Pagi tadi saya dihubungi oleh Shan dari Amnesty International, FORUM RAKYAT itu diadakan bertujuan untuk memberi penerangan pada rakyat tentang isu ISA yang di bela oleh satu gabungan NGO bernama PEWARIS.
Saya telah disahkan oleh penganjur bahawa RPK akan hadir dalam program itu, malam ini.
Sekali lagi saya sertakan maklumat lengkap program itu.
Tarikh : Isnin 1 Disember 2008.
Masa : 8 - 10.30pm
Tempat:Bar Council.
Penceramah: YB Teresa, Mohd Sabu, Hisham Rais,RPK, wakil GMI.
Sila sebarkan dan datanglah beramairamai ke majlis ini.
RPK DI FORUM RAKYAT "NO TO ISA" BAR COUNCIL MALAM INI .Malaysiakini.
YB TERESA, MAT SABU AND HISHAM RAIS AT BAR COUNCIL TONIGHT.Malaysiakini.
All Malaysians are invited to the ISA forum held at Bar Council tonight.Here are the details:
Forum :Forum Rakyat "No To ISA".
Speakers :Hishamudin Rais,Mohammad Sabu and YB Teresa Kok.
Time :Monday 8.00 - 10.30pm.
Venue :Bar Council.
I will represent Gerakan Mansuhkan ISA(GMI). Hope to see you there tonight.
Norlaila.
0126892608
MANSUH ISA BERGEMA DI STADIUM MALAWATI.Malaysiakini.
"Inilah masa yang tepat untuk memperlihatkan keluhuran sistem demokrasi dan kedaulatan undang-undang.Kepada juak-juak UMNO yang berbangga dengan langkah Presiden Bush membela akta kejam Patriot Act 2001 dan Pusat Tahanan Guantanamo, haruslah menginsafi akta zalim ISA dan Pusat Tahanan Kamunting tidak lagi relevan dan wajar di mansuhkan." itu adalah sedutan dari ucapan Dasar Presiden PKR, Dato'Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Kongress ke 5 PKR di Stadium Malawati ,semalam. Sebelum ucapan itu, satu persembahan multimedia bertajuk "Tribut kepada Permatang Pauh" di pancarkan ke skrin besar .Tribut itu menyentuh bagaimana Kak Wan (Dato Seri Wan Azizah) memulakan kareernya sebagai ahli poliik sebaik saja suami beliau, DS Anuar Ibrahim di pecat dari UMNO pada tahun 1998.Kisah Kak Wan yang digelar sebagai ibu reformasi amat menyentuh perasaan pada hadirin di stadium itu.
DINNER DENGAN TUAN GURU NIK AZIZ LAGI...Malaysiakini.
"Dunia ini adalah umpama sebuah restoran milik Allah, semua yang ada di restoran itu mesti dibayar ,jika kita mahu menggunakannya. Jika nak minum beli air minuman, hendak makan makanan direstoran itu, kena bayar makanan itu dan sebagainya .Dan bayarannya ialah dengan mengabdikan diri sepenuhnya pada Allah, pemilik restoran itu..." itulah yang dapat saya ingat sebahagian dari ucapan Tuan Guru di Majlis Makan malam Amal Usrah Kebajikan Professional di Hotel Residence, Bangi.
Selain itu, TG Nik Aziz juga menekankan, sebarang bentuk kemungkaran dan maksiat, wajib di tentang dan ISA adalah satu kemungkaran yang sangat jelas jahat dan malafide nya.TG berpegang pada prinsip bahawa semua yang bersalah, mestilah dihadapkan kemuka pengadilan dan ISA tidak pernah dapat menyelesaikan sebarang masaalah dan tidak diperlukan oleh mana-mana manusia. Pada malam itu, Gerakkan Mansuhkan ISA dan keluarga tahanan ISA telah di jemput sebagai tetamu khas. Saya dan dua orang isteri tahanan ISA yang lain iaitu Puan Juraina serta Puan Atikah telah hadir sebagai satu sokongan terhadap usaha UKP mewujudkan satu tabung kebajikan untuk anak-anak keluarga tahanan ISA.
Majlis makan malam diserikan oleh persembahan Algebra dan Nazri Johanni, bekas anggota Raihan.Kemuncak majlis itu ialah perasmian Tabung Pendidikan yang dilakukan oleh Tuan Guru dengan mengeluarkan tabung dari replika jeriji dan rantai besi.Persembahan slaide amat menyentuh perasaan(kerana dipenuhi oleh gambar-gmbaar keluarga tahanan ISA) telah mengakhiri majlis itu.
PULANGKAN ABAH KU. 3 -Malaysiakini.
Saya kesihan melihat Umi bekerja keras mencari ruang dan peluang untuk mendedahkan kejahatan ISA yang sedang menganiaya keluarga kami. Tugas Umi untuk mencari rezeki demi penerusan hidup kami berdua sudah cukup memenatkan , ditambah pula dengan kerja-kerja bersama Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) yang tidak kurang beratnya.... Ramai orang bersimpati kepada kami, saya sering dengar orang berkata "We are behind you..." tetapi kata-kata, tinggal kata-kata.Tak apa lah, saya selalu denar Umi pujuk diri sendiri... kita kan ada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya...
Ada ketikanya saya rasa Umi macam buat kerja yang tidak mendatangkan hasil. Contohnya pergi PUTRAJAYA nak sampaikan surat pada PM.Jam 9 pagi sudah bertolak,sampai disana, menunggu beberapa jam, tak dapat jumpa PA Pak Lah, akhirnya yang menyambut surat itu hanyalah seorang pelayan pejabat.Jam 2 petang, barulah Umi tiba di rumah di Taman Keramat....Namun, kata Umi, ada sedikit berita di media alternatif, jadilah...Dan banyak lagi peristiwa yang menghampakan perasaan seperti itu...
Itu tidak termasuk kata-kata sindiran yang Umi terpaksa telan, kerana ramai orang merasakan, kita tidak layak untuk menhapuskan akta zalim itu.Kita hanya akan jadi seperti anjing yang menyalak bukit, anjing jadi serak, bukit tetap teguh"...
Jika terus berusaha, lama-lama Allah akan beri kejayaan juga. Bermula bulan Mac tahun 2008, Umi mengambil cuti tanpa gaji kerana ingin memberi perhatian pada Kempen 6 Tahun -ISA. Syukur, dengan kemenangan Pakatan Rakyat, tidak sia-sia Umi bercuti selama ini kerana beliau mendapat lebih banyak ruang untuk mendedahkan nasib Abah dan semua tahanan ISA yang lain. Saya tahu, ramai Ahli Parlimen PR kenal Umi, antaranya YB Dr Lo Lo.
Hampir 7 tahun saya berulang-alik 700 km dari K.L ke Taiping. Penat sangat rasanya walaupun bukan saya yang membawa kereta itu.Pagi-pagi selepas Subuh sudah keluar, rehat di R&R Sungai Perak dan biasanya tiba di pintu utama pada jam 11 pagi. Saya membesar di jalanan, bayangkanlah sejak berusia lapan tahun, saya telah biasa tidur baring didalam kereta, untuk melawat Abah di Kem Kamunting.
Duit belanja ke Kem? Dari tahun 2002 hingga tahun 2008.... RM300 sekali lawatan , dua kali sebulan, selama 6 tahun. Berapa jumlahnya?Itu tidak termasuk duit belanja untuk Abah dan duit untuk membeli keperluan seperti buku, majalah, kitab dsb....(Zalim tak ISA ni?)
Alhamdulillah, sekarang ada bas dari kerajaan Pakatan Rakyat, Negeri Selangor yang membawa keluarga ke kem dua kali sebulan.
PULANGKAN ABAHKU-2..Malaysiakini
Ini adalah kenangan menyambut Aidilfitri bersama Abah dan keluarganya pada tahun 2001, iaitu beberapa bulan sebelum Abah ditahan dibawah ISA.Saya berumur lapan tahun dalam darjah 2, pakai baju cerah,sampin maroon dan berkopiah putih di tengah barisan hadapan.(Selepas itu dari tahun 2002 hingga 2008, saya menyambut Aidilfitri di Kem Kamunting, dikawal oleh warden kem dan saya belum pasti samada tahun 2009 saya dapat beraya dengan Abah atau tidak....)
PULANGKAN ABAH KU-Malaysiakini.
Sewaktu uncle RPK dibebaskan, saya rasa kecewa,kenapa bapa saya masih belum berpeluang untuk dibebaskan dari Kem Kamunting.Namun saya tidak mahu melayan sangat rasa kecewa itu. Umi tahu saya kecewa dan sedih.Saya juga tahu Umi pun punya perasaan yang sama. Kami tidak banyak bercakap. Umi banyak mendiamkan diri dan tidur.Saya pula telah diberi peluang bermain komputer lebih lama dari biasa,mungkin Umi tidak mahu saya terlalu memikirkan hal itu. Saya tidak akan lupa peristiwa Abah dibawa keluar dari rumah kami.Ketika itu saya sedang tidur,tiba-tiba Umi angkat dan letakkan disebelah Abah.Saya buka mata dan bila menoleh pada Abah, saya nampak kedua-dua tangannya bergari.Saya menjerit ketakutan dan menangis .Peristiwa melihat gari di kedua tangan Abah, amat sukar untuk dihilangkan dari minda saya. Walaupun peristiwa itu telah lebih 6 tahun berlalu, ianya ttap segar dalam ingatan.Saya benci polis!!!
INILAH PERJUANGAN MEMBEBASKAN TAHANAN ISA -Malaysiakini.
Polis Cawangan khas@SB adalah pekerja utama Menteri Dalam Negeri memastikan ada orang yang bakal dijadikan mangsa ISA.Diseluruh balai polis di Malaysia, separuh dari isi balai ialah polis cawangan khas yang di upah khas untuk memberi berita baik pada UMNO.Saya mengetahui hal ini pada tahun 2003,setahun selepas suami di tahan di Kem Kamunting.
SB2 inilah yang selalu memberi amaran pada kami, jika mahu suami bebas cepat, ikut arahan mereka iaitu:
1- Jangan jumpa peguam.
2-Jangan jumpa wartawan.
3-Jangan jumpa ahli politik alternatif
4-Jangan jumpa aktivis anti-ISA.
Dan mereka juga dengan cepat pergi menemui adik-beradik kami, dan beri amaran supaya jangan campurtangan dalam urusan mereka,jangan bantu kami, keluarga tahanan dan jangan pandai-pandai buat 4 perkara diatas.
Jika degil, suami akan lambat dibebaskan. Pada tahun 2002 hingga 2004, saya dan suami ikut segala arahan itu,tetapi beliau tetap tidak dibebaskan.
Bila kami ingin berjumpa PM,SB akan mengganggu kami.Biasanya PM pun tidak sudi bertemu dengan kami.Kami hendak jumpa Menteri Dalam Negeri pun, tidak dilayan.....
To be continued....
INIKAH YANG ORANG MELAYU SUKA???Malaysiakini.
Sekarang ini sudah ada kumpulan Permuawafakatan Ummah yang menamakan diri mereka PEWARIS. Mereka ini dikatakan membela hak-hak orang Melayu dan menyokong penggunaan ISA, yang menurut mereka masih relevan untuk menjaga keselamatan negara.
Membogelkan tahanan, memburuk-burukkan Islam, menghalang tahanan solat, menyorokkan Quran ....semua ini dilakukan oleh SB@pegawai penyiasat dari bangsa Melayu dan berugama Islam.Perkara ii dilakukan sewenang-wenangnya oleh mereka(SB@penyiasat) diatas nama untuk "mendapatkan maklumat" dari tahanan.
Ini agaknya yang disukai oleh kumpulan ini? Sebab sangat jelas, ISA ADALAH SEBAHAGIAN DARI HAK-HAK ORANG MELAYU, itu sebenarnya yang ingin disampaikan oleh mereka.Sebagai seorang yang normal, pernahkah mereka terfikir, bagaimana rsanya jika diri mereka di perlakukan seperti gambar diatas?
Note:Pelukis gambar ini masih di simpan di Kem Kamunting dari Disember 2001 hingga kini.
ISA MEMBELA ISLAM???Malaysiakini.
Lukisan ini dilukis oleh seorang tahanan ISA yang telah ditahan sejak bulan Disember 2001 hingga sekarang, masih lagi berada di Kem Kamunting.Beliau setiap tahun dibawa ke PRC untu sessi "brainwash" dan telah mengikuti pelbagai kursus "rehabilitation" oleh JAKIM,ILIM,JABATAN PERTANIAN,KEM USAHAWAN,tetapi hingga kini, masih belum layak untuk dibebaskan.
Pelukis itu tidak pernah membuat Habeas Corpus dan tidak pernah dibawa ke mana-mana mahkamah untuk di buktikan kesalahannya.
Hampir semua tahanan ISA (lelaki) mendakwa mereka dibogelkan oleh sekumpulan polis cawangan khas untuk tujuan soal-siasat.
Adakah perbuatan ini dikira sesuai dilakukan oleh seorang yang berugama Islam?(Yang pastinya, ugama lain turut menentang perbuatan yang tidak bermaruah dan tidak berperikemanusiaan ini.)
SIAPA SUKA ISA???Malaysiakini.
"Perlakuan defendan(Polis dan SB) adalah tidak berperikemanusiaan,kejam dan hina kerana plaintif(Abd Malek Hussin) bukan saja ditangkap dan ditahan secara salah,selama 57 hari tetapi juga turut disakiti,diaibkan dan didera secara fizikal dan mental" Kata Hakim Hishamudin Mohd Yunus. Abd Malek mendakwa polis telah melakukan perkara berikut kepada beliau:
1- Ditampar 3 kali dengan mata di tutup.
2- Dibogelkan dibilik berhawa dingin.
3-Cecair berbau air kencing dituangkan kedalam mulutnya.
4-Alat sulit di pukul.
5-Satu objek keras dan panjang dimasukkan ke duburnya hingga berdarah.
6-Berdiri dihadapan penghawa dingin dan disimbah air selama sejam.
Segala keterangn ini tidak dapat dipadamkan oleh "liquid paper" atau diganti dengan gambar atau keterangan lain kerana telah didengar bersama-sama bukti-bukti dibawa ke mahkamah.
Orang yang dinamakan sebagai defendan dalam kes ini ialah SB Assisten Suprintenden Borhan Daud dan Ketua Polis Negara Abd Rahim Noor.
Hakim Hishamudin dalam hujjahnya berkata, perlakuan yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Negara adalah memalukan dan tidak boleh diterima.Selain itu, perlakuan beliau menjadi contoh yang buruk kepada beribu-ribu anggota polis dibawah tadbirannya.
Nota:Moral cerita ini ialah, terbukti di mahkamah, ISA memang bersifat malafide( niat jahat) dan penahanan dibawah ISA adalah menyalahi undang-undang.Berita ihsan dari SINAR HARIAN Jumaat 19 Oktober 2007.
BERAPA KEMENTERIAN DALAM NEGERI BAYAR MEREKA?Malaysiakini
Ada dua berita menarik yang saya ingin kongsikan,tetapi maaf tak dapat sertakan gambar.
1- Perbarisan dari sekumpulan manusia mewakili dua buah NGO bernama Prowaris yang mendakwa mereka adalah penyokong ISA.
2- Sekumpulan FRU yang lengkap dengan "shield" dan cotar sedang mengepung beberapa orang yang datang menyertai pelancaran perhimpunan mansuhkan ISA.
Saya terfikir, berapalah yang dibayar oleh KDN pada peserta Prowaris yang sanggup menggadaikan marwah kerana mengadakan perarakan menyatakan sokongan terhadap ISA dan berapa pula yang dibayar pada 300 FRU yang bekerjakeras dalam hujan lebat menangkap orang yang datang untuk mendengar ceramah anti-ISA di Ampang semalam....
Note: Perbarisan anti-ISA mesti dapat permit dan dikelilingi oleh FRU.Perbarisan Pro-ISA kelihatan selesa tanpa gangguan sesiapa. Penyokong pun boleh dibilang dengan jari....
DOES HAMID ALBAR ELIGIBLE TO TALK ABOUT CODE OF ETHICS?Malaysiakini.
Am I in the real world?Hamid Albar talks about code of ethics?Oh no!!!! As long as Internal Security Act,is still around, I dont see that he,that Home Minister is eligible to mention anything about code of ethic.
"Code of ethics for bloggers mooted
Andrew Ong Nov 23, 08 6:47pm
Home Minister Syed Hamid Albar has suggested that a code of ethics be drawn up for bloggers in the country in order to safeguard the nation from racial or religious conflict."
Again...the people,the nation, the country security..... are being used as the main reasons for him to say in a mild tone that" bloggers are also threatening the national security" .It was proven because he already put a blogger- RPK, two months under ISA.
"Speaking at the Bloggers Buff 2008 in PWTC yesterday, Syed Hamid said the code was necessary as some blogs contained libelous and sensitive racial and religious materials. “The Internet is bringing people into the world of written reporting who have had no training; have no one to learn from; no sense of responsibility; and no sense of their place in the reporting ecosystem. “A code of ethics will serve as a guide."
What???? Bloggers need to have code of ethics?Why he said like this? Is it because the mainstream newspapers "sudah tidak laku" that in the end the people had to turn to internet @alternative media to get true stories?
Ho ho ho.....lets throw these questions to our Home Minister....
1- who, on the first place, has no ethic in the world of reporting?
2-who, has no sense of responsiblity in their writing?
3-who has no sense of their place in the reporting ecosystem?
4-who's report contained libelous and sensitive religious ?
5-who are being racist?
"However, he said that he was not suggesting new laws adding that “this country has enough laws”. "
I couldnt believe Hamid Albar dares to mention this phrase because everyone in the country knows , with the ISA, he makes himself God!!!!
My husband is detained under ISA since 18 April 2002 untill now? Why didnt he used other laws to arrest him?Why dont his Ministry charge him to court producing together with the evidence?
HAMID ALBAR USED FRU TO SHOO AMPANG ISA PROTESTERS?Malaysiakini
"Police stop anti-ISA event in Ampang
Nov 23, 08 9:52pm
The police today moved in to disperse a group of people who had gathered at a field in Ampang Jaya since 8pm for the launch of an anti-ISA campaign.
In the process, it is learnt that about seven people have been arrested for failing to disperse.
Police light strike force unit started dispersing the crowd - numbering less than 100 - at about 9.26pm just as PAS vice-president Mohammad Sabu started to address the crowd."
Orang ramai datang hanya bertemankan payung untuk mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat tentang ISA,tetapi sebagai balasan, mereka telah dihalau oleh jeritan FRU yang memenuhi kawasan itu.
Dan akhirnya..... polis telah menahan 7 orang ,sebagai tanda bahawa merekalah yang paling berkuasa diatas segala-galanya...
Siapakah yang mengarahkan penahanan ini?
ALLAH AKAN MEMBALAS SEGALANYA...Malaysiakini.
"Panggil saya Kak Laila" itulah yang saya katakan pada seorang wanita muda bertudung Maroon yang duduk disebelah saya. Kami berdua berkenalan.Saya wakil SUARAM.Dan dia mewakili PDRM. "Kenapa you tak pakai uniform?" tanya saya. "Oh!! Saya bukan polis biasa, saya dari cawangan..." jawabnya lagi. Serta-merta tengkok dan telinga terasa panas dan darah seolah-olah mendidih. Untuk mengelakkan rasa marah dan tekanan yang teramat sangat itu, saya mengucapkan istighfar beberapa kali sambil menarik nafas dalam-dalam. Dalam hati saya berdoa moga Allah beri setinggi-tinggi kesabaran ketika itu. Saya dan SB wanita itu sedang berada di majlis Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional JIM ke 15.Pengakuannya sebagai SB telah menghilangkan minat saya untuk bersembang lebih lama, namun saya cuba mengawal perasaan supaya tidak menunjukkan wajah yang marah ketika itu.Terus saja saya teringat segala perbuatan jahat yang dilakukan oleh SB kepada saya selama lebih 6 tahun suami ditahan dibawah ISA.Satu persatu datang bertandang di fikiran.Bermula dari rumah digeledah, suami dibawa dari rumah, kereta di pecah, beg tangan dicuri, sms lucah dan banyak lagi....
KAMI MANGSA KEZALIMAN HAMID ALBAR.-Malaysiakini
Setiap kali menatap gambar keluarga arwah Aina Mardhiah yang meninggal dunia pada 2 Julai 2008, pasti hati terasa sayu dan air mata akan mengalir, mengenangkan betapa arwah tidak dapat bersama bapanya sebelum beliau menutup mata buat kali terakhir.Walaupun beliau koma dan tidak mengizinkannya bercakap, namun saya yakin ketika nyawa masih di badan, beliau tetap merasai kehadiran sesiapa saja disisinya.Dan beliau pergi tanpa sempat merasai usapan dan sentuhan terakhir dari seorang ayah,setelah hampir 7 tahun dinafikan hak belaian, bimbingan dan kasih sayang dari seorang ayah.
SB, polis, warden Kemta dan Menteri itu sendiri,sepatutnya belajar dari kesilapan besar yang telah mereka lakukan. Sepatutnya peristiwa kematian Aina ini, menjadi peringatan supaya perkara yang tidak diingini, tidak akan berulang lagi pada mana-mana mangsa ISA.
Menteri Dalam Negeri kena ingat, semua tahanan ISA adalah pesalah yang tidak pernah didakwa dimana-mana mahkamah sepertimana banduan-banduan lain.
Saya telah diberitahu bahawa ibu kepada tahanan ISA P.Uthayakumar telah sakit dan terpaksa dimasukkan di ward hospital selama seminggu .Saya difahamkan, beliau amat rindu untuk bertemu Uthaya, tetapi permintaanuntuk membawa pulang tahnan ISA itu telah tidak diberi perhatian oleh pengurusan Kemta.
Saya harap, Menteri Dalam Negeri tidak akan berterusan menzalimi semua tahanan ISA dan keluarga mereka. Sekiranya ada ahli keluarga yang sakit, berilah hak kepada mmereka untuk menziarahi orang yang sakit itu.
Biarlah peristiwa Aina Mardhiah tidak akan terjadi pada keluarga tahanan ISA yang lain.
Note: Saya bersama ibu P.Uthayakumar di Seremban awal tahun ini.
TUN MAHATHIR MACAM KETAM..Malaysiakini.
" Najib hanya pandai ambil hati Abdullah saja" kata bekas PM, Tun Mahathir ketika mengulas kenyataan Najib yang berjanji akan mengekalkan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak lah.
Kenyataan bekas PM itu memang betul, rakyat menolak UMNO bukan saja kerana tak suka PK Lah,tetapi juga benci dengan keseluruhan sistem dan segala isinya yang diamalkan oleh parti reput itu.
Tapi, Tun sepatutnya sedar, sistem yang buruk dan ditolak rakyat itu bukan terjadi sejak zaman Pak lah saja,tetapi sejak 22 tahun yang lalu, iaitu ketika beliau mula menjadi PM. Mungkin kerana sudah nyanyuk, Tun Mahathir dah lupa,semua bentuk kejahatan dan korupsi yang terjadi kini, adalah bermula dari era beliau.PM yang lain tu, hanya meneruskan saja sistem yang sedia ada....
Sebagai contoh, mengikut sejarah, tahanan ISA yang berugama Islam, paling ramai ditahan ketika era Tun Mahathir menjadi PM. Malahan, ada tahanan ISA yang ditahan pada tahun 2001,ketika Tun di ambang kejatuhan, masih belum dibebaskan hingga sekarang, kerana Pak Lah, telah mengikut sistem tinggalan beliau(Tun).... Jadi , salahkah jika najib ingin meneruskan sistem Pak lah??
Tun Mahathir ni macam ketam mengajar anak nya berjalan dengan betul,tapi dia sendiri senget dan tidak lurus!!! Tahaan ISA di Kem kamunting tu semuanya ditahan oleh salah satu sistem beliau!!!
DS ANWAR AT THE LAUNCHING OF ISA RALLY THIS SUNDAY.Malaysiakini
Dear All,
The Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) will be organizing a big rally next year March 2009 in Kuala Lumpur to urge the government to Abolish ISA and release all ISA detainees. Therefore we would like invite all civil society oragnization' s and members to be present to our launch on 23rd November 2009.
The details of the program as below:
Date: 23 November 2008
Place: Dataran MPAJ, Pandan Indah
Time: 9pm
Main Speakers would be :1) YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)2) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)3) YB Lim Kit Siang (Penasihat DAP)
4) Mr. Syed Ibrahin Syed Noh- GMI Chairman
We appreciate your support. For further details please contact Miss Nalini at 019 3758912.
Regards,
Nalini.E
Secretariat GMI
SUHAKAM IS WORTHLESS??- Malaysiakini.
It is sad to know that Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ( SUHAKAM ) is suggested to be downgrade from A to B by ICC(International Coordinating Comittee of National Institutions for the promotion and protections of Human Right) .This latest news was revealed by Minister in PM's department, Datuk Seri Nazri Aziz.
"The government spends RM10 million a year on Suhakam. RM8 million alone is spent on administration, transport, allowance and such," said MP of Subang, YB Sivarasa Rasiah.This is another sad and frustrating news to hear.
KEEP IT UP,RPK!!!Malaysiakini.
2. >publishing his articles and readers' comments intentionally and recklessly which were critical and insulted Muslims, affecting the purity of the religion and the personality of Prophet Muhammad; and
3. >publishing articles deemed defamatory or false concerning Malaysia's leaders, with the intention of undermining public confidence and inciting hatred against the government; the articles are alleged to be a threat to national security.
PERINGATAN BUAT RAIS YATIM-Malaysiakini.
Menteri Luar Datuk Seri Rais Yatim menggesa Washington membebaskan 2 rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tentera Guantanamo Bay-Malaysiakini. Sekadar memberi peringatan semula , tahanan ISA di Kem Kamunting, telah ada yang ditahan tanpa sebarang perbicaraan,tanpa Habeas Corpus selama tujuh tahun. Tahanan itu ialah Doktor Abdullah Daud, bekas pensyarah salah sebuah universiti di Johor, telah ditahan sejak 29 Disember 2001.Dan kini, beliau masih belum di hantar pulang kerumah oleh pihak berkuasa yang mengambil beliau 7 tahun yang lalu.Selain beliau ,tahanan yang telah ditahan begitu lama ialah Yazid Sufaat dan Suhaimi Mokhtar, semuanya ditahan sejak bulan Disember 2001.
KENAPA MARAH SANGAT PADA LIM GUAN ENG?Malaysiakini.
Apa yang menyebabkan YB Dr Hilmi Yahya (UMNO Teluk Bahang) marah sangat pada Ketua Menteri YB LG Eng? Adakah disebabkan kesilapan huruf di banner yang tersilap perkataan "amar" jadi "amal"? Besar sangat kah kesilapan itu hingga beliau merapu dan mendakwa YB LG Eng cuba mempersenda ugama? Dan tak sangka pula beliau boleh menyebut ayat "amr maaaruf ,nahi munkar" itu dengan jelas....
Pastinya, sikap DR Hilmi adalah sikap'standard" semua wakil rakyat UMNO. Bila sudah menjadi YB,semua ilmu agama mereka telah lupa. Wang dan pangkat telah mengelabui mata hingga mereka tidak nampak dan tidak kenal yang mana halal dan yang mana haram.
Amat mudah beliau menuduh YB LG Eng mempersenda ugama. Apakah beliau tidak sedar, bahawa orang Pulau Piang menolak mereka UMNO-BN, kerana mereka ini, zahirnya berugama islam tetai ,sikap mereka tidak boleh dipercayai.Mereka ditolak kerana mereka tidak jujur, bukan saja pada orang Islam,tetapi pada semua bangsa yang tinggal di Pulau Mutiara itu.
Dan seperkara lagi yang beliau lupa ialah, UMNO masih ada ISA ,akta yang terbukti sangat zalim,tetapi masih diguna oleh pemimpin parti itu. Adakah ISA sesuai diamalkan oleh orang Islam? Adakah ISA bukan sesuatu yang jahat dan mungkar ,yang wajib di hapuskan dengan segera?
Note: Saya bersama YB LG Eng dalam satu forum anti-ISA di SCAH tahun 2007. YB LG Eng duduk di hujung sekali,bersebelahan dengan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim.
MINYAK DAH TURUN , ISA...BILA NAK MANSUH? Malaysiakini.
Hari ini, minyak dijangka turun lagi 15 sen dari kenaikan mendadak sebanyak 78 sen beberapa bulan yang lepas.Siapa sangka, setelah rakyat berhempas pulas memberi pelbagai tekanan pada kerajaan, rupanya, bukan minyak saja yang turun, tetapi PM pun berjanji akan turun sama pada bulan Mac tahun depan....
Persoalannya kini, adakah rakyat sudah gembira dengan penurunan harga minyak dan janji PM akan letak jawatan pada bulan Mac tahun depan? Adakah ini bermakna, rakyat sudah lupa bahawa ada lagi halangan besar dihadapan sana, iaitu ISA dan bakal PM baru?
Saya berharap, rakyt tidak akan cepat lupa pada kezaliman ISA yang masih menjadi benteng utama pemerintah yang zalim untuk terus berkuasa di Malaysia yang kita cintai ini.
Sekadar peringatan pada diri saya dan mereka yang berugama Islam, sila lihat Surah Huud ayat 13 yang bermaksud...."janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim...." maksudnya, janganlah kita bersetuju dan meredhai perbuatan orang yang zalim itu.
Dan dalam isu ISA, bukan ugama Islam saja yang mengharamkan akta ini, bahkan semua ugama yang menjadi anutan dan kepercayaan pelbagai kaum di Malaysia ini, turut mengecam tahan tanpa bicara sepertimana yang sedang di laksanakan oleh Menteri Dalam Negeri menggunakan ISA selama ini.
Jika orang Penang dan orang dekitar K.L serta P.Jaya sanggup mengadakan Vigil setiap minggu menuntut supaya ISA di mansuhkan, pasti ada berbagai cara yang lain boleh dilakukan untuk memberi tekanan supaya ISA segera di mansuhkan. Keberanian Ustaz Suhaimi menyelitkan isu ISA di Khutbah yang dibacanya, adalah satu contoh terbaik untuk mendidik rakyat supaya sedar tentang kejahatan ISA yang selama ini digunapakai oleh UMNO untuk menutup hak rakyat supaya hidup dalam suasana bebas dan merdeka.
Minyak sudah turun dan sekarang kita tumpukan perhatian untuk mansuhkan ISA. Selama semua peringkat rakyat yang mahu berfikir dan bertindak sebagai seorang yang bebas dan merdeka, sering di bayangi oleh ISA. Semua orang tahu ada Special Branch (SB) dan informer-informer yang menjadi kakitangan tetap Menteri Dalam Negeri mengekori rakyat supaya mereka tidak berfikir dan bertindak lebih waras.Dan rakyat tahu, ekoran dari intipan SB-SB ini ialah ,peluang-peluang untuk di kenakan ISA yang boleh menghapuskan kehidupan mangsanya kerana orang yang di tahan dibawah ISA, akan kehilangan segala punca pekerjaan dan boleh ditahan bertahun-tahun di Kem Kamunting.
Jadi...., adakah rakyat akan membiarkan saja akta itu terus-menerus digunakan oleh pemimpin sedia ada untuk terus menakut-nakutkan dan menghantui hidup kita???
UMNO or HOME MINISTER, THE FATHER OF ALL EVILS-Malaysiakini.
1. Rubber tapper,
2. Ice Cream seller,
3. Chicken and Vegetables seller,
4. Students.
5. Academicians
6. Politicians
7. Reporter
8. Chief Director of newspaper company.
9. Bank Excetutives
10.Politicians from oppositions and BN
These are a few true detentions under ISA since 1960 untill now.More than 10,000 people have been detained under this draconian act and the Home Minister is really doing his job by executing anybody he wished to be the next victim.
*** Please care to refer to MALAYSIA 45 YEARS UNDER THE INTERNAL SECURITY ACT- by Koh Swe Yong. All reveals in this book.
Now, in 2008, ISA is still haunting us the people. It looks like the Home Minister's job is the same,although the individuals elected for the post are different. Who is the evil? The systems in UMNO-BN or the personalities of Home Minister ?
Jamaludin Jarjis ketinggalan zaman?-Malaysiakini.
Sinar Harian - "KHUTBAH HENTAM KERAJAAN-Masjid di Felda guna Imam tiada tauliah"...
"saya tak kisah dia nak cakap pasal politik di markas PAS,tapi dia bercakap di Masjid, tak patut dia nak bandingkan negara ini dengan Zionis (Israil)...Jamaludin Jarjis"
Ayat-ayat ini jelas di muatkan di muka depan Sinar Harian Kawasan Pahang. Apa yang membuat beliau marah sangat? Puncanya, pada hari Jumaat 14 Nov, seorang Ustaz yang dijemput menjadi Imam di Felda Keratong 4, menyebutkan tentang ketidak adilan kerajaan yang menggunakan akta ISA keatas rakyat.
Apa yang ustaz itu sebut dalam khutbahnya?
1. Tahanan ISA tidak diketahui berapa lama di tahan. Selepas dua tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun.
2. Tahanan ISA bukan banduan kerana mereka tidak pernah disabitkan bersalah oleh mana-mana mahkamah,tetapi layanan yang diberikan sama seperti banduan yang telah dijatuhkan hukuman oleh hakim.
3. Isteri tahanan ISA diganggu oleh manusia yang mengaku SB. Psikologi mereka diganggu , malah ada rumah tangga mereka hancur akibat gangguan ini.
4. Telah terbukti, menurut isteri tahanan ISA Mat Sah Satray , SB memberi amaran, kalau beliau terus aktif dalam GMI membantu kempen kesedaran mansuh ISA dan membantu kebajikan tahanan, suaminya akan terus dibiarkan dalam tahanan, dengan tujuan membalas dendam kerana melawan peraturan SB!!Dan kini, Mat Sah masih merengkok di Kem Kamunting masuk tahun ke 7!!!
Itu saja isi khutbah itu, jika kurang percaya, sila lihat http:www.najwasuhaimi.blogspot.com
Jamaludin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin yang kebetulan menjadi makmum ketika itu, marah sangat kerana ustaz tersebut menyentuh tentang ISA, alat yang menjaga kekuatan UMNO, Parti yang mengamalkan "pecah perintah" tinggalan kolonial British.Sebab itu beliau mengeluarkan arahan ISA tidak boleh disebut di masjid dan sebarang khutbah yang menyentuh keadilan rakyat,semuanya berbentuk politik!!
Kesihan pada rakyat Rompin kerana memilih pemimpin seperti itu. Ustaz yang datang untuk membuat perkongsian kisah benar kezaliman ISA ,telah dituduh membawa perpecahan. Agaknya YB JJ itu tak tahu bahawa seluruh peguam di Malaysia sebulat suara menentang ISA. Mungkin beliau buat-buat lupa MCA,MIC,GERAKAN pun semuanya telah menyuarakan pendirian bahawa ISA tidak sesuai digunakan keatas rakyat? Apakah yang disebokkan sangat oleh beliau hingga begitu lemah dan tidak up-to-date nya dengan pelbagai maklumat terkini mengenai ISA?
Berapa ramaikah lagi rakyat yang telah tersilap pilih pemimpn seperti orang-orang Rompin itu???
GUNA APA SAJA CARA UNTUK SEBARKAN KEZALIMAN ISA-Malaysiakini
Saya rasa gembira sangat melihat tajuk-tajuk berita dibawah di media alternatif. Kenapa ya? Itu menunjukkan, rakyat sedang berusaha,dengan apa cara sekalipun untuk mendedahkan akta zalim ISA, bukan saja untuk membebaskan semua tahanan ISA,tetapi yang lebih penting ialah untuk memansuhkan akta kesayangan UMNO itu.
1-DAP mulakan larian anti-ISA dari Pandamaran ke Kemunting.
2-Tiap hujung minggu ada Vigil di Penang dan padang dihadapan Amcorp Mall di PJ.
3-Pemuda PAS dan GMI akan adakan himpunan raksaksa anti-ISA pada bulan March.
4-PKR dan GMI akan melancarkan teater Bilik Sulit karya Hishamudin Rais.
5-Khutbah Jumaat akan diselitkan dengan isu ketidak adilan dalam Islam.....
Ini adalah sebahagian dari pelbagai cara yang telah dan sedang dilakukan oleh ahli politik dan aktivis masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap ISA. Telah terbukti, ISA tidak digunakan oleh Meteri Dalam Negeri kepada orang awam dan ahli politik dari parti pembangkang saja tetapi orang-orang UMNO sendiri juga belum tentu terselamat dari menjadi mangsa akta itu. Selain mengedarkan risalah, pameran adalah cara termudah menarik minat orang ramai supaya memahami dan seterusnya menolak ISA.Penyiksaan terhadap tahanan ISA ketika menjalani seksyen 73 , boleh disaksikan melalui gambar-gambar yang dilukis sendiri oleh tahanan ISA."A picture speaks a thousand words" memang sangat benar kata-kata itu.
WAKIL RAKYAT UMNO TAKUT PERKATAAN "MANSUH ISA"? Malaysiakini.
Sejak pulang dari Ipoh malam tadi, sakit kepala ni tidak juga berkurangan.Walaupun telah menelan beberapa biji panadol, namun masih terasa denyutannya.Teruk juga bila terkena penangan dari "mulut-mulut"cabul wakil rakyat UMNO. Masih terasa-rasa, betapa celuparnya mereka mengutuk kami ,mangsa ISA serta wakil rakyat yang bersuara dan memperjuangkan nasib kami yang sedang dianiayai akta tinggalan British ini.
Saya membayangkan semua aktiviti GMI bertemu wakil rakyat BN sebelum ini samada di Parlimen, di Pejabat PM di Putrajaya, mahupun di Dewan Negeri Selangor dan yang terbaru di Perak semalam.Saya akhirnya tersenyum sendirian....
Apa tidaknya, semua wakil rakyat UMNO ni, bila sebut je ISA, berubah airmuka masing-masing. Dari senyum menjadi kelat mencuka dan mana-mana yang tidak dapat menahan perasaan marah, akan terpacul perkataan kotor dan lucah , menandakan betapa takut dan risaunya mereka jika ISA ini diganggu gugat atau dibuang dari perundangan Malaysia.ISA ini nilainya sama dengan hak-hak ketuanan orang Melayu, tidak boleh ditegur tidak boleh disapa, nanti buruk padah menimpa pada mereka yang mencabarnya.... Ketika di Parlimen, kita tidak berapa perasan perangai buruk wakil rakyat ni kerana jika GMI buat sidang akhbar, mereka akan berada jauh dari tempat kami.Jika kami pergi ke Putrajaya, wakil rakyat ni tidak akan turun dari bilik masing-masing, hanya pegawai rendah saja dihantar menemui kami. Bila kami minta izin nak naik ke bilik mereka , tidak benarkan.Peristiwa saya d bertemu Shahrizat Jalil pada tahun 2005,peluang itu diperolehi setelah menyerang hendap masuk kepejabatnya. Begitu juga ketik bertemu muka dengan PM yang akan bersara awal Mac ini, saya berpeluang menatap wajahnya dari dekat setelah menyerang hendap beliau di Felda Sendayan.Nampak sangat mereka takut untuk mendengar kami sebut tiga huruf itu.
Alhamdulillah, di Selangor, usul mansuhkan ISA berjalan dengan lancar kerana ketua Pembangkang Khir Toyo dan kawan-kawannya, semua pulang awal.
DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK LULUS USUL MANSUHKAN ISA-Malaysiakini
Semalam, saya dan pengerusi GMI telah menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Perak bertempat di Bangunan Setiausaha Kerajaan.YB Saari Sungib dan isteri beliau, Pn Aliza yang turut serta datang dari Kuala Lumpur,turut hadir mewakili Kerajaan Negeri Selangor yang telah terlebih dulu mengeluarkan usul mansuhkan ISA, pada bulan April tahun ini.
MENTERI DALAM NEGERI ZALIM?Malaysiakini.
Ahmad telah di tuduh mencuri sebuah basikal kepunyaan Pak Hamid . Sepatutnya Pak Hamid menyerahkan Ahmad kepada polis supaya supaya beliau boleh disiasat dan jika salah, terus dihadapkan ke mahkamah.Tetapi, dalam kes Ahmad ini, Pak Hamid tidak menyerahkan pada polis untuk didakwa dimahkamah.Tetapi sebaliknya, Pak Hamid telah mengurung Ahmad di sebuah bilik store di rumahnya.Pak Hamid telah menjalankan hukuman mengikut keinginannya sendiri terhadap Ahmad.
Inilah perkara yang sama berlaku pada tahanan ISA. Sepatutnya mereka semua yang dituduh bersalah, mestilah didakwa di mahkamah. Seorang Hakim sepatutnya mendengar pandakwaan keatas mereka dan pihak pendakwa mestilah memberikan bukti-bukti untuk menyokong tuduhan itu.
Realiti kehidupan tahanan ISA, mereka ditahan dan disiasat oleh polis SB. Sekiranya SB tidak berpuas hati dengan siasatan keatas tahanan, SB akan memberi laporan kepada Menteri Dalam Negeri, yang kemudiannya akan menandatangani satu perintah tahanan dan mangsa ISA itu terpaksa menghabiskan dua tahun dari usianya di Kem Kamunting. Kuasa Menteri Dalam Negeri tiada hdnya. tahana boleh teru menerus ditahan dari dua tahun hingga dua tahun berikutnya dan mungkin boleh ditahan sepanjang hayat........
Adakah tindakan Menteri Dalam Negri itu tidak zalim?
Note: Adalah sesuatu yang "biasa" tahanan ISA di bogelkan dan didera secara mental dan fizikal.
HOME MINISTER IS A REAL CRIMINAL?-Malaysiakini
" In court cases that involve criminals, normally, the judge will sentence 12 years in jail and after deducted the holidays, it will remain about 7 years to be served.That criminal doers will know their final date to be released and as the convict he will be able to plan for his future.
Unlike these ISA detainees, they have served almost seven years in Kem Kamunting, without any trial and without any evidence produced to proof the on going accusations.The worst part is, they dont know when is the final date of the detention because the power of released lies in the hands of Home Minister. The uncertainties in the released of the detainees are the cruel and inhumane part of ISA" said YB @ Lawyer Sivarasa Rasiah.