Jam baru menunjukkan 8.50pagi, aku sudah tercatuk dihadapan Mahkamah Jenayah Sesyen 5, Jalan Duta. Nashita berada di cafe dan Aiman pun belum kelihatan batang hidungnya lagi.
Sementara menunggu yang lain tiba, aku berbual-bual dengan beberapa orang waris Orang kena Tahan(OKT).
"Kak pun kena tangkap sebab jual dadah ke?" tanya seorang wanita India dalam lengkongan 20an kepada ku. Terbeliak biji mata mendengar pertanyaannya."Ehhh...takk lah..saya kena datang sini sebab tak bagi My Kad pada polis" ujar ku sambil tersenyum.
"Tak serah My kad pun kena bicara di mahkamah?" tanya beliau semula.Aku hanya mengangguk lesu...
Beliau yang sedang menunggu adik lelakinya yang ditangkap kerana tuduhan mengedar dadah kelihatan agak rungsing.
"Adik you ada peguam?" tanyaku lagi. Dia menggelengkan kepala."Kami tak ada duit.." jawabnya perlahan.
"Kak ada peguam kah" tanya beliau lagi.
"Ada .Ramai. Hari ini ada 4 orang datang sini" jawabku sambil menunjukkan kearah beberapa orang peguam sukarela dari JUHAM yang tiba di bilik tersebut.
"Kami bertiga semua kena datang mahkamah sebab tak bagi My Kad pada polis" kataku sambil jari menunjuk pada Nashita dan Aiman.
"Peguam lagi ramai dari orang salah.." kata beliau ramah."Sian sama saya punya adik...tak da sapa mau tolong" katanya dalam nada suara amat perlahan.
"Pendakwaraya belum siapkan kertas pertuduhan...walaupun tahun ini kata PM nak capai KPI, tapi rasanya kes ni lambat lagi nak didengar." kata Cik N, salah seorang peguam kami bertiga yang dituduh bersalah kerana tidak menyerahkan My Kad pada polis ketika Himpunan MANSUH 1 Ogos lalu.Aku hanya menyambut keluhan Cik N dengan senyum nipis....
Selesai saja sebutan kes tersebut, kami beredar ke cafe dan bersarapan sambil berkenalan dengan peguam yang akan membantu mengendalikan kes kami.
0 ulasan:
Catat Ulasan