Terimakasih semua...

| |

"Kawan-kawan Suhaib tu ok lah semuanya...." kata Abah Suhaib kepada ku sewaktu sama-sama melihat mereka melakukan kerja khidmat masyarakat dengan mengecat sebuah rumah teres setingkat baru-baru ini.Kebanyakan mereka tidak biasa melakukan kerja-kerja tersebut namun kesungguhan yang ditunjukkan telah menjadikan rumah yang agak kusam itu bertukar menjadi lebih menarik dari sebelumnya.Aku dan Abah memerhatikan perangai Suhaib dan sembilan orang temannya dari jauh.Sesekali kami tersenyum .Kelakar juga perangai budak-budak tu.Gelagat remaja yang suka mengusik sesama mereka, mendengar musik lembut , mencuri aksi teman-teman menggunakan kamera di telefon bimbit dan kemudian ketawa bersama terkekeh-kekeh... adalah satu pemandangan agak asing bagi Abah namun amat mendamaikan perasaan.

Inilah sekilas dari pelbagai klip video kehidupan yang telah "dihilangkan' dari kehidupannya semata-mata kerana memuaskan hati SB dan 3 orang Menteri Dalam Negeri yang telah memerosokkan kehidupannya tujuh tahun tanpa bicara di Kem Kamunting.
Itulah aktiviti pertama yang dialami oleh Abah Suhaib sejak di keluarkan dari Kemta, dua bulan yang lalu. Peluang untuk melihat Suhaib berinteraksi bersama kawan-kawannya adalah satu pengalaman yang amat didambakan olehnya. Abah sentiasa tersenyum memerhatikan gelagat sepuluh remaja yang bertungkus-lumus mengecat dinding , membuang sawang dan membersihkan lantai rumah itu.

Namun, yang paling mahal ialah, beliau dapat melihat sendiri sikap dan akhlak sebahagian kawan-kawan Suhaib selama ini.Beliau menghela nafas lega, bersyukur pada Allah yang maha kuasa.....walaupun tujuh tahun saat-saat remaja Suhaib telah berlalu tanpa kehadiran, kasih sayang dan bimbingan seorang bapa kandung, namun Allah menggantikan semua kekurangan itu dengan kewujudan teman-teman serta persekitaran yang tidak kurang selesa dan selamat untuknya membesar menjadi remaja normal yang berakhlak mulia.

Afifi, Arodhi, Shazwan, Faez, Aiman,Amin, Syukri,Omar, Muhsien dan "Oren".....terimakasih kerana sudi menjadi sebahagian dari teman Suhaib selama ini.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]