Program dimulakan oleh saya mengenai aktiviti GMI.Saya sekadar mempersembahkan slide yang diambil dari simpanan pengurusinya, Syed Ibrahim yang kini berada di Mekah menunaikan haji.Slide itu disediakan agak tergesa-gesa dan disaat akhir, terlupa masukkan music.... jadi, agak boringlah sikit.
Rasa kurang selesa bercakap tentang Gerakan Mansuhkan ISA, walaupun saya juga salah seorang ahli jawatankuasanya. Selalunya bila Syed Ibrahim membuat persembahan, saya sering memberi komen ,kenapa slidenya kurang menarik?Namun, bila sudah mengalaminya sendiri, barulah tahu...betapa sukarnya untuk melaksanakan sesuatu yang perlu dilakukan dengan sepenuh hati.
Jika diberi pilihan, saya suka memberi perkongsian sebagai isteri pada tahanan ISA yang telah lama dianiaya.Tetapi....elok juga sesekali mencuba sesuatu yang baru. Semua pernceramah memang hebat bercakap. Saya suka dengan gaya bahasa Isham Rais dan saya terpesona dengan gaya santai RPK.Fadzrul dari UIAM baru pertama kali saya temui,namun beliau mempunyai keupayaan yang tersendiri.Dan Hj Mat Sabu, memang tidak perlu dipertikaikan lagi...Persembahan beliau memang mantap!!!
Siapa sangka, dalam keheningan dewan yang semua pesertanya khusyuk mendengar pesanan Isham Rais yang bercerita tentang ketakutan yang melanda minda@otak orang Melayu yang telah di :"bonsaikan" selama 35 tahun oleh UMNO, tiba-tiba ada sekumpulan lima orang lelaki bertubuh sasa, bangun dan keluar dewan.Kurang ajar sungguh sikap mereka itu!!
Rupa-rupanya, kami buat program anti-ISA di dalam dewan, kumpulan PEWARIS yang tidak celik ISA, telah mengadakan perhimpunan di luar bangunan, siap memakai T-shirt YES TO ISA.
Mereka bersuara dengan kuat, dan ada sesekali menjerit sambil menadah tangan membaca doa.... Hai, pelik tengok sikap mereka. Orang yang bukan Islam pun semuanya membenci ISA kerana zalim dan tidak berperikemanusiaan, mereka yang berugama Islam pula sanggup membiarkan diri mereka di pergunakan oleh pemimpin yang sedang berkuasa, yang sangat-sangat menjaga UMNO sebagai "the last bastion" pada UMNO.
Kesian... sekali lagi....., ISLAM telah dimangsakan oleh puak-puak yang suka bersumpah dengan keris ini.ISLAM juga yang akhirnya dipandang buruk oleh bangsa lain.....
Note: Gambar atas, forum Anti-ISA. Gambar bawah, perhimpunan kurang cerdik Pro-ISA.
7 ulasan:
Dear Laila,
Pasti hebat kalau dapat berada disana bagi menyaksikannya secara 'live'. I bab-bab ceramah ni memang suka pergi especially ceramah anjuran PR. Kalau ada, I pasti pergi. Seronok tengok live.... baru rasa thrillnya. I'm sure you're hebat too, Laila..... kerana sememangnya you seorang wanita yang HEBAT!!!! No To ISA!!!
eh eh eh Pro ISA tu ada permit ke? Itu ILLEGAL assembly kan, mana perginya polis polis dan FRU FRU ni? Curi tulang? Kalau Anti ISA dihalang dengan pelbagai alasan kenapa PRO ISA dibenarkan? Polis tak double standard, sapa caya.
Dah hangus la tu pro ISA. Semua otak dah habis. Harap seseorang boleh ketuk otak dia orang ni.
Itulah Melayu Haprak!!!!
Saya ada malam semalam..
Terasa si tubuh kecil kita bukan penghalang!!!
Pinjam gambar kak Lela..
A Mum Of Three Mohd,
13 Dec datanglah ke Bar Council.Ada program ISA lagi.
Kkitsam,
Mereka yang masuk berada didewan BC semalam tak tahan telinga mendengar kebenaran disampaikan oleh Isham dan RPK, thats why mereka keluar tergesa-gesa.Tak tahu malu betul!!!
Jarod,
PEWARIS tu mana ada otak!!
Izwan,
Eh you yang mana satu ya?? Akak tak perasan lah....Lagipun segan lah nak tenung setiap muka yang datang semalam...
Ok je, gunalah gambar yang ada....
Merah Hitam,
yang pegi tenung muke org psai pa,mistila malu,tengok udah la,hu..hu..
apepun MH ni mmg hebat,mdh2an satu hari nanti dpt menjadi pemimpin kpd rakyat.
sry lme tak layar blog MH,mse dah jd pendek.
Catat Ulasan