SUHAIB BERCUTI DITEPI LAUT.

| |

Alhamdulillah, saya sempat membawa Suhaib bercuti di P.D. Kegembiraan terpancar di wajahnya,terutama dengan adanya Asiah dan Ammar yang sentiasa sudi menemani Suhaib yang ditakdirkan lahir sebagai anak tunggal....
Mereka mandi kolam dan bermain kayak hingga jam satu pagi. Arwah bapa saya dulu pernah berpesan supaya tidak bermain air hingga lewat malam, di khuatiri ada gangguan dari makhluk halus .Namun, kanak-kanak zaman ini telah diajar dengan pelbagai doa-doa harian yang menjadi amalan mereka. Jadi tidak khuatir gangguan syaitan atau jin yang juga menjadi sebahagian dari penghuni alam ini.
"Kalau ada syaitan atau jin, kita baca doa dan ayat quran, semua mereka akan lari" kata Asiah yang petah itu. " Tapi , syaitan SB (Special Branch), bila kita baca ayat Quran mereka ni tak akan lari kerana ini syaitan yang duduk dalam badan manusia yang hatinya sangat jahat" tambah Ammar, yang sering pergi ke program GMI.

Hai... kanak-kanak generasi sekarang sanggup dan pandai berhujjah kerana nak main labih lama.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Suhaib,

Harap Suhaib had a good and jolly time at the beach. Sekolah dah nak buka so dah bersedia ke? Selamat kembali semula ke sekolah and semoga sukses cemerlang dalam PMR!!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]