Siapa arah JAIS tahan Dr Asri?

| |

Pagi tadi ketika saya membeli roti canai disebuah restoran di AU 2, orang ramai nampaknya sibuk bercakap mengenai isu penahanan Dr Asri.Seronok betul mereka bergebang, maklumlah ada isu baru yang nak dibualkan.Tapi...saya yakin, ramai yang tak faham dan tak perasan apakah yang tersirat disebalik kejadian penahanan itu.Saya juga salah seorang penggemar syarahan Dr Asri.Saya jarang miss kuliah beliau di Astro walaupun cuma sekali dalam seminggu.Saya percaya JAIS telah diperkudakan oleh pihak tertentu untuk buat kerja2 tu.Saya tak percaya itu kerja DAP atau PKR. Dan amat mustahil PAS arahkan JAIS buat penahanan tersebut!! Namun saya masih ingat, Allahyarham Ust Ishak Baharum,yang pernah menjadi Mufti Selangor dulu pun pernah ditahan atas alasan yang sama , ketika UMNO berkuasa di Selangor.



Apa pun, kita elok tunggu apakah penjelasan JAIS pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid, siapa yang pandai2 suruh badan agama itu tahan Dr Asri.

Personally, saya anggap Dr Asri agak istimewa dari mufti-mufti lain di Malaysia ni kerana beliau berani mengeluarkan fatwa mengenai tahanan tanpa bicara ISA walaupun fatwa itu tidak di endorse oleh majlis fatwa Malaysia. Beliau pernah menjelaskan bahawa tahan tanpa bicara sepetimana dalam ISA, tiada dalam Islam justeru amalan itu mesti segera dihentikan.

Penahanan Dr Asri ni mengundang pelbagai persoalan. Kenapa ya?Hari ini, MB Selangor minta penjelasan dari JAIS. Dan PM Najib juga diberitakan berkata "kenapa nak tangkap Dr Asri? Beliau yang dikatakan tidak tahu menahu mengenai arahan penahanan itu, turut mendakawa JAIS yang pandai2 buat kerja itu".Khabarnya, pada malam penahanan itu, lebih 40 anggota polis membantu JAIS mengepung rumah dimana Dr Asri mengajar!!!!


Kita ikuti kisah ini selanjutnya......






5 ulasan:

Sham berkata...

Malam tadi PM kata ini kerja Kerajaan Negeri Selangor kepada media. Maknanya Kerajaan Pusat tidak ada kena mengena.

Polis 40 orang, siapa yang arah?
Pegawai Jais, siapa yang bagi arahan?

Yang bagi arahan tu pula siapa yang bagi arahan?
Lisan atau bertulis?
Berdasarkan report? siapa yang buat report?

Mesti ada sesorang yang bergelar 'manusia' di belakang kejadian ini.

Tujuannya tidak lain hanyalah ingin melihat perpecahan, ingin melihat persengketaan, memutuskan silaturahim..

Ingat pesan tuhan kepada mereka-mereka ini.. sama-sama kita tunggu dan lihat.

anafakir berkata...

Saya heran kenapa Khir Toyo tidak membuat apa2 ulasan tentang penangkapan Dr.Asri ini.Kenapa PM yang mengambilalih untuk mengulas isu tersebut.Kebetulan pula PM adalah pengerusi perhubungan UMNO Selangor mungkin ada sebab dia bersuara,Datuk Noh juga diam.Hanya PM yang membuat kenyataan...dirancang, merancang atau terancang?..ke ada apa-apa?Terpulang kepada semua untuk membuat pertimbangan.Cuma saya yakin, tangan ghaib mungkin wujud dalam isu ini..tetapi tersilap percaturan.

zeqzeq berkata...

assalam..

saya melihat penahanan sebagai menyekat kemaraan komen dan kritikan ditambah berunsur Projek antara negeri2 semalaysia akan ada Program yang kena komen, terbantut pergerakan mereka itu selama ini.Pengaruh terjejas...

Tanpa Nama berkata...

Ini tak lain tak bukan keje Najib dgn geng dia, baling batu sembunyi tangan. Lepas tu tuduh kerajaan negeri, kena pulak batang hidung MB (PKR) dan Hassan Ali (PAS). MB mungkin boleh kata dia tak tahu pasal dia Bos, tapi Hassan Ali tak boleh kata dia tak tahu pasal ini hal bawah exco dia. Tujuan untuk mengucar kacirkan PR supaya PKR dan Pas bergaduh lepas tu rakyat selangor pulak benci pentadbiran PR. Bab agama orang melayu kekandang sensitif tak tentu pasal terus melenting menyalahkan PR.

Maka senatron Najib laknat jadilah boxffice. Jangan lupa Najib punya penasihat sekarang adalah yahudi laknatullah.

Tanpa Nama berkata...

INILAH AKIBAT MENCABAR ULAMAK ASWJ.BERANI TAK BERTEMPAT INILAH MUSIBAHNYA.WALLAHU'ALAM.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]