JAKIM bersubahat dengan KDN?

| |
Aku, Abah Suhaib, Rafi dan Cg Non.
Sejak Abah Suhaib dibebaskan 15 September lalu, rumah kami tidak pernah sunyi dari kunjungan tetamu yang terdiri dari teman-teman serta saudara-mara yang telah lebih 7 tahun tidak bertemu dengan Abah.Bekas tahanan ISA juga turut menziarahi beliau.Bila bertemu, mereka mengimbau kembali kenangan ketika ditahan di kemta suatu masa dulu.
"Pegawai JAKIM bersubahat dengan SB memastikan kami ditahan lebih lama lagi..." kata Cg Non yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Mujahidin Malaysia yang kemudian ditukar pada keumpulan Militan Malaysia (KMM).Beliau menjalani dendaan sebagai tahanan tanpa bicara ISA lebih 5 tahun!



"Mat Sah, isteri kamu yang terlebih-lebih semangat nih.Esok agaknya , jika kamu dah bebas, isteri kamu pula yang akan duduk di Kem Kamunting.. ha ha ha..." kata Timbalan Pengarah ILIM yang berada dibawah JAKIM, Ust Zamihan kepada Abah Suhaib ketika sesi brainwash di PRC pada bulan Ogos tahun ini.(baru-baru ini, Ust Zamihan dikaitkan dengan isu penahanan Dr Asri oleh JAIS.Beliau juga dikatakan menuduh Dr Asri tidak mempunyai/ mendapat Ijazah pertama dari Univ Jordan.)
Selain Cg Non dan Mat Sah ada beberapa orang lagi bekas tahanan ISA yang turut mendakwa bahawa JAKIM mempunyai "saham" yang amat tinggi dalam memastikan tahanan ISA KMM dan JI disumbatkan lebih lama di Kem kamunting!!!
Betul atau tidak, kesemua tahanan itu telah pun menjalani kehidupan mereka di Kem antara 5 - 8 tahun walaupun tidak pernah dibicarakan dimana-mana mahkamah.masa yang telah berlalu tidak dapat ditarik balik. Bayangkan kerugian yang telah dihadapi kerana penahanan tanpa bicara yang begitu lama....
"Kita tak perlu mendoakan yang buruk-buruk buat mereka.Di akhirat nanti, mereka itu akan menjadi orang-orang yang bengkrap. " kata Abah Suhaib kepada saya.Abah tentuya tidak dapat melupakan pengalaman ketika diarahkan untuk tinggal di sebuah bbilik kecil seluas sebuah katil kingsize yang hanya dilengkapi paip air dan lubang tandas...tanpa lampu, kipas dan tingkap."kalau musim panas, macam tidur dalam oven" kata Abah lagi. Biarlah Menteri Dalam Negeri, SB dan pegawai ugama yang menyumbat kami di sel tersebut, akan memperolehi balasan yang setimpal dari Allah diakhirat sana......

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

...dan diberi dan ditunjuk pembalasan Allah di dunia juga. Semoga menjadi ikhtibar kepada semua bahawa doa orang yang dizalimi tiada hijab di antaranya dan Allah S.W.T. Amin.

Bee Family berkata...

setiap kali ana baca post cikgu laila....

ana dapat rasai ksengsaraan pakcik mat sah....

wahai mereka yg menganiaya org lain...

insaflah...insaflah....

Abu Muiz berkata...

patutlah ustaz zamihan tu kurang akhlaknya, cuba lihat blog beliau (al-ghari.blogspot.com)... abis dr asri dimakinya.

Kondifen berkata...

Kalau hati tiada iman, kalau hati busuk, kalau hati tiada sebarang cahaya dan tidak diberi peluang mana-mana nur untuk mengintai dari luar tabir, maka inilah jadinya. Akan adanya ISA adalah untuk kebaikan tapi telah disalah gunakan, kenapa? Adakah perut mengatasi minda yang sihat dan waras. Pesan ku untuk ku dan keluarga supaya hindarilah diri anda semua dari gejala maksiat sesungguhnya "amar makruf nahi munkar" itu benar.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]