Biarlah Allah yang membalasnya.....

| |
Gambar seorang Anggota Polis Cawangan Khas (Special Branch) atau SB sedang mengambil gambar panelis di Forum ISA di Bar Council bulan lepas.


"Kak, pandang sini kejap..." ketika itu aku sedang tunduk menulis sesuatu diatas kertas dan bila wajah diangkat, terdengar bunyi "klik"sepantas kilat diikuti "flash" kamera .Baru aku perasan akhirnya aku menjadi 'mangsa "kamera milik SB berkenaan. Aku perasan, SB tersebut berlegar-legar di ruang Auditorium Bar Council untuk mengambil gambar semua yang terlibat dengan program Forum ISA GMI. Dalam hatiku berkata, "looks as if he's looking for someone".Ketika waktu rehat selama 10 minit, aku minum bersama dua orang wakil SIS. Ketika memperkenalkan diri pada Ratna dari SIS, aku perasaan seseorang berdiri dibelakangku sambil memegang cawan kertas, sambil memasang telinga untuk menangkap setiap perbualan (...memang itu kerja2 SB nih). Sebaik saja aku kembali ke tempat duduk, SB tadi terus mengambil gambarku...Memang dah terang lagi bersuluh, dia datang ke program GMI ,selain mengambil gambar orang ramai yang hadir, SB itu dihantar khas untuk menakut-nakutkan ku.(Sebelum Mat Sah dibebaskan, SB beri amaran tidak bertulis , isteri beliau (saya) mesti hentikan semua kerja kempen anti-ISA dan GMI juga mesti dibubarkan)



"Simbah je muka dia dengan air panas" demikianlah saranan salah seorang dari abang iparku bila ku beritahu bahawa SB bebas datang kerumah mana-mana bekas tahanan ISA yang telah dibebaskan. Aku tak sangguplah nak buat macam tu.Cukuplah setiap solat di sujud terakhir, kami mendoakan supaya Allah memberi sebaik-baik ganjaran kepada makhluk sedemikian , ganjaran yahg sesuai dengan pekerjaan dan amalan yang sedang dilakukannya. Kami manusia biasa, paling geram pun berdoa supaya SB tu cepat mampus! Tetapi .... Allah yang Maha Mengetahui, lebih faham dan tahu, apakah bentuk balasan yang paling baik diberikan kepada mereka-mereka yang kerjanya mengintip-intip urusan orang lain, dan diperkudakan dengan semaksimumnya oleh tuan-tuan mereka iaitu KDN dan Menteri Dalam Negeri.

8 ulasan:

SitiDarna berkata...

Insyaallah kak, Allah bersama2 dengan pihak yang benar....

Tanpa Nama berkata...

to all SB,u all may carry on this disgusting job that u guys have..don't u ever thing that we in GMI will stop conducting FORUM's..u had even do more on us during 1stAug..but we will neve stop from getting justice..our victory is only for CLOSING KEMTA..UNDERSTAND SB!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kita berdoa moga Allah memberikan pembalasan yang berat dan ditunjukkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada manusia lain khusus untuk kaum SB yang suka menganiaya orang lain untuk mendapatkan rezeki.

akram izamy berkata...

bebulu je tgk dorang nie..adoii..nyelit2...nak cari pe x tau...adoii...
doa orang di tindas adalah makbul..teruskan berdoa kak..masih terkenang kembang hati nie dapat jumpa akak n abang mat sah..
teruja n kagum dengan semangat akak...yeahhh....salam...

LanaBulu berkata...

Bersabarlah kak..
Itulah kerja mereka selagi mereka diberi nafas yg sementara ini..
Yg ada dalam minda mereka adalah 'ya tuan'..ignore mereka ni.. teruskan kerja seperti biasa..
Kalau dikira dugaan dah lama Rasul terima tawaran menjadi sultan / raja suatu masa dulu dan tak payah susah2..relax dan bermewaha2an then suruh orang peluk Islam..TAPI tidak..itu bukanlah sunnah para nabi dan rasul/..
Sampai masa anjing2 suruhan akan memdapat balasan yg setimpal..tak pun di dunia dan aptahlagi di akhirat sana..sudah pasti.
Semoga Allah mengampuni dosa2 kita.

rahmanw berkata...

salam...
semoga ALLAH mengurniakan satu petunjuk keinsafan bagi mereka yang sentiasa menganiaya orang lain...
amin....

Tanpa Nama berkata...

SB dia tak takut pada sesiapa pun .Tapi dikampung saya ada seorang anggota SB kena angin ahmar lepas pencen.Mulutnya ..... mungkin kuat makihamun masa bertugas dulu.

temme berkata...

wah SB sekarang canggih benar. dulu nampak guna camera filem dan camera telepon.

hi kak laila :)

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]