Kami membakar wanita PKR Penang!!!

| |
Banner Konvensyen Wanita PKR Pulau Pinang.
Bersama wanita-wanita hebat yang menjadi urusetia Konvensyen.

Kak Norsiah sedang mempengerusikan majlis "Talk Show" tersebut.



11.48pm, Taman Keramat, 20 Nov 2009.
Aku menunggu penuh sabar ketibaan kak Aliza@Jije dan suaminya Yb Saari Sungib , untuk bersama-sama meredah malam menuju keUtara .
“Kita akan tidor di Kamunting..” kata kak Jije sambil tersenyum. Aku membulatkan mata Cina ku yang sepet tu. “Its ok…” jawabku lemah.Pak Abu yang kelihatan letih setelah sehari suntuk memenuhi jadual yang agak padat, tenang saja menyusuri lebuhraya DUKE terus ke Jalan Duta. Selepas R&R Rawang, Matrix biru membelok ke sebuah stesen Shell dan berhenti mengejut.”Cikgu boleh drive?” tanya Yb Saari padaku dan dengan segera aku turun dari tempat duduk belakang, terus duduk ke belakang “steering”.


Malam gelap pekat.Hujan turun renyai-renyai. Sebaik saja selesai membaca doa, kereta yang ku pandu terus meluncur membelah lebuh raya. Banyaknya lori!!…getus hatiku.Kak Jije disebelahku dan Yb Saari@Pak Abu di tempat duduk belakang, tidur amat lena …. z.z.z.z.z…..
Sejak Abah Suhaib bebas 15 September lalu, inilah kali pertama aku memandu menghala ke Kamunting, sebuah tempat yang amat kerap ku lawati dan sering memberi igauan buruk padaku dan Suhaib sejak 7 tahun yang lalu. Ku tumpukan perhatian sepenuhnya pada pemanduanku.Sekali sekala wajah Abah dan Suhaib melintasi minda, ku ketepikan dulu wajah-wajah itu buat sementara waktu.
Sesekali mataku menjeling kearah papan tanda hijau ditepi lebuhraya. Behrang, Trolak, Cameron Highland……
“Miss you sayang…” bisik Abah Suhaib ketika aku menyalaminya sebelum masuk ke kereta Pak Abu tadi.
“Alah…tujuh tahun boleh sabar, tak kanlah sehari pun rindu sangat…doakan kami selamat ek” kataku sambil mencium tangannya. Kami sama-sama tersenyum……Rintik hujan yang agak lebat mengganggu lamunanku. “Wiper” kereta ku percepatkan.Aku memandu sekitar 100-120km/j dan sesekali terbabas ke 130-140.Ku jeling ke kiri, lena sungguh Kak Jije tidur.Tak pe laju siket.”Pak Abu dan Kak Jije tidur dan tak perasan dengan meter kereta ni” hatiku berbisik sendiri.Namun, pesanan seorang teman tiba-tiba mengganggu konsentrasiku." Mereka yang memandu laju seolah-olah “late for his/her funeral”.Seram gak teringat pesanan tu.Ku perlahankan setakat 110km/j saja.
Ipoh, Kuala Kangsar, Sg Perak…semua telah ku lalui.Ohh !!!! dah sampai Cangkat Jering! Penahanan Abah lebih 7 tahun menjadikan aku seorang yang “master’ dengan laluan ke Kamunting hingga aku boleh “membaca” jalan mana selekohnya tajam dan jalan mana mendaki atau menuruni bukit…..
Akhirnya aku membelok ke Kamunting, melekapkan kad “Touch & Go” dan terus menuju ke rumah kawan Pak Abu yang terletak berhadapan Jana Golf Resort.


10.10am, 21 Nov 2009,Dewan Perkeso ,Seberang Jaya, Pulau Pinang.
“Selamat datang ke Pulau Pinang…” kata Ramlah,si gadis manis salah seorang urusetia program Konvensyen kepada kami bertiga. Beberapa saat kemudian, ku dapati diriku dikelilingi para peserta Konvensyen yang semuanya terdiri dari kaum Hawa belaka.
“Amboi…cantek baju na…sama dengan kaler tema kami…” usik beberapa orang wanita yang pernah ku temui sebelum ini.Mereka masih mengingatiku dan ramah tamah semuanya.
“Baju-baju kurung I semuanya dah sendat. Terpaksa pakai jubah ni … Nampak longgar siket kan?” bisikku pada Rin, Timbalan Ketua Wanita PKR Kedah. Terjerit Rin mendengar penjelasanku. Yang lain terkejut dan bila Rin menceritakan semula bisikanku tadi, wanita-wanita yang disekeliling kami ketawa terbahak-bahak. “Suami dah disisi….itu tandanya bahagia…” ujar Kak Salma, Ketua Wanita PKR Kedah.Aku tersenyum saja, namun kedua-dua belah pipiku terasa panas kerana amat malu diusik sedemikian!!!!
“ Talk Show” yang membariskan aku dan Kak Aliza@Jije bermula. Kak Norsiah, bekas calun ADUN Bertam PRU 2008 lalu adalah moderator majlis.Beliau telah bersedia dengan beberapa soalan –soalan panas khas untuk kami berdua .
Antara soalan-soalan tersebut ialah:-
1-Ceritakan pengalaman dalam usaha memperjuangkan hak asasi suami yang telah dirampas oleh ISA.
2-Apakah halangan-halangn yang dihadapi ketika itu.
3-Wanita Berdaya Harapan Negara – pandangan Puan dalam konteks perjuangan anti-ISA.
Masa satu jam setengah terasa terlalu pendek untuk “talk show” tersebut yang diselang seli dengan persembahan video klip aktiviti GMI. Tak sangka, ramai juga yang menitiskan airmata ketika menyaksikan promo buku dunia Tanpa Suami 2, walaupun buku itu lebih setahun lalu berada dipasaran!!!
“Kami rasa tak puas dengan persembahan tadi” kata beberapa orang peserta Konvensyen kepada kami berdua sambil menyuakan buku DTS 2 untuk ditandatangani.”
Niat yang betul, yakin bahawa tindakan itu akan diredhai Allah, komitment yang tinggi dan konsisten serta banyak bersabar....insyaAllah, tiada apa yang akan menjadi penghalang kejayaan , itulah yang dapat diberikan sebagai menutup persembahan kami.

Semoga luahan kami tadi membakar semangat wanita Penang untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat ya....

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]