"TAMU ISNIN" BERSAMA HARAKAH.Malaysiakini.

| |



Jika dahulu isu ISA bagaikan terpendam di pemikiran masyarakat. Namun kini,pandangan terhadap akta itu sering menghiasi dada akhbar, sama ada pro mahupun kontra . Semua pihak berbicara mengenainya. Harakah, melalui wartawan Anis Nazri cuba menyingkap suasana perubahan itu bersama wanita waja, Norlaila Othman, yang juga isteri tahanan ISA.


Harakah: Dulunya, ISA bagaikan tidak diendahkan. Sama ada dari pihak parti politik, NGO mahupun rakyat biasa. Jika adapun, suara-suara itu terlalu perlahan dan tidak didengari. Namun kini, pelbagai pihak berbicara mengenainya biarpun isinya ada yang pro dan kontra. Apa agaknya yang mendorong perubahan tersebut?



Norlaila: Sebenarnya banyak faktor ISA dikenali muktahir ini. Penahanan Hindraf sangat meluas liputannya, selain penahanan beberapa tokoh tertentu di bawah akta tersebut. Kempen berterusan dari GMI dan liputan dari Harakah serta akhbar-akhbar lain juga banyak membantu dalam mendidik kesedaran rakyat.



Selain itu juga, sebelum pilihan raya umum ke 12 lalu, rakyat sudah menyampah dengan BN hingga menyebabkan lima negeri kini berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Apabila Pakatan Rakyat sudah menang, rakyat yang dahulunya 'silent protest' semakin berani bangkit menyatakan bantahan atas penindasan Umno, termasuk ISA. Lebih-lebih lagi, bila ISA ini sering disebut-sebut hingga menyebabkan mereka tertanya-tanya mengapa akta ini begitu 'top' sekali.

Sebagai orang Islam, saya sentiasa berpegang pada kefahaman kita mesti melakukan 'amar makruf nahi mungkar' kerana ianya dituntu oleh agama.Khususnya pada perkara amar makruf(kebaikan) , orang Melayu biasanya akan berlumba-lumba melakukannya kerana mahu mengaut pahala seberapa banyak yang boleh.Tetapi, tidak ramai yang berani hendak melakukan 'nahi mungkar'( membuang kejahatan) , kerana takut pada ISA. Jadi, GMI diwujudkan sebagai satu ruang dan tempat untuk rakyat mendedahkan kezaliman lapuk warisan BN ini secara kolektif. Dan dengan pertolongan Allah juga, Abdullah Badawi menyerahkan jawatan menteri Dalam Negeri kepada Syed Hamid Albar-yang tidak tahu menahu tentang ISA. Dia (S.Hamid) ingat rakyat tidak faham akta ISA, ditahannya Raja Petra dan Teresa. Kesannya , rakyat bangkit dan mempersoalkan penahanan mereka Bermula dari situlah, ramai yang mula berani bersuara mengenai akta ini, hatta komponen BN sendiri seperti MCA dan Gerakan pun sudah berani bercakap tentang ”repel and amend” ISA.
Note: Saya berdiri di sebelah gambar layanan SB pada tahanan ISA ketika mereka dalam seksyen 73, 60 hari dalam tahanan polis di Police Remand center, K.L. Sketches itu di lukis oleh Suhaimi Mokhtar, seorang tahanan ISA yang telah ditahan sejak 29 Disember 2001.Suhaimi masih terus ditahan kerana melukis gambar-gambar tersebut.....

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]