Peguam Hj Sulaiman dan isterinya bekas salah seorang pesuruhjaya SUHAKAM, Mehrun Siraj antara tetamu jemputan yang hadir.
Majlis tu tak lengkap tanpa kehadiran kami dari Gerakan mansuhkan ISA termasuk dua orang peguam dari Legal Aid iaitu Fadiah(pink) dan Tina(coklat).
Seperti biasa, sebaik saja tiba di Auditorium Bar Council, ramai aktivis muda dan veteran dari kalangan peguam dan NGO, yang menyapa serta bertanya khabar terkini tentang diriku.Selesai saja mendaftar, aku melerek tempat duduk dihadapan tetapi nampaknya dah penuh."Full house"!!!.Sambil menunggu ketibaan VVIP iaitu Datuk VK Liew, Timbalan Datuk Nazri Aziz, aku mengambil gambar dan berbual-bual dengan beberapa orang peguam yang pernah melawat Abah Suhaib di Kem Kamunting.Masing-masing meluahkan rasa gembira kerana Mat Sah akhirnya dibebaskan dari kem itu.
Aku sempat mengambil gambar Peguam Hj Sulaiman dan isterinya Mehrun, dimana mereka berdua sering mengeluarkan pandangan serta pendapat yang amat tepat berkenaan hak asasi rakyat Malaysia.
Majlis pelancaran yang sepetutnya bermula jam 3 petang telah bermula hampir sejam lewat dari perancangan asalnya.Aku terpaksa meniggalkan majlis agak awal kerana ada sedikit urusan dirumah.Namun , sebelum aku melangkah keluar dari dewan yang padat itu, terdengar ucapan Pengerusi Perlembagaanku, Sdr Edmund Bon, bahawa program ini adalah satu titik permulaan bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui hak mereka untuk meneruskan kehidupan dengan tenang di negara tercinta ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan