Ketika ini, saya berada disebuah hotel 3 - 4 km dari Kem.Pemandangan diHotel ini memang cantek.Terimakasih pada Nash yang beri peluang pada saya untuk berehat semalam disini.Suami dah 7 tahun di tahan di Kem, baru ini dapat peluang singgah di resort ni.Menurut Ikin, seorang teman yang berasal dari Taiping, kecantikan tempat ini sama dengan sebuah kawasan peranginan di Sepanyol!
Bandingkan keindahan tempat ini dengan Kemta, memang seperti langit dengan bumi walaupun kedua-duanya berlatar belakangkan Bukit Larut yang cantik, sejuk dan nyaman.Ditempat ini, manusia bebas melakukan apa saja dalam suasana yang selesa dan mewah....Tetapi di Kem, pada waktu malam yang gelap pekat, penghuninya tidak dapat menggunakan lampu kalimantang, kerana tiada wayar letrik,tiada mentol dan tiada suis di bilik mereka.
Allah menciptakan semua perkara untuk memenuhi keperluan manusia,namun di kem ini semua keperluan yang sepatutnya dinikmati oleh manusia, di tiadakan dan dinafikan menggunakan pelbagai perancangan dan alasan rapi oleh kakitangan Kementerian Dalam Negeri.
Beberapa jam lagi saya dan Suhaib akan masuk ke Kemta beraya bersama Mat Sah.
To b continued...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
sekurang-kurangnya bersyukurlah seadanya. Berdoalah semoga mendapat perlindungan dari Allah SWT. Sesungguhnya bukan mudah manusia menentukan mana yang betul dan mana yang salah. Hanya Allah yang tahu. Kalau ada rezeki keluar dari kem yang dianggap ngeri tu, janganlah jadi seperti mereka yang dianggap kejam dan menganiaya itu. Boleh lah perbaiki dan perbetulkan semua yang salah agar umat islam tidak dianggap pengganas di mata dunia. Bagi saya ISA itu tetap relevan, tiada salahnya tetapi mungkin perlaksanaannya banyak kemungkinan.
Saya berpendapat ISA itu kejam dan salah disisi ugama. Sayang sekali Imam Hadhari kita masih nak menegakkan ISA. Cekalkan hati dan teruskan perjuangan anti ISA. Saya doakan agar suami Puan segera dibebaskan.
-nur-
Catat Ulasan