faham akta ISA, ditahannya Raja Petra dan Teresa. Kesannya , rakyat bangkit dan mempersoalkan penahanan mereka Bermula dari situlah, ramai yang mula berani bersuara mengenai akta ini, hatta komponen BN sendiri seperti MCA dan Gerakan pun sudah berani bercakap tentang ”repel and amend” ISA.
SEMUA SUKA PADA KEBAIKAN KECUALI...... - Malaysiakini
Saya membawa Suhaib , Ammar dan Asiah berjalan-jalan disekitar pekan P.D.Cantek juga tempat ni. Semua pemandangan disini memberi ketenangan pada fikiran. Seronoknya dapat menikmati keindahan ketika mentari terbenam..... menambahkan lagi keyakinan kami bahawa alam yang sungguh indah ini, adalah ciptaan Illahi yang amat berharga buat kita semua, makhluknya yang masih diberi nyawa dan meneruskan kehidupan....
SUHAIB BERCUTI DITEPI LAUT.
Hai... kanak-kanak generasi sekarang sanggup dan pandai berhujjah kerana nak main labih lama.
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.Malaysiakini.
"Perkataan lucah" adalah dialog utama yang diucapkan oleh pegawai penyiasat "Interrogation Officer" (IO)didikan Kementerian Dalam Negeri kepada pegawai polis berpakaian biasa yang biasa kita kenali sebagai Special Branch (SB).
Manakala perbuatan seperti sepak terajang, adalah sesuatu yang ajib dilakukan oleh SB@IO ini demi memaksa mangsa ISA memberi maklumat palsu untuk digunakan semula keatas mangsa supaya mereka boleh di sahkan (justify) untuk ditahan lebih lama lagi di Kem Kamunting.
Tahanan di bogelkan pula adalah satu kemestian bagi mereka yang ditahan di bawah ISA, terutamanya mereka yang di labelkan dengan nama-nama Islam seperti Jemaah Islamiyyh dan Darul Islam.
Semua ini boleh ditotnton secara "live" di BAR COUNCIL , selama 4 malam berturut-turut dari 20 Disember hingga 23 Disember. Jangan lepaskan peluang ini!!! Segala peristiwa yang "dilakonkan semula' adalah dari pengalaman yang real dan benar..
Nota:Keluarga bekas tahanan ISA turut hadir menonton kejadian benar yang pernah dilakukan oleh SB keatas ahli keluarga mereka.
WELCOME TO 'BILIK SULIT' OF HISHAMUDIN RAIS TONITE.Malaysiakini
RM40K DARI HARAKAH UNTUK ANAK-ANAK MANGSA ISA.Malaysiakini.
Pada 17 Disember baru ini, Pengarang Harakah, En Lutfi Othman telah menyampaikan sumbangan bernilai RM40k pada keluarga tahanan ISA.Walaupun kebelakangan ini ramai tahanan ISA telah dibebaskan, namun ramai lagi yang tetap menunggu kepulangan suami/bapa mereka yang masih ditahan di Kem Kamunting.(Ada 46 tahanan ISA disimpan di Kem Kamunting)
Menurut Lutfi, sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu keluarga tahanan ISA, khususnya menjelang musim persekolahan dibuka, yang dilihat akan memerlukan kewangan yang banyak.
Apa beza BANDUAN dan TAHANAN ISA?Malaysiakini.
ISA, asalnya ialah satu akta yang diperkenalkan oleh British pada 1948 dengan tujuan mengawal suasana "darurat" ketika itu.Undang-undang itu ditamatkan pada 31 July 1960 tetapi ianya segera di ambil oleh pemimpin United Malay Nation Organization pada 1 Ogos 1960 dan di bat pelbagai pindaan hinggalah didalamnya ada Seksyen 73 (60 hari dalam tahanan polis),Seksyen 8 (2 tahun di Kem Kamunting dan sambungan dua tahun berikutnya TANPA HAD (no limit) oleh Menteri Dalam Negeri terhadap tahanan yang dijadikan mangsanya.
TAHANAN ISA.
Tahanan ISA tidak di caj dan tidak dibawa ke mahkamah.Penahanan terhadap tahanan ISA tiada tarikh akhir (no definite date) yang oleh diketahui oleh mangsa, bilakah dia akan dibebaskan. Buktinya tahanan ISA sebelum ini Syed Hussin Ali, ditahan sehingga 6 tahun tanpa sebarang perbicaraan.Beliau ditahan dari 1974 hingga 1980, (rujuk buku DUA WAJAH tulisan beliau).Mangsa terkini, Dr Abdullah Daud ditahan dari Disember 2001 hingga tahun ini- 2008, masih di simpan di Kem Kamunting tanpa sebarang perbicaraan.
BANDUAN.
Sesiapa saja yang telah melakukan kesalahan samada mencuri,pecah amanah atau membunuh, semua itu di caj dan di hadapkan ke mahkamah. Tahanan dibenarkan mendapatkan khidmat peguam.Sementara menunggu proses perbicaraan, peguam tertuduh boleh merayu kepada Hakim untuk di jamin samada dengan wang ringgit atau bon.
Setelah tamat perbicaraan, dengan hujjah peguam,pendakwaraya di sokong oleh bukti dan saksi-saksi , Hakim yang mendengar perbicaraan itu akan menentukan adakah tuduhan itu benar atau tidak. HAKIM akan menurunkan penghakiman dan hukuman kepada orang yang dituduh.Hukuman yang di berikan oleh Hakim akan di ikuti dengan tarikh akhir dan setelah ditolak dengan hari cuti dan sebagainya, satu tarikh tetap akan diperolehi oleh orang yang telah didapati bersalah.
Tahanan yang telah dibicarakan ,telah dijatuhkan hukuman oleh hakim, boleh merayu dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan. Jika rayuan di tolak, kemudian barulah orang yang telah dibuktikan bersalah itu di hantar ke mana-mana Penjara yang ada di Malaysia mengikut lokasi yang ditetapkan. Tahanan yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman oleh hakim kini bergelar BANDUAN. Contohnya, sekiranya Hakim menentukan banduan itu di penjara 3 tahun, dia akan diberi tarikh terakhir di penghujung tahun ke 3 kehidupannya di penjara.
TAHANAN ISA vs BANDUAN.
Tahanan ISA tidak di beri hak untuk mendapakan semua proses perbicaraan.Malahan, tahanan ISA dan keluarga di beri pelbagai ugutan oleh SB jika mereka menghubungi peguam! Pelanjutan hukuman tahanan ISA dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri yang bertindak menjadi pendakwaraya, hakim dan mahkamah. Kuasa Menteri Dalam Negeri terlalu besar!!
Sebab itulah kerajaan sendiri tidak menamakan tahanan ISA sebagai BANDUAN ISA. Tahanan ISA tetap di panggil sebagai TAHANAN ISA.
TAHAN TANPA PERBICARAAN INILAH KEZALIMAN DAN PENGANIAYAAN YANG SANGAT BESAR.
Ramai rakyat Malaysia tidak faham dengan isu ISA ini kerana minda mereka telah ditutup dari segala kebenaran oleh kerajaan UMNO.Menteri Dalam Negeri dibantu oleh Ketua Polis Negara telah mencipta pelbagai nama diberikan pada rakyat Malaysia yang dijadikan mangsa ISA ini.
Antaranya Dokumen Palsu, Agen Perisik Asing, Darul Islam, Jemaah Islamiyyah dan banyak lagi....
To be continued... InsyaAllah
ALFAATIHAH BUAT SYUKRI-Malaysiakini.
Pukul 1 petang tadi, di Perhimpunan Cina Selangor ketika menghadiri sidang media "Teater Bilik Sulit" GMI dan Bar Council,Fadiah dari BC memberitahu bahawa "Syukri" Food Not Bomb meninggal dunia.Saya rasa tidak mengenali sidia bernama Syukri ini.
Sebentar tadi, bila melihat gambar beliau dan tulisan Zorro"rest in peace,my comrade" di Malaysiakini, tiba-tiba hati jadi berdebar......
Saya segera mencapai beg tangan dan mencari sesuatu.........
Saya terjumpa sekeping kad nama yang tertulis "Muhammd Syukri Hussain".......
Ohhh!!!!! Dia rupanya. Hari Sabtu 13 Disember di Bar Council, beliau menghulurkan akhbar WATAN kepada saya sambil menunjukkan ruang tengah yang di muatkan dengan berita program anti-ISA dua minggu sebelumnya.Gambar saya mmenuhi muka tengah akhbar itu.
"Ini khas untuk kakak" katanya ketika menghulurkan akhbar tersebut.
Baru saya ingat.....dialah orangnya yang sering mengambil gambar saya ketika menghadiri VIGIL dan pelbagai program anti-ISA.
Dalam blog YB Tian Chua, beliau terjumpa ayat Quran bermaksud " setiap yang hidup, pasti merasai mati..." dalam album gambar Syukri.Ya.... sememangnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati, kita tidak tahu bilakah kematian itu akan datang, hanya masa yang menentukannya dan masa itu di tentukan oleh Allah SWT, yang menguasai segala kejadian di alam ini.
Semoga segala amalan mulia beliau ketika didunia akan diterima Allah dan dikumpulkan rohnya bersama-sama orang yang soleh.... Ameen.
Al Faatihah.
7 TAHUN, MASIH DIZALIMI ISA.Malaysiakini.
7 tahun terpaksa berdikari menjaga 12 orang anak, tanpa sebarang kelulusan yang tinggi, beliau menggunakan segala kudratnya membuat kueh mueh dan menjadi "baby sitter"....segala nya dilakukan demi mneruskan kehidupan anak-anak yang sedang membesar.Selepas 7 tahun, anak sulung perempuan kini berusia 25 tahun dan yang bungsu 8 tahun.
Puan Zakiah Mat(bertudung labuh biru muda, berbaju biru terqoise), isteri pada tahanan ISA Dr Abdullah Daud, yang telah ditahan dibawah ISA sejak bulan Disember 2001. Suaminya, Dr Abdullah masih menghuni salah satu blok di Kem Kamunting.
Melihat bulatan hitam (dark rings) dibawah matanya cukup menggambarkan kesukaran hidup yang telah ,sedang dan akan terus dilalui oleh beliau. Suaminya seorang lulusan Ph. D dari UK, sebelum ini memang mempunyai pendapatan lumayan untuk mereka sekeluarga.Namun, ISA telah meragut segala kegembiraan itu. Paling menyakitkan, sama seperti tahanan ISA yang lain, Dr Abdullah tidak pernah didakwa dimana-mana mahkamah.
JEMPUT KE "BILIK SULIT" HISHAMUDDIN RAIS..Malaysiakini
ANAK MANGSA ISA PERLU BANTUAN KEWANGAN KE SEKOLAH.Malaysiakini.
Masa berjalan terlalu pantas. Cuti persekolahan akan berakhir dan sesi persekolah akan dimulakan dua minggu lagi.Bagi keluarga yang sempurna, anak-anak partinya tiada masaalah untuk kembali kesekolah.Tetapi bagi anak-anak mangsa ISA, tahun baru ini tidak menjanjikan sebarang tanda ketua keluarga mereka ini akan dikembalikan ke pangkuan keluarga. Puan Hapipah Manji, isteri pada tahanan ISA Abd Razak Hamid, menetap di kampung Tinosa, Sandakan. Suami beliau telah ditahan sejak bulan Mac 2003 hingga kini. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak berumur antara 7 hingga 11 tahun.Puan Hapipah yang menderita sakit jantung tidak mampu untuk pergi bekerja. Beliau mengharapkan bantuan adik-beradik dan kawan=kawan unuk meneruskan kehidupannya.
17 DIBEBASKAN , MANGSA ISA LAIN TERUS DI PERJUANGKAN.Malaysiakini
Menurut statistik terbaru Gerakan Mansuhkan ISA(GMI), 17 tahanan ISA telah dibebaskan pada bulan Nov dan Disember. Kami di GMI mendapat senarai tahanan ini dari SUHAKAM yang melawat mereka Januari tahun ini. Sekiranya jumlah yang ada pada kami tidak sama dengan yang ada pada Syed Hamid Albar, kemungkinan ada ramai lagi yang telah ditahan,tetapi berita penahanan mereka tidak diketahui umum. Ini adalah perkara biasa dalam ISA. Mangsa dan keluarga mereka akan ditakut-takutkan supaya mereka berdiam diri dan tidak berani memberitahu orang ramai mengenai penahanan ini. Walaupun 17 dibebaskan, namun itu tidak menjamin ISA adalah akta yang sudah diperbaiki.Mengikut Kementerian Dalam Negeri (yang sedang hebat dibahaskan di Dewan Rakyat sekarang) ada 46 tahanan yang masih di kurung tanpa bicara di Kem Kamunting. Mereka telah ditahan diantara 1 hingga 7 tahun. Siapakah yang peduli dengan nasib mereka?
Oleh itu, walaupun tinggal seorang tahanan ISA di kem Kamunting, kempen anti-ISA kan diteruskan supaya tiada lagi rakyat yang akan dimangsakan oleh pemimpin UMNO-BN. Perjuangan untuk mansuhkan ISA bukan setakat membebaskana semua tahanan di Kem sahaja,tetapi yang utamanaya untuk mensuhkan ISA supaya anak-anak kita akan selamat dari angkara akta kejam dan zalim ini.
"ISA menghalang orang Islam mengamalkan ugamanya" ini adalah kata-kata yang saya petik dari seorang tahanan ISA yang masih ditahan di kem kamunting. Ya, memang betul.Mereka dikatakan diberi kaunseling, ceramah agama dn sebagainya, tetapi dimasa yang sama mereka di larang menunaikan Solat Jumaat, satu perkara yang wajib dilakuan oleh setiap orang Islam.
JAKIM, MUFTI, dan ILIM semuanya bersekongkol melarang tahanan ISA dari Solat Jumaat. Ada yang tidak solat hampir 7 tahun. Apa makna semua ini??
Nota: Saya bersama Kannan dan Thanentiran dari Hindraf.Nalini (gadis berbaju hitam)adalah sekretkariat GMI.
HOME MINISTER'S AGENDA BEHIND THE RELEASED OF YAZID SUFFAT?Malaysiakini.
Since yesterday, my cellphone was showered by calls from the Pakatan Rakyat MPs, anti-ISA supporters, reporters and close friends.Their question was quite stereotype.... "your husband released?" something which was very hard for me to answer....
I suspect, this is part of the impact by the released of Yazid Suffat and other ISA detainees. Many journalist tried to contact Yazid and his wife for some comments over the released, but they refused to give cooperation and in the end,they(the journalists) had to get my comments on behalf of the couple.
"The number decreased from 70 to 46 since I took the post" said Hamid Albar proudly when asked the latest statistic of the ISA detainees. I smiled at this"stupid "remark.I understand, Hamid Albar wanted to say ,during his time as the Home Minister, he is better off than Pak Lah (who let go the post of Home Minister after GE12).I could smell, Hamid Albar also tried to paint that ISA is "good and still relevant" to the people!!!
I'm not that old to forget how Hamid Albar began his job as a Home Minister by renewing the detentions of accused Jemaah Islamiyyah,Darul Islam , Agent Perisik Asing, Counterfeiting and others since April to July this year.GMI has all the records.
Just to share ,the anti-ISA campaign was launched in March 2008 , it mount up and heightened when Hamid Albar "made mistakes" by arresting RPK, YB Teresa and Miss Tan of Sin Chew!!!This is the era when rakyats from all walks of life began to realised the draconian of this ISA and their hatred to this act take place in forms of Vigils, public forums and demonstrations.
Actually, the resistance to ISA from rakyat , made the Home Ministry let those poor ISA detainees, released from that damn hell hole of Kem Kamunting.What is so special about the released of Yazid? It is surely the victory of the persistent and continuous Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA which is widely supported by the Malaysian who always say No To ISA!!!
Please...lah.Dont fooled us the brave Malaysians.!!!
SALAM AIDIL ADHA DARI KEM KAMUNTING-2-Malaysiakini.
Suhaib bangun awal untuk menikmati keindahan Bukit Jana, bersebelahan dengan Bukit larut dan diwaktu yang sama, cuba merasai perasaan bapanya yang hampir 7 tahun tidak pernah bercuti dimana-mana tempat peranginan di Malaysia ini.
Yazid Suffat,the "government planted" terrorist?Malaysiakini.
G'ovt frees Yazid Suffat an alleged militant tied to 9/11 attackers-Malaysiakini.
Dec 10, 08 2:03pm
(A statement by Syed Hamid Albar)
The government said today it had released suspected terrorist Yazid Sufaat a US trained bio-chemist, who has been detained since 2001 after being connected with the September 11 attacks.
Home Minister Syed Hamid Albar said Yazid, a member of regional militant group Jemaah Islamiyah (JI) was freed from the Kamunting detention camp in Perak on Nov 24, was now safe to be released into society.
"He was considered as a threat to public security in Malaysia because he was part of Jemaah Islamiyah, trying to establish an Islamic government within the region," he told reporters.
(A statement by IGP Musa Hassan)
Meanwhile, the Star quoted Inspector-General of Police Musa Hassan as saying that Yazid was released because "he had shown remorse and repentance after almost seven years of rehabilitation.""He was released on several conditions. He has to report to the police regularly and cannot leave Selangor without police permission.
Lets compare these two statements came from the VVIP of the Home Ministry.
From a suspect terrorist linked to 11/9 attacks, then alledged as member of militant group (Jemaah Islamiyyah), surprisingly .... during 7 years of his detention, he had never been brought to the court , with the evidence produced,let the judge heard and made his decission what was the real judgement@verdict dropped on him.
This is really amazing!!! Such a high profile case,that tarnished the name of its bearer, only remedied by daily rehab and showed of remorse and repentance.......
The released bursts unanswerable questions...
1- Where are the roles of the lawyers , the judges , the jurists and the courts?
2-Where is the value of the Federal Constitution?
3-ISA is used to tarnish the good name of the Islamic Religion?
SALAM AIDIL ADHA DARI KEM KAMUNTING.
Ketika ini, saya berada disebuah hotel 3 - 4 km dari Kem.Pemandangan diHotel ini memang cantek.Terimakasih pada Nash yang beri peluang pada saya untuk berehat semalam disini.Suami dah 7 tahun di tahan di Kem, baru ini dapat peluang singgah di resort ni.Menurut Ikin, seorang teman yang berasal dari Taiping, kecantikan tempat ini sama dengan sebuah kawasan peranginan di Sepanyol!
Bandingkan keindahan tempat ini dengan Kemta, memang seperti langit dengan bumi walaupun kedua-duanya berlatar belakangkan Bukit Larut yang cantik, sejuk dan nyaman.Ditempat ini, manusia bebas melakukan apa saja dalam suasana yang selesa dan mewah....Tetapi di Kem, pada waktu malam yang gelap pekat, penghuninya tidak dapat menggunakan lampu kalimantang, kerana tiada wayar letrik,tiada mentol dan tiada suis di bilik mereka.
Allah menciptakan semua perkara untuk memenuhi keperluan manusia,namun di kem ini semua keperluan yang sepatutnya dinikmati oleh manusia, di tiadakan dan dinafikan menggunakan pelbagai perancangan dan alasan rapi oleh kakitangan Kementerian Dalam Negeri.
Beberapa jam lagi saya dan Suhaib akan masuk ke Kemta beraya bersama Mat Sah.
To b continued...
BANTUAN KEWANGAN PERSEKOLAHAN ANAK TAHANAN ISA.Malaysiakini.
Ketika menghadiri satu majlis VIGIL di hadapan Dewan Civic minggu lepas, ada yang bertanya, siapakah lagi mangsa ISA? Susah saya hendak menjawab soalan itu, kerana terlalu subjektif.
Mangsa ISA sebenarnya ialah suami@bapa yang ditahan di Kem Kamunting.Tetapi, mangsa yang terpaksa menerima kesan penahanan ini ialah isteri dan anak-anak.
Kehidupan terpaksa diteruskan, justeru isteri terpaksa menjadi "superwoman" dimana beliau mesti bekerja untuk mencari nafkah ,mengurus rumah dan mendidik anak-anak yang masih kecil.Keperluan harian dan pendidikan anak-anak semakin meningkat kerana tahun demi tahun, anak-anak makin membesar......tetapi...... bapa mereka masih juga di kurung di Kem.
BUKAN ITU YANG DIPINTA....
Sekiranya bapa atau keluarga ini dibebaskan, pastinya dia dapat keluar bekerja untuk menyara keluarga dan anak-isteri tidak perlu meminta-minta.Tetapi ..... inilah hakikat kehidupan. Tanpa sebarang perbicaraan, tanpa mengetahui tarikh akhir untuk dibebaskan, si ayah masih lagi terus-menerus di kurung, meniggalkan segala beban dan tanggungjawab pada si isteri, wanita yang sepatutnya mendapat perlindungan ,bantuan dan kasih sayang dari suami....
Puan Halimah, dari Serting, N.Sembilan bekerja sebagai penjual air soya. Beliau terpaksa membesarkan 7 orang anak dan sebahagian besar nya masih bersekolah. Saya di beritahu, anak gadis sulungnya(sepatutnya masih belajar di kolej) berusia belasan tahun, terpaksa di nikahkan dengan segera supaya dapat meringankan beban beliau menyara anak-anak lain yang masih kecil.Suami Puan Halimah ditahan sejak tahun 2004 hingga kini.
KINI , 38 TAHANAN ISA DI KEM KAMUNTING,TERUSKAN TEKANAN RAKYAT!!!.Malaysiakini.
Saya ingin berkongsi, suasana pelancaran Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA pada bulan April 2008. Jika dilihat di banner, ketika itu, ada 70 tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting.
Sebagai Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan 6 tahun, saya menggariskan beberapa aktiviti utama kempen iaitu:
1. Edaran surat isteri di pilihanraya ke 12.
2- Letter signing Marathon
3-Petition signing.
4-Vigil in Kamunting.
5.Postcard Signing.
6.Pelancaran Buku Dunia Tanpa Suami dan T-shirt MerahHitam.
7. Himpunan Rakyat Anti -ISA di Stadium Malawati.
Geraf kesedaran rakyat melalui kempen itu terus meningkat walaupun ianya dijalankan setakat bulan Jun.Tanpa diduga kisah tragis kematian Aina Mardhiyyah, anak tahanan ISA Shahrial Sirin telah meningkatkan lagi simpati rakyat pada perjuangan mansuhkan ISA.Kemenangan PR dalam PRU12 banyak memberi ruang dan peluang untuk mendedahkan kezaliman ISA tertama pada tahanan yang masih berada di Kem.Bermula dari kisah tahanan ISA Sanjeev Kumar yang lumpuh, hinggalah penahanan RPK, YB Teresa serta wartawan Sin Chew, semuanya meningkatkan lagi geraf kesedaran rakyat terhadap kempen Anti-ISA hinggalah akhirnya Menteri Undang-undang meletakkan jawatan, dan anggota komponen BN seperti MCA dan Gerakan sudah berani mempersoalkan supaya ISA di pinda atau di mansuhkan saja.
Dan hari ini Khamis 4 Disember, lima lagi tahanan ISA telah dibebaskan, menjadikan jumlah yang tinggal di Kem kini , seramai 38 orang.Semua ini terjadi adalah dengan berkat sokongan dan tekanan dari semua lapisan rakyat.
Marilah kita tambah lagi program-program anti-ISA seperti Vigil, ceramah Umum, leafletting, dan signing petition , supaya semua tahanan yang di mangsakan oleh Menteri Dalam Negeri akan segera dibebaskan.
Sokongan anda semua akan membantu lebih ramai lagi mangsa ISA menyedut udara kebebasan sebagai manusia yang bebas dan merdeka.
MENTERI DALAM NEGERI BEBASKAN TAHANAN ISA, IKUT SUKA DIA.Malaysiakini.
Saya terkejut melihat berita "Yazid Sufaat bebas" di Suara keadilan keluaran 158. Dalam hati saya bersyukur, beliau telah dibebaskan.Dan saya tambah bersyukur kerana akhir-akhir ini, Allah telah tunjukkan lebih banyak bukti kepada rakyat betapa zalimnya pimpinan UMNO, terutamanya Menteri Dalam Negeri ,yang ternyata membebaskan tahanan ISA bukan kerana kesalahan atau dakwaan yang di letakkan keatas mereka tetapi, pembebasan itu dilakukan mengikut selera dan keinginan beliau sendiri. Kenapa saya terkejut? Yazid Sufaat , tahanan ISA dilabelkan sebagai Ahli Jemaah Islamiyyah (JI) adalah "ahli JI" pertama ditahan di PRC.Mengikut laporan akhbar, beliau telah ditahan pada bulan September 2001 dan dipercayai sebagai "ketua kumpulan JI" di Malaysia.
Saya mengetahui kewujudan Yazid dan Jemaah Islamiyyah setelah suami ditahan di Kem Kamunting . Saya dan GMI sering mempersoalkan, sekiranya Yazid benar-benar merbahaya dan menggugat keselamatan negara, kenapa selama 7 tahun di Kem Kamunting, pihak kerajaan tidak mahu mendakwa beliau di mahkamah?
Yazid , sama dengan tahanan ISA lain, hanya perlu menyanyi lagu negaraku setiap pagi, mendengar ceramah pegawai ugama dari JAKIM , diberi ceramah tentang perniagaan serta pertanian dan setiap tahun dibawa ke PRC di Kuala Lumpur untuk sessi "brainwash".
Pada bulan November 2008 baru-baru ini, Yazid, Dr Abdullah Daud dan Suhaimi Mokhtar yang mana ketiga-tiga mereka telah cukup 7 tahun di Kem, telah dibawa ke Police Remand Center di K.L untuk sessi kaunseling.Diantara 3 tahanan ini , Yazid seorang saja dibebaskan. Dr Abdullah dan Suhaimi masih lagi menghuni blok-blok usang di Kem Kamunting.
Pelik!!Orang yang didakwa "sangat bahaya dan penting" itu telah dibebaskan manakala orang lain yang ditahan lebih kemudian, masih lagi belum dibebaskan......
INI LAH HAKIKAT SEBENAR ISA. MENTERI DALAM NEGERI BOLEH MEMBEBASKAN DAN MENANGKAP SESIAPA SAJA YANG DI INGININYA DAN ALASAN BOLEH DICIPTA UNTUK MENSAHKAN/ MEMBENARKAN PENAHANAN ITU.
Siapakah lagi yang akan dimangsakan oleh Menteri Dalam Negeri selepas ini?
DIMANAKAH PERIKEMANUSIAAN HAMID ALBAR?Malaysiakini.
Dua hari lepas, M.Kayveas telah memberi amaran, partinya akan keluar dari komponen BN, sekiranya ISA tidak di pinda.Amaran ini disokong oleh MCA.Yang menarik ialah jawapan dari Menteri Dalam Negeri, Hamid Albar yang dilaporkan berkata " ISA tidak akan di pinda atau dihapuskan kerana ianya digunakan dengan berhemah, adil dan tidak disalah guna". Dimanakah letaknya nilai "berhemah, adil dan tidak disalah guna" itu jika tahanan telah dikurung tanpa perbicaraan hampir 7 tahun?Gambar poskad diatas, tahanan ISA yang di tuduh sebagai ahli Jemaah Islamiyyah(JI).Mereka semua ditahan sejak 2002.
Tahanan ISA disebelah kiri,telah dibebaskan pada bulan Ogos tahun ini.
Namun malang bagi tahanan yang berada di tengah, iaitu Shamsuddin Sulaiman. Beliau telah bercerai dengan isterinya pada tahun lepas. Anak-anaknya malu hendak mengakui Shamsuddin adalah ayah mereka ,seorang tahanan ISA.Shamsuddin telah hilang pekerjaan sebagai seorang pembantu akauntan di sebuah jabatan kerajaan sejak tahun 2003.Keluarga dan pekerjaan adalah perkara penting dalam kehidupan manusia dan semua itu telah hilang dari hidup Shamsuddin.
Adakah ini yang dikatakan penahanan berhemah? Dimanakah sifat perikemanusiaan Hamid Albar sebagai seorang manusia? Dimanakah simpati beliau terhadap nasib kesemua tahanan itu?
Sampai bilakah mereka akan di kurung di Kem Kamunting itu?
Nota: Tahanan ISA disebelah kanan ,yang memakai cermin mata ialah bapa Suhaib.
ISA TUHAN ORANG MELAYU-UMNO.Malaysiakini.
Saya tidak pandai berbohong.Apa yang ditulis, itu adalah dari apa yang dilihat atau diampaikan oleh orang yang boleh dipercayai.
Juak-juak UMNO pastinya sedang resah melihat ISA di hambat oleh rakyat dari pelbagai sudut.Selama ini, ISA menjaga kepentingan mereka, jadi, bila ISA sendiri sudah digugat oleh rakyat....siapa yang susah?Tentulah pemimpin UMNO dan keluarga mereka.
Orang Melayu -UMNO ni mengaku berugama Islam,tetapi....cara mereka menjaga ISA , jauh lebih hebat dari mereka menjaga Al Quran dan seluruh isinya.ISA dijaga, hingga mufti-mufti tidak berani keluarkan fatwa tentang kezaliman akta tahan tanpa bicara itu. ISA dijaga, hinggakan ada khutbah yang menyentuh kezaliman ISA, Imam yang berkhutbah itu dipanggil oleh Jabatan Ugama untuk disoal-siasat dan dikatakan memecah belahkan rakyat.ISA di jaga ,menjadikan ia lebih tinggi dari sistem undang-udang dan kehakiman negara ini .(Tahanan ISA tidak pernah dibawa dan didakwa di mana-mana mahkamah selama 7 tahun mereka di kurung).
Dimanakah hak-hak rakyat (artikel 159)yang telah di peruntukan di Perlembagaan Persekutuan?Tidak kah ISA lebih tinggi dari Perlembagaan Negara? Bukankah tindakan Melayu -UMNO ini mencabul Perlembagaan Malaysia?
Menteri Dalam Negeri (penjaga Tuhan Melayu -UMNO) ini berkata, "ISA tidak akan di pinda atau dimansuhkan walaupun ianya diancam oleh pelbagai pihak...." bukan kenyataan ini mengesahkan, ISA adalah Tuhan mereka?
Nota: Suhaimi Mokhtar, Dr Abdullah Daud, Mat Sah Satray, Abd Murad Sudin, Zaini Zakaria masih ditahan lebih 6 tahun tasnpa perbicaraan oleh "Tuhan Melayu-UMNO" disebuah sel di Kem Kamunting..........bagaimana nasib mereka dan keluarga?
PEMIMPIN UMNO MEMANG BENCIKAN ISLAM.-Malaysiakini.
Saya pasti, ramai orang Melayu, khas nya yang sayang sangat dengan United Malay Nation Organization , akan marah sangat dengan tulisan ini. Saya tidak mahu menulis panjang lebar tentang tajuk diatas. Namun gambar-
gambar ini sudah cukup menerangkan tetang kebenarannya.
Ini adalah isteri dan anak-anak tahanan ISA yang di labelkan sebagai ahli Darul Islam (DI).Mereka kebanyakannya tinggal di Sabah.Suami mereka ditahan pada tahun 2006 tidak pernah dibicarakan dan setelah cukup 2 tahun, penahanan dilanjutkan 2 tahun berikutnya dari 2008 hingga 2010.
Gambar ini diambil pada 24 Ramadhan 2008.
Enam orang wanita bertudung labuh ini adalah isteri pada tahanan ISA yang di labelkan sebagai Ahli Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dimana Nik Adli Nik Abd Aziz adalah salah seorang yang ditahan menggunakan label itu. Mereka semua juga tidak pernah di dakwa atau dibicarakan dimana-mana mahkamah.
Kumpulan "KMM" ini ditahan pada 2001 dan semuanya yang dituduh dibawah nama kumpulan ini telah dibebaskan dari Kem Kamunting pada 2005.
Ini adalah kumpulan yang dinamakan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai ahli Jemah Islamiyyah (JI). Tahanan ISA 'JI" ditahan pada Disember 2001 hingga 2005 secara berperingkat. Seramai 55 tahanan JI ditahan pada 2002 dan tiada seorang pun didakwa atau dibicarakan di mana-mana mahkamah.
50 tahanan JI telah dibebaskan secara berperingkat dari tahun 2003 hingga November 2008. Tahanan yang di dakwa ahli JI yang paling lama ditahan kini ialah Suhaimi Mokhtar dan Dr Abdullah Daud.Mereka berdua telah ditahan cukup 7 tahun di Kem Kamunting.
Gambar menunjukkan Koordinator SUARAM, Sdra Yap Sew Seng bersama sebahagian dari keluarga tahanan ISA (JI) yang menghantar memo untuk bertemu Menteri Dalam Negeri di Putrajaya pada tahun 2003.
Seramai 27 Juta rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan kaum dan masyarakat yang tidak tahu tentang ISA,telah di tanamkan dalam fikiran mereka supaya mempercayai bahawa mereka ini adalah "extremist dan terrorist" agama, dimasa yang sama, segala ruang dan peluang untuk membela diri dari semua pertuduhan, ditutup rapat oleh pihak berkuasa yang terdiri Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.Indoktrinasi oleh pemimpin UMNO bahawa mereka ini "pengganas" Islam, masih lagi berjalan hingga kini.....
Mereka di tuduh, di label dinamakan sebagai pengganas Islam. 7 tahun telah ditahan tanpa sebarang perbicaraan.......
Siapa kah pengganas sebenarnya?
MINDA ORANG MELAYU TELAH DI "BONSAI" KAN???Malaysiakini.
Saya rasa, Forum Rakyat ini pertama kali diadakan oleh sebuah NGO -Cakap-Cakap Rakyat, tentang ISA dan semua perkara buruk yang ada didalamnya.Forum yang diadakan di Bar Council ini di pengurusikan oleh seorang peguam terkenal dari PKR iaitu saudara Nizam.Penceramahnya semua hebat belaka, kecuali.....saya.
Program dimulakan oleh saya mengenai aktiviti GMI.Saya sekadar mempersembahkan slide yang diambil dari simpanan pengurusinya, Syed Ibrahim yang kini berada di Mekah menunaikan haji.Slide itu disediakan agak tergesa-gesa dan disaat akhir, terlupa masukkan music.... jadi, agak boringlah sikit.
Rasa kurang selesa bercakap tentang Gerakan Mansuhkan ISA, walaupun saya juga salah seorang ahli jawatankuasanya. Selalunya bila Syed Ibrahim membuat persembahan, saya sering memberi komen ,kenapa slidenya kurang menarik?Namun, bila sudah mengalaminya sendiri, barulah tahu...betapa sukarnya untuk melaksanakan sesuatu yang perlu dilakukan dengan sepenuh hati.
Jika diberi pilihan, saya suka memberi perkongsian sebagai isteri pada tahanan ISA yang telah lama dianiaya.Tetapi....elok juga sesekali mencuba sesuatu yang baru. Semua pernceramah memang hebat bercakap. Saya suka dengan gaya bahasa Isham Rais dan saya terpesona dengan gaya santai RPK.Fadzrul dari UIAM baru pertama kali saya temui,namun beliau mempunyai keupayaan yang tersendiri.Dan Hj Mat Sabu, memang tidak perlu dipertikaikan lagi...Persembahan beliau memang mantap!!!
RPK DI FORUM RAKYAT "NO TO ISA" BAR COUNCIL MALAM INI .Malaysiakini.
Pagi tadi saya dihubungi oleh Shan dari Amnesty International, FORUM RAKYAT itu diadakan bertujuan untuk memberi penerangan pada rakyat tentang isu ISA yang di bela oleh satu gabungan NGO bernama PEWARIS.
Saya telah disahkan oleh penganjur bahawa RPK akan hadir dalam program itu, malam ini.
Sekali lagi saya sertakan maklumat lengkap program itu.
Tarikh : Isnin 1 Disember 2008.
Masa : 8 - 10.30pm
Tempat:Bar Council.
Penceramah: YB Teresa, Mohd Sabu, Hisham Rais,RPK, wakil GMI.
Sila sebarkan dan datanglah beramairamai ke majlis ini.
YB TERESA, MAT SABU AND HISHAM RAIS AT BAR COUNCIL TONIGHT.Malaysiakini.
All Malaysians are invited to the ISA forum held at Bar Council tonight.Here are the details:
Forum :Forum Rakyat "No To ISA".
Speakers :Hishamudin Rais,Mohammad Sabu and YB Teresa Kok.
Time :Monday 8.00 - 10.30pm.
Venue :Bar Council.
I will represent Gerakan Mansuhkan ISA(GMI). Hope to see you there tonight.
Norlaila.
0126892608
MANSUH ISA BERGEMA DI STADIUM MALAWATI.Malaysiakini.
"Inilah masa yang tepat untuk memperlihatkan keluhuran sistem demokrasi dan kedaulatan undang-undang.Kepada juak-juak UMNO yang berbangga dengan langkah Presiden Bush membela akta kejam Patriot Act 2001 dan Pusat Tahanan Guantanamo, haruslah menginsafi akta zalim ISA dan Pusat Tahanan Kamunting tidak lagi relevan dan wajar di mansuhkan." itu adalah sedutan dari ucapan Dasar Presiden PKR, Dato'Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Kongress ke 5 PKR di Stadium Malawati ,semalam. Sebelum ucapan itu, satu persembahan multimedia bertajuk "Tribut kepada Permatang Pauh" di pancarkan ke skrin besar .Tribut itu menyentuh bagaimana Kak Wan (Dato Seri Wan Azizah) memulakan kareernya sebagai ahli poliik sebaik saja suami beliau, DS Anuar Ibrahim di pecat dari UMNO pada tahun 1998.Kisah Kak Wan yang digelar sebagai ibu reformasi amat menyentuh perasaan pada hadirin di stadium itu.
DINNER DENGAN TUAN GURU NIK AZIZ LAGI...Malaysiakini.
"Dunia ini adalah umpama sebuah restoran milik Allah, semua yang ada di restoran itu mesti dibayar ,jika kita mahu menggunakannya. Jika nak minum beli air minuman, hendak makan makanan direstoran itu, kena bayar makanan itu dan sebagainya .Dan bayarannya ialah dengan mengabdikan diri sepenuhnya pada Allah, pemilik restoran itu..." itulah yang dapat saya ingat sebahagian dari ucapan Tuan Guru di Majlis Makan malam Amal Usrah Kebajikan Professional di Hotel Residence, Bangi.
Selain itu, TG Nik Aziz juga menekankan, sebarang bentuk kemungkaran dan maksiat, wajib di tentang dan ISA adalah satu kemungkaran yang sangat jelas jahat dan malafide nya.TG berpegang pada prinsip bahawa semua yang bersalah, mestilah dihadapkan kemuka pengadilan dan ISA tidak pernah dapat menyelesaikan sebarang masaalah dan tidak diperlukan oleh mana-mana manusia. Pada malam itu, Gerakkan Mansuhkan ISA dan keluarga tahanan ISA telah di jemput sebagai tetamu khas. Saya dan dua orang isteri tahanan ISA yang lain iaitu Puan Juraina serta Puan Atikah telah hadir sebagai satu sokongan terhadap usaha UKP mewujudkan satu tabung kebajikan untuk anak-anak keluarga tahanan ISA.
Majlis makan malam diserikan oleh persembahan Algebra dan Nazri Johanni, bekas anggota Raihan.Kemuncak majlis itu ialah perasmian Tabung Pendidikan yang dilakukan oleh Tuan Guru dengan mengeluarkan tabung dari replika jeriji dan rantai besi.Persembahan slaide amat menyentuh perasaan(kerana dipenuhi oleh gambar-gmbaar keluarga tahanan ISA) telah mengakhiri majlis itu.
PULANGKAN ABAH KU. 3 -Malaysiakini.
Saya kesihan melihat Umi bekerja keras mencari ruang dan peluang untuk mendedahkan kejahatan ISA yang sedang menganiaya keluarga kami. Tugas Umi untuk mencari rezeki demi penerusan hidup kami berdua sudah cukup memenatkan , ditambah pula dengan kerja-kerja bersama Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) yang tidak kurang beratnya.... Ramai orang bersimpati kepada kami, saya sering dengar orang berkata "We are behind you..." tetapi kata-kata, tinggal kata-kata.Tak apa lah, saya selalu denar Umi pujuk diri sendiri... kita kan ada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya...
Ada ketikanya saya rasa Umi macam buat kerja yang tidak mendatangkan hasil. Contohnya pergi PUTRAJAYA nak sampaikan surat pada PM.Jam 9 pagi sudah bertolak,sampai disana, menunggu beberapa jam, tak dapat jumpa PA Pak Lah, akhirnya yang menyambut surat itu hanyalah seorang pelayan pejabat.Jam 2 petang, barulah Umi tiba di rumah di Taman Keramat....Namun, kata Umi, ada sedikit berita di media alternatif, jadilah...Dan banyak lagi peristiwa yang menghampakan perasaan seperti itu...
Itu tidak termasuk kata-kata sindiran yang Umi terpaksa telan, kerana ramai orang merasakan, kita tidak layak untuk menhapuskan akta zalim itu.Kita hanya akan jadi seperti anjing yang menyalak bukit, anjing jadi serak, bukit tetap teguh"...
Jika terus berusaha, lama-lama Allah akan beri kejayaan juga. Bermula bulan Mac tahun 2008, Umi mengambil cuti tanpa gaji kerana ingin memberi perhatian pada Kempen 6 Tahun -ISA. Syukur, dengan kemenangan Pakatan Rakyat, tidak sia-sia Umi bercuti selama ini kerana beliau mendapat lebih banyak ruang untuk mendedahkan nasib Abah dan semua tahanan ISA yang lain. Saya tahu, ramai Ahli Parlimen PR kenal Umi, antaranya YB Dr Lo Lo.
Hampir 7 tahun saya berulang-alik 700 km dari K.L ke Taiping. Penat sangat rasanya walaupun bukan saya yang membawa kereta itu.Pagi-pagi selepas Subuh sudah keluar, rehat di R&R Sungai Perak dan biasanya tiba di pintu utama pada jam 11 pagi. Saya membesar di jalanan, bayangkanlah sejak berusia lapan tahun, saya telah biasa tidur baring didalam kereta, untuk melawat Abah di Kem Kamunting.
Duit belanja ke Kem? Dari tahun 2002 hingga tahun 2008.... RM300 sekali lawatan , dua kali sebulan, selama 6 tahun. Berapa jumlahnya?Itu tidak termasuk duit belanja untuk Abah dan duit untuk membeli keperluan seperti buku, majalah, kitab dsb....(Zalim tak ISA ni?)
Alhamdulillah, sekarang ada bas dari kerajaan Pakatan Rakyat, Negeri Selangor yang membawa keluarga ke kem dua kali sebulan.
PULANGKAN ABAHKU-2..Malaysiakini
Ini adalah kenangan menyambut Aidilfitri bersama Abah dan keluarganya pada tahun 2001, iaitu beberapa bulan sebelum Abah ditahan dibawah ISA.Saya berumur lapan tahun dalam darjah 2, pakai baju cerah,sampin maroon dan berkopiah putih di tengah barisan hadapan.(Selepas itu dari tahun 2002 hingga 2008, saya menyambut Aidilfitri di Kem Kamunting, dikawal oleh warden kem dan saya belum pasti samada tahun 2009 saya dapat beraya dengan Abah atau tidak....)