Suhaib berdiri menghadap satu kawasan dimana disitulah bapanya disimpan disebuah store milik Menteri Dalam Negeri tanpa pernah diberi peluang untuk membela diri di Mahkamah.
Pada pertemuan keluarga di Hari Raya Aidil Adha ini, kami dibenarkan membawa dua jenis makanan samada rendang atau kuah kacang dan nasi impit.Kami juga dibenarkan membawa beberapa biji buah dan sejenis kueh raya.
Kami bertemu selama 2 jam tanpa halangan cermin kaca dan interkom.Kami makan semeja dan suhaib boleh bersalaman dengan bapanya. Suhaib kelihatan gembira dapat berbual lebih lama dengan bapanya. Bapa Suhaib mengeluarkan Al Quran dari poket bajunya dan meminta Suhaib membaca beberapa ayat dari Quran itu. Kemudian Suhaib diminta mendengar hafazan Quran beliau.Saya terasa sebak melihat kedua-dua beranak ini berbual tanpa henti.Saya biarkan saja mereka berdua bersembang sepuas-puasnya...Saya sebak melihat wajah Suhaib. Ada bapa kandung yang masih hidup ,tetapi tidak berfungsi sebagaimana bapa kandung orang lain.
Walaupun kami dibenarkan berjumpa lebih lama tanpa cermin dan interkom, itu tidak bermakna ISA adalah baik dan sesuai untuk manusia seperti kami....7 tahun Suhaib membesar tanpa didikan dan belaian kasih sayang bapanya. Siapa yang akan mengganti masa 7 tahun yang sangat kritikal dalam tumbesaran Suhaib???
3 ulasan:
ALLAH maha mengetahui segala gala nya. Kita teruskan perjuangan ini.
Kesedihan dan rintihan ini tidak akan dapat dilupai dan ingat lah do'a adalah senjata seorang mukmin.
Percaya lah bahawa janji ALLAH pasti akan berlaku.
Tidak ada yang lebih berkuasa selain dari ALLAH dan manusia yang menyalah gunakan kuasa mereka pasti menerima pembalasan nya.
Teruskan perjuangan mu.dh9753
insya-Allah kesabaran anda sekeluarga akan dibalas dengan sebaik2 balasan dari Allah
assalamualaikum
saya rasa sebak membaca tulisan kak laila..your preserverance will be rewarded insyaAllah...
Lat
Catat Ulasan