Saya ingin berkongsi, suasana pelancaran Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA pada bulan April 2008. Jika dilihat di banner, ketika itu, ada 70 tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting.
Sebagai Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan 6 tahun, saya menggariskan beberapa aktiviti utama kempen iaitu:
1. Edaran surat isteri di pilihanraya ke 12.
2- Letter signing Marathon
3-Petition signing.
4-Vigil in Kamunting.
5.Postcard Signing.
6.Pelancaran Buku Dunia Tanpa Suami dan T-shirt MerahHitam.
7. Himpunan Rakyat Anti -ISA di Stadium Malawati.
Geraf kesedaran rakyat melalui kempen itu terus meningkat walaupun ianya dijalankan setakat bulan Jun.Tanpa diduga kisah tragis kematian Aina Mardhiyyah, anak tahanan ISA Shahrial Sirin telah meningkatkan lagi simpati rakyat pada perjuangan mansuhkan ISA.Kemenangan PR dalam PRU12 banyak memberi ruang dan peluang untuk mendedahkan kezaliman ISA tertama pada tahanan yang masih berada di Kem.Bermula dari kisah tahanan ISA Sanjeev Kumar yang lumpuh, hinggalah penahanan RPK, YB Teresa serta wartawan Sin Chew, semuanya meningkatkan lagi geraf kesedaran rakyat terhadap kempen Anti-ISA hinggalah akhirnya Menteri Undang-undang meletakkan jawatan, dan anggota komponen BN seperti MCA dan Gerakan sudah berani mempersoalkan supaya ISA di pinda atau di mansuhkan saja.
Dan hari ini Khamis 4 Disember, lima lagi tahanan ISA telah dibebaskan, menjadikan jumlah yang tinggal di Kem kini , seramai 38 orang.Semua ini terjadi adalah dengan berkat sokongan dan tekanan dari semua lapisan rakyat.
Marilah kita tambah lagi program-program anti-ISA seperti Vigil, ceramah Umum, leafletting, dan signing petition , supaya semua tahanan yang di mangsakan oleh Menteri Dalam Negeri akan segera dibebaskan.
Sokongan anda semua akan membantu lebih ramai lagi mangsa ISA menyedut udara kebebasan sebagai manusia yang bebas dan merdeka.
KINI , 38 TAHANAN ISA DI KEM KAMUNTING,TERUSKAN TEKANAN RAKYAT!!!.Malaysiakini.
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 6:39 PG
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
mengurangkan jumlah tahanan ISA hanya hendak menunjukkan pihak kerajaan tidak menggunakan akta ISA sewenang-wenangnya. Tapi bersedialah, sekarang ini berbagai isu perkauman sedang hangat diperkatakan oleh parti BN dan pakatan rakyat. Apabila Najib jadi PM, operasi lalang II akan bermula bagi meredakan ketegangan ini. Nanti ramailah orang akan ditangkap bawah ISA yang akan disabitkan dengan kesalahan menghasut......... Tidak ada maknanya.
Syabas dan tahniah atas "kejayaan" setakat ini. Kami rakyat Malaysia akan terus menyokong GMI dan Puan Laila dalam perjuangan ini.
Terima kasih
apesal , paper thestar atau lain lain paper never keluarkan this news
Alias Mohd Yusof,
Awak memang jujur.Saya lagi, jika ikutkan hati, memang terasa penat sangat.......setiap kali saya memikirkan suami yang telah ditahan sejak 6 tahun lalu, seluruh badan jadi demam...Itu adalah saikologinya. Namun saya selalu berpegang pada hakikat, hiadup ini adalah perjuangan. Saya mahu terus hidup,justeru perjuangan tetap diteruskan.Saya tidak mahu fokus pada masa depan ,menjejaskan kerja-kerja saya dimasa sekarang@kini.Saya maklumi kerungsingan itu.Saya dah mengharungi kehidupan 6 tahun tanpa suami dan saya dan anak kami boleh survivied!!!
Tiada apa yang menjadi penghalang pada langkah seterusnya.....Saya yakin you dan rakyat malaysia yang lain akan sentiasa posiiiiitive dalam hal ini.teruskan memberi tekanan hingga ISA dibuang dari negara kita.
Caranya? anda seorang yang krestif dan boleh cari jalan untuk melaksanakannya yang penting, mesej nyah-ISA mesti disampaikan pada semua lapisan rakyat....
SAJ,
Sejak mengenali anda, saya tahu ada ramai lagi insan berhati mulia seperti you ,yang teringin membantu saya menyebarkan kejahatan ISA ini pada seramai yang boleh...Thanks and keep it.
up!!!
Tanpa nama,
Media yang you sebutkan itu, susah nak beri ruang pada gembira mangsa ISA.Kegembiraan kami adalah kedukaan pada UMNO-BN.
salam idul adha dari notoumno dan radenjowo
Puan Laila:
YIf I understand correctly, you mentioned in your post that 38 detainees still remained in Kamunting. I was made to believe that there were still 60+ detainees from the speeches by some NGOs at the vigils. If this is correct, this is a great achievement and more publicity should be made regarding this. This is a great morale booster for this cause to repeal ISA. Pls correct me if I am wrong.
God bless you and your family.
SH Tan (Penang)
SH TAN
The statistic of the ISA detainees in our record was given by SUHAKAM, in January 2008. It was the only visit by SUHAKAM to the Kem.We never know if ,along the way from Feb to Disember, there could be "new arrest" that was not reported to anyone.We understand, its not easy for us to get this info from the detainees family because they were so scared the news ould jeopardise the chance for the detainees to b relased.
I also understand, not all reps of the NGOs aware the latest number of detainees in Kem.....Anyway, thanks for your kind words. Of course I regard this as the victory of the anti-ISA struggle that supported by the people!
Catat Ulasan