Buat demo tuntut royalty minyak Kelantan?

| |


Sebaik saja selesai baca akhbar yang banyak memuatkan isu ISA, iaitu HARAKAH, dada saya rasa sesak. Kenapa? Banyak sangat duit rakyat yang dikaut oleh kroni UMNO/BN dari zaman PM Mahadir dulu yang belum selesai hingga sekarang. Selain isu besar PKFZ di Selangor, rupanya ada isu besar lain iaitu Landasan Berkembar Elektrik Rawang ke Ipoh dimana Ketua Hakim Negara Zaki Azmi dikatakan salah seorang pemegang sahamnya!!!!Susahlah macam ni!!! Jika betul Ketua Hakim, seorang yang diharap menegakkan keadilan orang ramai pun terlibat mencuri duit rakyat!!!(Belilah HARAKAH bil 1487)..... rasanya selogan" 1 Malaysia, rakyat diutamakan" tu tak boleh pakai!!!


Rasa sesak dada dengan "projek kroni" yang modalnya diambil dari duit rakyat dizaman PM Mahathir, "wang ihsan di Terengganu" semasa zaman PM Mahadir dan Pak Lah.....nampaknya diteruskan dengan kenyataan PM Najib nak bagi wang ihsan pada rakyat Kelantan. Nampaknya, semua PM dari UMNO/BN ni seia sekata bab duit2.....


Apa orang Kelantan nak buat sekarang? MB Nik Aziz kata akan segera tulis surat kali kedua minta duit royalty minyak tuh.!!! Tulis surat, buat sidang media(macam yang ada gambar Husam) tu memang bagus. Buat lah memo macam-macam....Tapi ... rasanya macam mustahil lah kerajaan persekutuan nak bagi duit yang sepatutnya jadi hak rakyat Kelantan tuh!



"Tak ada cara lain, buat demo je!!!!" kata seseorang kepada saya. "Dulu, sebelum pilihanraya, kita buat demo BERSIH, baru lah pilihanraya agak berperikemanusiaan sikit.Nak penggunaan Bahasa Melayu dalam Maths dan Sains, kena buat demo gak. Pas tu, nak bebaskan tahanan ISA yang dah 7 tahun pun, kena buat demo gak!!!!" sms seseorang kepada saya.



Woit!!! Bagus gak idea tu. Orang yang tahan royalty minyak kelantan ni oang yang sama pertahankan ISA dan yang banyak skandal cuai uruskan duit rakyat. Betul ke demo adalah cara terbaik untuk dapatkan royalty tuh?
Orang Kelantan berani ke buat demo?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan sampai tahap keluar seruan kelantan merdeka dah la... masa tu... baru takde pertindihan dengan thailand dah...

tasnimnik berkata...

Masyallah..moga Allah kuatkan semangat Tok Guru dalam hal ni..
Tok Guru: Sy ingat lg doa Tok Guru masa smbahyang sunat Aidilfitri.. *menitik air mata ini mengaminkannya*
Penat kami dengan suasana 'anak tiri' yang x berkesudahan..Tp kami bersyukur hidup aman dengan 'bau' ulama' di Kelantan..

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]