Seronoknya media BN mengutuk PR!!!

| |
Gambar pada Mac 2008, Yb Barul Hisham , Pushpaneela iateri Yb Manoharan , Syed Ibrahim dan saya .

Malam tadi, tersiar berita YB Badrul Hisham ADUN Pelabuhan Kelang isytihar keluar dari PKR, jadi ADUN bebas dan bakal memberi sokongan pada BN.Dan seperti diduga, bukan main seronok sekali media BN , dari tv dan suratkhabar tentunya ,mengutuk dan mereka cerita yang buruk-buruk mengenai PR umumnya dan PKR khasnya.Nampaknya berganda-ganda kegembiraan media ini memburukkan PR dimata rakyat apatah lagi semalam, keluar berita Pairin letak jawatan Ketua PKR Sabah serentak dengan isu cadangan EGM dalam PAS yang dipetik dari blog TG Nik Aziz .



Personally, saya rasa tidak pelik langsung dengan beberapa peristiwa tersebut. Kalau Yb Badrul Hisham keluar dari PKR, itu mungkin lebih baik untuk membersihkan parti anak bangsa malaysia itu dengan calun yang lebih jujur dan bersih dimasa depan.Saya tak tau bila pulak Pairin dilantik jadi Ketua PKR Sabah...tup tup dah letak jawatan pula. Namun saya amat menyokong isi blog TG Nik Aziz supaya PAS dibersihkan dari ahli-ahli yang begitu "teringin nak bersama UMNO". Patutlah BN bukan main kecoh dengan isu EGM ni kerana hilanglah peluang parti yang sedang nazak itu untuk mendapatkan sokongan Melayu dalam PAS!!!
Walau apa pun, saya tidak berminat untuk memburukkan sesiapa.Cuma ingin mengucapkan terimakasih pada YB Badrul, pada tahun 2008 lepas, masa tu kempen pilhanraya ke 12, beliau turut memberi sedikit sokongan pada kempen anti-ISA GMI walaupun beliau sendiri tidak faham apa itu ISA!!!! Mungkin lepas ni, Yb Badrul boleh cerita sikit pada pemimpin UMNO/BN betapa jahatnya akta tahan tanpa bicara ISA tersebut.

3 ulasan:

Kekacang berkata...

Itulah lumrah orang berjuang. Sudahpasti ada yang menjadi pengkhianat. Bila yang dihajati tidak kesampaian, banyaklah kerenah dan mehnah.
Itu adalah yang terbaik untuk beliau. Namun perjuangan yang hak akan terus hidup.

Unknown berkata...

Let the mentally deranged scumbag be welcomed by ubn with open arms and legs. Very good decision by MB selangor.
No love lost and no services to the folks in port klang denied.
Yeh ! Let him lecture to umno on the "goodness" of ISA now.
Good for PR to kick out that kulim mental and the elangor mental or collectively they are the "sleeper cells' for YKW.
I see that your blog is going in the direction of political activism.
I said it before and i say it now, get into PAS or PKR. Better still into DAP . Time will tell you made a good choice.

asmah berkata...

Salam,

Satu pandangan yang baik dan saya ingin berkongsi beberapa pendapat dari perspektif seorang rakyat biasa dan pengundi berdaftar:

1. Lanskap ataupun senario politik Malaysia telah berubah dan maju kehadapan berbanding 50 thn yang lalu. Sebagai pengundi dan rakyat yang merdeka saya harus tahu siapa yang berhak menjadi pemimpin saya. Saya tidak mahu seseorang yang rasuah,pentingkan diri,menipu ,bermuka-muka dll lagi yang buruk. Lebih 50 thn telah diberi peluang tapi masih tidak berubah.

2- Projek yang di jalankan hanya melepas batuk ditangga. Lihatlah jembatan, jalanraya, surau, jejantas tidak menepati spek. Contohnya jalanraya adakah mengikut lebar, tebal, rata,bahan yang diluluskan? Apabila siap ianya berlopak dan air bertakung yang membahayakan kenderaan. Bila kemalangan maut pemandu sering disalahkan, walhal pemandu lori, bas telah mempunyai 20 ke 25 saman trafik.
3- Kereta nasional diingatkan akan meringan beban hutang rakyat dengan harga murah tetapi wang yang dibayar tidak setimpal dengan mutu kereta yang diberikan. Tengoklah ciri-ciri keselamatan yang ada, cukup menyedihkan berbanding spek kereta untuk dieksport.Bilakah rakyat hendak diutamakan.

4-Berbalik kepada politik semasa, yang mana selama ini rakyat hauskan keadilan. kesmpurnaan dan kesamarataan mencari altenatif atau keadaan dimana kita boleh mengubah senario ini. Nah dengan kuasa Allah suara rakyat telah dizahirkan melalui pru 12 dengan menambah bilangan ahli parlimen pembangkang. Silence marority telah bersuara. Terkejut para pembangkang dengan keputusan ini kerana tidak menyangka sebegini rupa. Walhal calon-calon yang pilih sesetengah itu hanya tangkap muat. Tidak tahu kepribadiannya. Setelah setahun baharulah kita dapat ketahui ciri-ciri mereka. Umpamanya 3 di Perak, satu di Kedah, p pinang dan ketika di Selangor. Kalau kita perhatikan mereka yang dipilih ini memang tidak ada karisma sebagai seorang pemimpin, mereka lupa kepada kepercayaan yang telah diberi. Mereka ini telah diberi kpi secara tidak langsung oleh MB masing2 tapi inilah hakikat nya tidak mampu melaksanakannya. memang patut diberi surat tunjuk sebab. Justeru pucuk dicita ulam mendatang maka puak2 umno mulalah mengambil kesempatan, tidak kira samada mereka itu waras atau sebaliknya. umno tidak peduli maruah maupun integriti, yang penting kuasa. Who cares about rakyats demands.

5- Media memainkan peranan penting dalam apa jua acara, jadi berhati-hatilah perangkap tv3, rtm 1dan 2, utusan, berita harian kerana kata-kata yang disusun itu menampakan betapa buruknya dan hodohnya subjek yang disiarkan.

Cukup setakat ini saya akan bersama puan di lain kali. Terima kasih.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]