Dec
30

Abah dan Suhaib menjelang 2010

| | 1 ulasan



Beli dua helai baju, satu tertinggal di kedai.... Beli buku tingkatan lima, sebuah tertinggal di tempat jualan buku. Itulah kisah terbaru dua beranak terebut. Dah 7 tahun Abah tidak meladeni keperluan Suhaib dan tahun ini adalah tahun terakhir beliau menemani anak tunggalnya menyediakan keperluan kembali ke sessi persekolahan 2010.

Read More !

Dec
17

"Maal Hijrah" pertama selepas 7 tahun.....

| | 1 ulasan



Hari ini genap 3 bulan 3 hari Abah pulang ke rumah setelah dikurung tanpa bicara di Kem Kamunting.Kebetulan hari ini hari Jumaat ,beliau dan Suhaib sama-sama menunaikan solat Jumaat setelah 7 tahun dinafikan hak menunaikan solat yang wajib untuk kaum Adam itu.Hakikatnya semua tahanan ISA tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat di Masjid, namun masih ramai diluar sana yang tidak percaya dengan peraturan yang teruk ini.Biarlah....didunia mereka boleh mengadakan apa saja peraturan demi kepentingan peribadi, diakhirat nanti...terima saja lah balasannya....

Read More !

Dec
16

GMI menang "SUARAM Human Right Award" 2009.

| | 0 ulasan

Cynthia , dari SUARAM menyampaikan hadiah piala, wang tunai RM2k dan sepasu pokok cili padi.Wakil GMI ialah saya, Pn Aliza dan Toh Chu Hong.


Suhaib bersama Sdra Mior penyanyi utama album Dari Rakyat Untuk Rakyat, album untuk mendidik rakyat tentang ISA.

Syukur Alhamdulillah, pada 6 Disember, bertempat di Dewan Civic Petaing Jaya, GMI yang mewakili 83 NGO dan parti politik di Malaysia telah di nobatkan sebagai pemenang hadiah "Human Right Award 2009" mengalahkan 5 calon-calon yang lain yang semuanya memang hebat-hebat belaka.

Read More !

Kenangan GMI di PPN Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 2009.

| | 0 ulasan

Promosi Album Dari Rakyat Untuk Rakyat bersama aktivis muda JIM, Hafiz Bai, Nahdia, Asiah,Asma dan Wasilah.

Bersama aktivis remaja JIM di gerai GMI ...iaitu Yati, Hanina dan Zilal.

Dec
09

Sabar je lah.....

| | 1 ulasan

Hari ini, 9 hari kami tinggal di daerah baru ni.Tempatnya aman ,damai dan nyaman tetapi....internet coverage lak problem...Aduh!!! Nak nangis rasanya...tetapi kami masih bersabar....
Banyak gambar2 dari pelbagai aktiviti GMI yang ingin dikongsi, semuanya tersimpan di pen drive je dulu....

Saya akan cuba upload gambar...Sabar2 ya dan teruskan sokongan anda pada MerahHitam.Suhaib berada di Penang kerana menyertai perkhemahan anak angkat selama seminggu disana...





Read More !

Dec
07

Merah Hitam IS back!!!

| | 0 ulasan

1 Disember 2009
Kami sekeluarga telah berpindah dari Taman Keramat ke satu daerah lain di Selangor.Penatnyer!!!!.... Allah saja yang tahu. Kesihan pada Abah Suhaib.baru nak sesuaikan diri dengan jiran2 ...dah terpaksa pindah rumah pula....

3 disember 2009.
Saya bersama blogger ummuasiah pergi ke Kuala Kangsar untuk menghadiri program tahunan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM).Kami bermalam di rumah ibu Radhi, bekas tahanan ISA yang dituduh sebagai ahli Al Mauunah. Punya lah gelap jalan dan tempat tu- pekan SAUK diwaktu malam....kami beberapa kali tersesat walaupun Yb Saari ketua konvoi kami, yang dah beberapa kali bertandang kerumah itu sebelumnya , akur benar dengan jalan-jalan disana.namun...sesuatu yang lebih memeranjatkan, bagaimana SB boleh seringkali berulang alik "melawat "keluarga Radzi di tempat yang begitu jauh di pedalaman itu ya?????

Read More !

Nov
25

Suhaib dah 16 tahun!!!!

| | 7 ulasan






Semalam, 24 Nov 2009, umur Suhaib cukup 16 tahun. Pertama kali sejak 7 tahun lalu, dia menymbut hari lahir bersama bapanya.

Read More !

Nov
23

Lihatlah tamparan wanita....

| | 3 ulasan






"Lebih sepuluh tahun PKR diketuai oleh seorang wanita iaitu DS Dr Wan Azizah.." Yb Saari Sungib.

"Peranan wanita terlalu besar dalam PRU 12 yang lalu dan kerja kita memang sangat banyak untuk mengekalkan kemenangan ini" DS Wan Azizah, Presiden PKR.

"Namun, budget Kerajaan beri kurang dari 1 peratus khas untuk wanita dari sejumlah beberapa bilion RM yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia.Dimanakah letaknya pengiktirafan terhadap wanita oleh UMNO/BN?" Yb Zuraidah, Parlimen Ampang@Ketua wanita PKR.

Read More !

Nov
22

Kami membakar wanita PKR Penang!!!

| | 0 ulasan

Banner Konvensyen Wanita PKR Pulau Pinang.

Bersama wanita-wanita hebat yang menjadi urusetia Konvensyen.

Kak Norsiah sedang mempengerusikan majlis "Talk Show" tersebut.



11.48pm, Taman Keramat, 20 Nov 2009.
Aku menunggu penuh sabar ketibaan kak Aliza@Jije dan suaminya Yb Saari Sungib , untuk bersama-sama meredah malam menuju keUtara .
“Kita akan tidor di Kamunting..” kata kak Jije sambil tersenyum. Aku membulatkan mata Cina ku yang sepet tu. “Its ok…” jawabku lemah.Pak Abu yang kelihatan letih setelah sehari suntuk memenuhi jadual yang agak padat, tenang saja menyusuri lebuhraya DUKE terus ke Jalan Duta. Selepas R&R Rawang, Matrix biru membelok ke sebuah stesen Shell dan berhenti mengejut.”Cikgu boleh drive?” tanya Yb Saari padaku dan dengan segera aku turun dari tempat duduk belakang, terus duduk ke belakang “steering”.
Niat yang betul, yakin bahawa tindakan itu akan diredhai Allah, komitment yang tinggi dan konsisten serta banyak bersabar....insyaAllah, tiada apa yang akan menjadi penghalang kejayaan , itulah yang dapat diberikan sebagai menutup persembahan kami.

Semoga luahan kami tadi membakar semangat wanita Penang untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat ya....

Read More !

Nov
18

Parliament, not government must decide on ISA - Animah.

| | 0 ulasan

From left, Syed Ibrahim, Nalini of SUARAM, me and Kak Animah Ferer.

Me and Kak Animah Ferer of PKR.


I refer to the Malaysiakini report Agreement reached on ISA amendments: Hisham.Home Minister Datuk Hishamuddin Hussein’s recent statements regarding the ISA show very clearly the ruling party’s utter contempt for Parliament. The ISA was enacted by Parliament, and any decision regarding it should be debated and decided by Parliament.

Read More !

SUARAM is 20 years old this year!!!

| | 0 ulasan


SUARAM: 20 YEARS AS DEFENDER OF HUMAN RIGHTS AND CATALYST OF CHANGE
In 1989, upon the release of the last detainees of Operation Lalang, where 107 individuals were detained under the Internal Security Act (ISA), several of these detainees formed a human rights NGO called Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) or the Voice of the Malaysian Peoples.
This year marks the 20th anniversary of SUARAM. Through many years of hard work, SUARAM has established itself as a leading human rights organization in Malaysia. Indeed, SUARAM has come a long way since its establishment.

Read More !

Nov
17

Terimakasih semua...

| | 0 ulasan


"Kawan-kawan Suhaib tu ok lah semuanya...." kata Abah Suhaib kepada ku sewaktu sama-sama melihat mereka melakukan kerja khidmat masyarakat dengan mengecat sebuah rumah teres setingkat baru-baru ini.Kebanyakan mereka tidak biasa melakukan kerja-kerja tersebut namun kesungguhan yang ditunjukkan telah menjadikan rumah yang agak kusam itu bertukar menjadi lebih menarik dari sebelumnya.Aku dan Abah memerhatikan perangai Suhaib dan sembilan orang temannya dari jauh.Sesekali kami tersenyum .Kelakar juga perangai budak-budak tu.Gelagat remaja yang suka mengusik sesama mereka, mendengar musik lembut , mencuri aksi teman-teman menggunakan kamera di telefon bimbit dan kemudian ketawa bersama terkekeh-kekeh... adalah satu pemandangan agak asing bagi Abah namun amat mendamaikan perasaan.

Read More !

Nov
13

Pelancaran Perlembagaanku, Bar Council.

| | 0 ulasan

Semua tetamu dihadiahkan buku comel Perlembagaanku dan beberapa flyers lain berkenaan hak asasi rakyat Malaysia.

Peguam Hj Sulaiman dan isterinya bekas salah seorang pesuruhjaya SUHAKAM, Mehrun Siraj antara tetamu jemputan yang hadir.

Read More !

Sebutan lagi sekali pada Januari 2010.

| | 0 ulasan

Polis bersifat malafide pada kami bertiga....saya, Nashita dan Aiman.


Jam baru menunjukkan 8.50pagi, aku sudah tercatuk dihadapan Mahkamah Jenayah Sesyen 5, Jalan Duta. Nashita berada di cafe dan Aiman pun belum kelihatan batang hidungnya lagi.
Sementara menunggu yang lain tiba, aku berbual-bual dengan beberapa orang waris Orang kena Tahan(OKT).

Read More !

Nov
12

Kisah benar tentang Kad Pengenalan.

| | 0 ulasan

Saya, Yb Zuraidah Ahli Parlimen Ampang Jaya, Kak Hayati Ahli Majlis Ampang Jaya.

Semasa himpunan MANSUH 1 Ogos lepas, Kak Hayati telah diminta menyerahkan Kad Pengenalan beliau kepada polis yang telah menahan kami, dua jam sebelum demo anti-ISA itu bermula.Beliau bekerjasama dengan polis dan menyerahkan Kad Pengenalannya untuk di simpan polis yang bertugas ketika itu.Tetapi malangnya, sehingga gambar kami bertiga diambil (pada 18 Oktober 2009), beliau(Kak Hayati) masih belum lagi menerima Kad Pengenalan yang telah diserahkan pada polis, pada 1 Ogos dulu.

Read More !

Nov
10

Biarlah Allah yang membalasnya.....

| | 8 ulasan

Gambar seorang Anggota Polis Cawangan Khas (Special Branch) atau SB sedang mengambil gambar panelis di Forum ISA di Bar Council bulan lepas.

Read More !

All are invited to Perlembagaanku launching at Bar Council on Friday 13, 3 pm.

| | 0 ulasan


"Hi, a huge myconstitution campaign will be launch by a minister and a forum on constitution featuring Dr Shad Saleem, Dr Aziz Bari, Lawyer Hj Sulaiman, Lawyer Malik Imtiaz n Dr Azmi Sharom to be held on Friday 13 Nov,3.00 pm , Bar Council.Please come with your family and friends".

Read More !

Nov
09

Buat demo tuntut royalty minyak Kelantan?

| | 2 ulasan



Sebaik saja selesai baca akhbar yang banyak memuatkan isu ISA, iaitu HARAKAH, dada saya rasa sesak. Kenapa? Banyak sangat duit rakyat yang dikaut oleh kroni UMNO/BN dari zaman PM Mahadir dulu yang belum selesai hingga sekarang. Selain isu besar PKFZ di Selangor, rupanya ada isu besar lain iaitu Landasan Berkembar Elektrik Rawang ke Ipoh dimana Ketua Hakim Negara Zaki Azmi dikatakan salah seorang pemegang sahamnya!!!!Susahlah macam ni!!! Jika betul Ketua Hakim, seorang yang diharap menegakkan keadilan orang ramai pun terlibat mencuri duit rakyat!!!(Belilah HARAKAH bil 1487)..... rasanya selogan" 1 Malaysia, rakyat diutamakan" tu tak boleh pakai!!!

Read More !

Nov
08

"Tg Nik Aziz, Yb Nizar ,Dr Asri pasukan impian PAS???

| | 5 ulasan



Tg Nik Aziz, Yb Nizar dan Dr Asri memang mempunyai nilai dan keunikan yang tersendiri. Tg Nik memang dah dikenali ramai seorang ulama yang tegas berpegang pada prinsip perjuangan. Kalau beliau tak tegas, rasanya tak akan berlangsung seminar "baik pulih" PAS Sabtu lepas. Perit gak telinga pemimpin tertinggi bila terpaksa dengar kritikan bertubi-tubi dari Dr Aziz Bari dan Dr Shamsul .....Sekali sekala dapat ubat, pahit sikit, tapi kesannya elok kot....

Read More !

Nov
05

JAKIM bersubahat dengan KDN?

| | 4 ulasan

Aku, Abah Suhaib, Rafi dan Cg Non.

Sejak Abah Suhaib dibebaskan 15 September lalu, rumah kami tidak pernah sunyi dari kunjungan tetamu yang terdiri dari teman-teman serta saudara-mara yang telah lebih 7 tahun tidak bertemu dengan Abah.Bekas tahanan ISA juga turut menziarahi beliau.Bila bertemu, mereka mengimbau kembali kenangan ketika ditahan di kemta suatu masa dulu.
"Pegawai JAKIM bersubahat dengan SB memastikan kami ditahan lebih lama lagi..." kata Cg Non yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Mujahidin Malaysia yang kemudian ditukar pada keumpulan Militan Malaysia (KMM).Beliau menjalani dendaan sebagai tahanan tanpa bicara ISA lebih 5 tahun!



"Mat Sah, isteri kamu yang terlebih-lebih semangat nih.Esok agaknya , jika kamu dah bebas, isteri kamu pula yang akan duduk di Kem Kamunting.. ha ha ha..." kata Timbalan Pengarah ILIM yang berada dibawah JAKIM, Ust Zamihan kepada Abah Suhaib ketika sesi brainwash di PRC pada bulan Ogos tahun ini.(baru-baru ini, Ust Zamihan dikaitkan dengan isu penahanan Dr Asri oleh JAIS.Beliau juga dikatakan menuduh Dr Asri tidak mempunyai/ mendapat Ijazah pertama dari Univ Jordan.)
Selain Cg Non dan Mat Sah ada beberapa orang lagi bekas tahanan ISA yang turut mendakwa bahawa JAKIM mempunyai "saham" yang amat tinggi dalam memastikan tahanan ISA KMM dan JI disumbatkan lebih lama di Kem kamunting!!!
Betul atau tidak, kesemua tahanan itu telah pun menjalani kehidupan mereka di Kem antara 5 - 8 tahun walaupun tidak pernah dibicarakan dimana-mana mahkamah.masa yang telah berlalu tidak dapat ditarik balik. Bayangkan kerugian yang telah dihadapi kerana penahanan tanpa bicara yang begitu lama....
"Kita tak perlu mendoakan yang buruk-buruk buat mereka.Di akhirat nanti, mereka itu akan menjadi orang-orang yang bengkrap. " kata Abah Suhaib kepada saya.Abah tentuya tidak dapat melupakan pengalaman ketika diarahkan untuk tinggal di sebuah bbilik kecil seluas sebuah katil kingsize yang hanya dilengkapi paip air dan lubang tandas...tanpa lampu, kipas dan tingkap."kalau musim panas, macam tidur dalam oven" kata Abah lagi. Biarlah Menteri Dalam Negeri, SB dan pegawai ugama yang menyumbat kami di sel tersebut, akan memperolehi balasan yang setimpal dari Allah diakhirat sana......

Nov
04

Tidur kami juga dibelenggu ISA!

| | 0 ulasan

Abah Suhaib memakai baju T yang bertemakan merah hitam anti-ISA.

Abah tertidur seketika sebalik saja tamat mengulangkaji beberapa surah yang telah dihafaz.

Hari ini masuk 50 hari Abah Suhaib dibebaskan dari Kem. Pagi tadi Mat Sah menemaniku ke bank kerana ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Dan sebaik saja berada di bank cawangan yang berlambangkan kepala harimau itu, Mat Sah disapa oleh beberapa orang yang tidak dikenali.Dari jauh aku hanya perhatikan saja gelagat beliau.Mereka yang menegur itu bukanlah polis atau SB tetapi dari kalangan rakyat biasa yang mengikuti perkembangankempen anti-ISA yang dilakukan oleh Gerakan Mansuhkan ISA.

Tujuh tahun abah tak beli baju baru. Baju-baju lama memang dah tak boleh dipakai lagi kerana sudah rosak dan banyak yang telah disedekahkan pada orang lain.Jadi, aku memberi pilihan samada beliau ingin membeli baju-baju T di pasaraya atau memakai baju T yang banyak dijual oleh NGO dan aktivis hak asasi.Nampaknya Abah telah memilih untuk memakai baju T lambang perjuangan NGO hal asasi.Dan pastinya, beliau akan memilih untuk memakai baju yang dibuat sempena Himpunan MANSUH ISA yang telah 3 bulan berlalu!!!

Tujuh tahun tidak membeli baju baru, tidaklah begitu pelik padaku.Namun, tujuh tahun hidup seperti "ayam di kandang' memang turut memberi kesan dalam kehidupan yang sedang kami layari bersama. Waktu tidur beliau juga terpaksa di "jadual" semula.

Di Kemta, tujuh malam hingga 7 pagi, mereka di kurung di dorm dan pintu dorm dikunci dari luar.Kunci mangga dorm di pegang oleh warden Kem.Semua tahanan tiada pilihan melainkan terpaksa menyesuaikan diri dengan malam yang panjang tanpa sebarang aktiviti,mahupun lampu atau kipas.Jika hendak membaca buku, mereka hanya dapat berbuat demikian dengan menggunakan cahaya samar-samar simbahan dari lampu yang terletak diluar dorm.Biasanya membaca dalam cahaya suram tidak bertahan lama kerana ianya menyakitkan mata. Justeru, pilihan yang ada hanya tidur, tidur dan tidur.

Bila dah bebas ni, abah masih lagi terbawa-bawa dengan jadual tidur yang lama.Beliau biasanya tertidur seawal jam 9 atau 9.30 malam dan akan terkejut secara automatik pada jam 1.30 pagi.Beliau menunaikan solat malam dan membaca quran hinggalah waktu subuh!!!Jadual tidur beliau amat berbeza denganku.Malam adalah saat dimana biasanya aku dibanjiri ilham untuk menulis.Dari jam 9 hingga 2 pagi, aku biasanya menghabiskan masa dihadapan komputer untuk menulis pelbagai rencana berkenaan "detention without trial". Sejak hari pertama dipisahkan dari Abah, aku hidup dengan penjadualan seperti itu.Hingga kini, mataku tidak akan mengantuk, hinggalah jam 1 atau 2 pagi!!

Perbezaan jadual tidur membuatkan aku masih terasa dizalimi oleh ISA.Disebabkan perbezaan jadual itu, kehidupan kami belum lagi sempurna.Kini, kami sedang sama-sama berusaha untuk menjadualkan semula waktu tidur sepertimana pasangan normal yang lain.....

Nov
02

Siapa arah JAIS tahan Dr Asri?

| | 5 ulasan


Pagi tadi ketika saya membeli roti canai disebuah restoran di AU 2, orang ramai nampaknya sibuk bercakap mengenai isu penahanan Dr Asri.Seronok betul mereka bergebang, maklumlah ada isu baru yang nak dibualkan.Tapi...saya yakin, ramai yang tak faham dan tak perasan apakah yang tersirat disebalik kejadian penahanan itu.Saya juga salah seorang penggemar syarahan Dr Asri.Saya jarang miss kuliah beliau di Astro walaupun cuma sekali dalam seminggu.Saya percaya JAIS telah diperkudakan oleh pihak tertentu untuk buat kerja2 tu.Saya tak percaya itu kerja DAP atau PKR. Dan amat mustahil PAS arahkan JAIS buat penahanan tersebut!! Namun saya masih ingat, Allahyarham Ust Ishak Baharum,yang pernah menjadi Mufti Selangor dulu pun pernah ditahan atas alasan yang sama , ketika UMNO berkuasa di Selangor.



Apa pun, kita elok tunggu apakah penjelasan JAIS pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid, siapa yang pandai2 suruh badan agama itu tahan Dr Asri.

Personally, saya anggap Dr Asri agak istimewa dari mufti-mufti lain di Malaysia ni kerana beliau berani mengeluarkan fatwa mengenai tahanan tanpa bicara ISA walaupun fatwa itu tidak di endorse oleh majlis fatwa Malaysia. Beliau pernah menjelaskan bahawa tahan tanpa bicara sepetimana dalam ISA, tiada dalam Islam justeru amalan itu mesti segera dihentikan.

Penahanan Dr Asri ni mengundang pelbagai persoalan. Kenapa ya?Hari ini, MB Selangor minta penjelasan dari JAIS. Dan PM Najib juga diberitakan berkata "kenapa nak tangkap Dr Asri? Beliau yang dikatakan tidak tahu menahu mengenai arahan penahanan itu, turut mendakawa JAIS yang pandai2 buat kerja itu".Khabarnya, pada malam penahanan itu, lebih 40 anggota polis membantu JAIS mengepung rumah dimana Dr Asri mengajar!!!!


Kita ikuti kisah ini selanjutnya......






Nov
01

Dr Asri bakal mangsa ISA?

| | 4 ulasan



"Alhamdulillah dibebaskan pada pukul 1.30 pagi. Press Conference telah diadakan di taman Sri Ukay setelah dibebaskan.Antara yg turut bersama dalam PC adalah YB Zuraidah dan Pak Abu. Media,orang ramai termasuk penyokong Dr Asri juga hadir bersama.." Ini adalah emel yang saya perolehi dari seorang teman, Pn N, yang juga menantu pada Yb Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang yang pernah ditahan dua kali dibawah ISA pada tahun 1998 dan 2001.Yb Saari turut bersama dengan Dr Asri ketika beliau ditahan polis untuk soal-siasat malam tadi.


Bila membaca berita tentang penahanan beberapa jam Dr Asri ni, suami saya@Abah Suhaib teringat ketika beliau berada di PRC Kuala Lumpur, beberapa orang ketua SB mendakwa "Dr Asri juga mengancam keselamatan negara kerana beliau dikatakan sebagai seorang yang berfahaman WAHABI".Sb juga ada menyebutkan mereka sedang mengintip pergerakan Dr Asri dan tidak mustahil akan menahan beliau dibawah ISA!!!!
Hai...begitu mudah untuk menahan seseorang menggunakan ISA. Sebab itulah, selagi ISA ni wujud, begitu mudah UMNO/BN ni akan gunakan akta tersebut untuk menahan mana-mana rakyat malaysia yang mereka ingini dan sumbat di Kem Kamunting.

Oct
31

Apa bezanya Kem di Malaysia dan Guantanamo?

| | 0 ulasan


Ada sesutu yang menarik dalam laporan ini. Perkataan -perkataan seperti "...kami tak tidur..." "...tak tahu waktu" begitu kuat mengembalikan ingatan pada pengalaman yang pernah saya dan Suhaib lalui dalam lokap iaitu di Pusat Tahanan Wanita Bukit Jalil (saya dan 15 wanita lain) dan lokap juvana di Balai Polis Petaling(Suhaib dan Ammar serta beberapa orang remaja lelaki).Kami semua ditahan kerana dituduh menyertai himpunan MANSUH ISA 1 ogos lalu walaupun ketika itu jam menunjukkan 12 tengahari , kami tidak berada dimana-mana lokasi demo dan kami juga tidak memakai pakaian merah hitam!!!!(Demo mula jam 2.00pm, lokasi di Sogo, Masjed Jamek dan Masjed Negara, pakaian merah atau hitam)



Sebelum ini, saya hanya mendengar cerita-cerita tentang keganasan polis @Interrogation Officer melalui penulisan bekas tahanan ISA ketika mereka menjalani 60 hari seksyen 73 ISA. Kisah tahanan tak tidur, tak tahu waktu adalah sesuatu yang lumrah.
Sekadar menyebut beberapa contoh.Yb Saari Sungib tidak tidur langsung selama lebih 72 jam kerana disoalsiasat tanpa henti oleh pegawai penyiasat yang datang menyoal soalan yang sama bergilir-gilir(dalam buku beliau Siri Dari Kamunting).
Suhaib yang ditahan ketika himpunan MANSUH ISA 1 Ogos dulu memberitahu " aku tanya polis dah masuk waktu Subuh ke? polis selamba je jawab , "tak tahu!". Lepas tu beliau menunaikan solat Subuh.Selang beberapa minit, beliau dipanggil untuk dibawa ke Pusat tahanan Bukit Jalil.Ketika itu, jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi!!!Suhaib ada jam tangan, tetapi jam itu terpaksa diletakkan dalam simpanan polis!!
Ketika peristiwa "rusuhan" ciptaan warden Kemta pada tahun 2004, tahanan ISA di Kem Kamunting ketika itu nampak sendiri ganasnya polis UKP menggeledah barangan peribadi semua tahanan dan ada yang mencampakkan Al Quran ke lantai!!!Salah seorang bekas tahanan ISA yang menyaksikan peristiwa itu ialah Abah Suhaib!!!
Jadi.... apa bezanya suasana layanan SB dalam Kem di Malaysia dengan layanan askar US di Guantanamo?

Oct
30

Siapa yang TIDAK bercakap benar???

| | 1 ulasan

Menteri Dalam Negeri ,Hishamudin kata "saya rasa ISA boleh diterima rakyat"

Rakyat Malaysia di SOGO semasa himpunan MANSUH ISA 1 Ogos lalu.

Rakyat Malaysia di Masjed Jame' semasa himpunan MANSUH ISA 1 Ogos lalu.


Saya tengok dalam Berita Harian semalam, ms 9, diberitakan Hishamudin dah bertemu wakil2 dari Majlis Peguam, majlis Peguam Muslim, dan beberapa NGO lain dan kemudiannya mengumumkan bahawa "beliau rasa, rakyat Malaysia akan terima ISA". Betul ke???Namun, rasanya tengok gambar-gambar diatas ni, anda semua dah boleh agak, sapa yang suka ISA, ye dak gitu?



Rasa pelik saya bertambah-tambah kenapa Hishamudiin tak jemput GMI dimana Bar Council@Majlis peguam adalah salah satu ahli aktif didalamnya? Kalau semua orang lupa biarlah saya ingatkan semula, Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) adalah milik rakyat Malaysia.GMI ada 83 keahlian antaranya PAS,PKR,DAP, JIM. ABIM dan berbagai lagi NGO termasuk persatuan pelajar.NGO dan parti politik GMI mewakili lebih sejuta keahlian berdaftar dalam 83 parti politik dan persatuan tersebut.

Kenapa Hishamudin tak jemput wakil SUHAKAM ek?Bukankah SUHAKAM adalah wakil kerajaan yang dilantiuk khas untuk menjaga hak asasi di malaysia ni?Dah bayar gaji mereka puluhan ribu ringgit tiap bulan, tapi bila bercakap tentang ISA, Hishamudin tak mahu jemput mereka pulak?Ooohooooo...agaknya SUHAKAM tak dijemput sebeb sejak tahun 2003 lagi, dah keluarkan kenyataan bahawa ISA WAJIB DI MANSUHKAN dan pendapat itu konsisten hingga kini......Betul tak???

At least kalau tak mahu jemput GMI punuuuun... ajak le SUHAKAM.....




Press Statement by AIM (Gerakan Mansuhkan ISA)

| | 0 ulasan


Mat Sah was incarcerated without trial more than 7 years in Kem Kamunting and only released 3 months after the death of his beloved mother.

GERAKAN MANSUHKAN ISA
Press Statement: 30th October 2009
Minister: You Should Stop your Drama and Abolish the ISA Now!
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) opposes the Home Minister Hishamuddin Hussein’s calls for amendments to the draconian Internal Security Act (ISA). GMI is a movement with 83 organisation members that has been campaigning for the abolishment of the ISA since 2001. We would like to call on the government to stop giving excuses in delaying the process for the abolishment of ISA. The Home Minister’s decision goes against the wish of the majority of people of Malaysia to see the barbaric and uncivilized law abolished. This was demonstrated by the people of Malaysia in the 12th General Elections where one of the major factors for BN’s big loss was due to the violations of human rights, rule of law and justice brought by ISA. The Anti-ISA rally on August 1st was also a clear indicator that the people do not see the need for ISA and believes that the government should not just review the ISA but abolish it.


GMI would like to raise several questions to the Home Minister. First of all, the Home Minister only consulted with majority NGOs that are seen to be in favor with government. Why didn’t the Home Minister consult with GMI or other civil society organisations such as SUARAM that have been campaigning for the abolishment of the ISA for almost 20 years? What about consulting ex-ISA detainees and their family members? As a minister, why does he refuse to hear comments from GMI, SUARAM and others? Is the government sincere in making changes to the ISA or is it just another drama by the government to capture the people’s heart? Why are the amendments expedited in such a hasty manner?
GMI recognises the obligation of the Malaysian government to protect its population from terrorist attacks and to bring those responsible for engaging in such attacks to justice. But the Malaysian government has yet to demonstrate that any of the individuals it has detained have actually engaged in any such activity. We call on the Malaysian government to abide by its obligations under International Human Rights standards when engaging in counter terrorism activity and also to establish a long term plan for Malaysia when developing mechanisms for combating terrorism while ensuring protection of human rights and the rights of the accused.
GMI would like to remind the government again that the ISA which was enacted in 1960, has been widely used against those who commit acts deemed to be “prejudicial to the security of Malaysia ”, or threatening the “maintenance of essential services” or “economic life”. These vaguely defined security concerns have led to the frequent use of the law against people peacefully expressing their religious and political beliefs, as well as a number of human rights defenders. Furthermore, in 2003, the United Nations Working Group on Arbitrary Detention considered that administrative detention on such grounds, even when in conformity with a domestic law, constitutes a violation of the right to a fair trial by an independent and impartial judicial authority. It consequently considered that the detention under such conditions was arbitrary.
Finally, GMI calls on the government to:
1. Abolish the ISA and all the other laws which allow detention without trial such as Emergency Ordinance (EO) and the Dangerous Drugs Act (DDA);
2. Immediately press charges in court or release all the individuals currently held under the ISA;
3. Close the Kamunting detention camp; and
4. Sign and ratify the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) and the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT) and begin the process of repealing all the domestic laws that contradict human rights principles including the ISA to conform to these international instruments.
By,Syed Ibrahim Syed Noh,Chairman

Oct
29

Seronoknya media BN mengutuk PR!!!

| | 3 ulasan

Gambar pada Mac 2008, Yb Barul Hisham , Pushpaneela iateri Yb Manoharan , Syed Ibrahim dan saya .

Malam tadi, tersiar berita YB Badrul Hisham ADUN Pelabuhan Kelang isytihar keluar dari PKR, jadi ADUN bebas dan bakal memberi sokongan pada BN.Dan seperti diduga, bukan main seronok sekali media BN , dari tv dan suratkhabar tentunya ,mengutuk dan mereka cerita yang buruk-buruk mengenai PR umumnya dan PKR khasnya.Nampaknya berganda-ganda kegembiraan media ini memburukkan PR dimata rakyat apatah lagi semalam, keluar berita Pairin letak jawatan Ketua PKR Sabah serentak dengan isu cadangan EGM dalam PAS yang dipetik dari blog TG Nik Aziz .



Personally, saya rasa tidak pelik langsung dengan beberapa peristiwa tersebut. Kalau Yb Badrul Hisham keluar dari PKR, itu mungkin lebih baik untuk membersihkan parti anak bangsa malaysia itu dengan calun yang lebih jujur dan bersih dimasa depan.Saya tak tau bila pulak Pairin dilantik jadi Ketua PKR Sabah...tup tup dah letak jawatan pula. Namun saya amat menyokong isi blog TG Nik Aziz supaya PAS dibersihkan dari ahli-ahli yang begitu "teringin nak bersama UMNO". Patutlah BN bukan main kecoh dengan isu EGM ni kerana hilanglah peluang parti yang sedang nazak itu untuk mendapatkan sokongan Melayu dalam PAS!!!
Walau apa pun, saya tidak berminat untuk memburukkan sesiapa.Cuma ingin mengucapkan terimakasih pada YB Badrul, pada tahun 2008 lepas, masa tu kempen pilhanraya ke 12, beliau turut memberi sedikit sokongan pada kempen anti-ISA GMI walaupun beliau sendiri tidak faham apa itu ISA!!!! Mungkin lepas ni, Yb Badrul boleh cerita sikit pada pemimpin UMNO/BN betapa jahatnya akta tahan tanpa bicara ISA tersebut.

Oct
28

ISA tak sepatutnya wujud!

| | 0 ulasan

Amylia -anak dara Dr Nasir sedang meluahkan testimoninya sebagai anak bekas tahanan ISA.Dr Nasir disebelahnya sentiasa tersenyum....

Saudara kamaruzaman ditahan sebanyak 3 kali dibawah ISA,bermula 1987.

Dr Kua Kia Soong, Syed Ibrahim dan YB Khalid Samad.


"Gerakan mewujud dan mempertahankan ISA ialah satu perjuangan yang kejam.." demikian kata-kata itu terlontar kepada audien di Auditorium KLSCAH oleh ADUN Kota Damansara, YB Dr Nasir Hashim ketika beliau memberi sedikit perkongsian dalam mengimbau kembali peristiwa penahanan nya dibawah ISA, 22 tahun yang lalu.Sungguh dalam maksud kata-kata itu.Dalam nada separuh ceria, beliau bercerita pengalamannya sebagai tahanan ISA ketika mendiami Kem kamunting selama satu setengah tahun.Untuk memberikan sedikit terapi ketika menghabiskan masa siang dan malam di Kem, beliau menulis sajak yang di raih berdasarkan aktiviti harian beliau disana.Dan, kumpulan sajak itu telah dibukukan serta di lancarkan pada malam tersebut.Tahniah pada Dr Nasir.



Selepas perasmian buku sajak Dr Nasir, tetamu di persembahkan dengan satu forum mengenang kembali Operasi Lallang 1987 dimoderatekan oleh Syed Ibrahim,manakala panelisnya ialah Dr Kua Kia Soong dan Yb Khalid Samad. Rancak dan bertenaga sungguh mereka bercerita mengenai pengalaman masing-masing.Ternyata, kedua-dua mereka amat tegas menyatakan bahawa sebaik saja keluar dari kem , mereka bukan menjadi rakyat yang lebih penakut atau lemah, tetapi lebih berani kerana telah berjaya berjuang bagi melepasi keganasan dan kejahatan ISA yang menjadi tempat cari makan ratusan SB didalamnya!!!

Malam itu, memang seperti satu re-union bagi bekas-bekas tahanan ISA. Saya sendiri tidak putus-putus disapa oleh mereka-mereka yang mengikuti perjuangan GMI selama ini. Dari Yb Jayakumar, Arutchelvan, blogger Labun Kulup Sakah, Jay-anak bangsa Malaysia...dan ramai lagi...semuanya bertanya khabar Mat Sah."You dah tak popular sekarang.Your hubby lagi dikenali ramai..." demikian kata Nalini Dewi bergurau dengan saya.Ya,,,saya akui terlalu ramai yang ingin melihat dan berjumpa tahanan ISA yang dah dikurung lebih 7 tahun secara "live"!!!




Oct
26

Esok Selasa 27 Okt, 8.00pm di Dewan Perhimpunan Cina (KLSCAH).

| | 0 ulasan


Jemputlah beramai-ramai ke program diatas yang akan diadakan di Chinese Assembly Hall bagi memperingati Operasi Lalang, satu penahanan beramai-ramai rakyat Malaysia dibawah ISA yang datangnya dari pelbagai latar belakang , bangsa dan ugama. Selepas Operasi Lalang inilah lahirnya SUARAM yang begitu lantang bersuara tentang hak asasi rakyat Malaysia yang sering ditindas oleh pemimpin kerajaan yang sedang berkuasa.



Apa yang saya tahu, ada yang ditahan dibawah ISA hanya kerana memperjuangkan bahasa ibunda.Ada yang ditahan kerana beliau seorang peguam.Ada yang ditahan kerana beliau seorang pensyarah .Antaranya yang ditahan pada 27 Okt 1987 itu ialah Yb Lim Guan Eng , Yb Khalid Samad dan ramai lagi....Marilah datang beramai-ramai sebagai satu sokongan kepada program memperingati kezaliman ISA pada rakyat Malaysia ini.

GMI akan dibubar sebaik saja ISA mansuh!

| | 0 ulasan

Merahhitam, Syed Ibrahim,bekas tahanan ISA Cikgu Non, Hj Nahar sebagai moderator, Lim Chee Wee (N.Pres Bar Council) dan Peguam Hanipa Maidin.

Cikgu Non meluahkan rasa yang terpendam selama beliau dizalimi ISA.

Sessi terakhir Forum ISA yang bertemakan "ISA hanya kaji semula?Kenapa tidak mansuh terus?" menyaksikan pandangan dari tiga aktivis hak asasi manusia yang berjuang khas untuk memansuhkan ISA disamping dua orang yang menjadi mangsa kedurjanaan akta tahan tanpa bicara itu.Tiga aktivis tersebut ialah Syed Ibrahim - Pengerusi GMI,Lim Chee Wee, Naib Presiden Bar Council dan Peguam Hanipa Maidin dari PAS.Manakala dua mangsa ialah saya mewakili keluarga tahanan ISA dan Cikgu Non mewakili bekas tahanan ISA.



Bagi aktivis rakyat seperti Peguam Hanipa dan peguam Lim Chee Wee,mereka berdua pastinya amat konsisten dengan prinsip dan pendirian bahawa ISA adalah salah satu akta yang jelas mencabul hak asasi manusia dan unsur tahan tanpa bicara didalamnya memang bertentangan dengan semangat "innocent until proven guilty".Justeru itu, keduanya amat amat tegas dengan pendirian bahawa akta tersebut mesti di buang dari perlembagaan Malaysia.
Saya rasa sebak bila mendengar luahan hati Cikgu Non bahawa keluarga beliau terpaksa menjual sebidang tanah untuk meneruskan kehidupan dua orang isteri dan 18 anak-anak yang ditinggalkannya selama 5 tahun dikurung di Kem Kamunting.Dan akhir sekali, saya masih tidak berpuas hati dengan "pembebasan" suami saya- Mat Sah yang hanya dibenarkan bergerak disekitar kawasan Ampang saja dan kena berada dirumah sebelum jam 9 malam.Nampaknya walaupun Menteri Dalam Negeri kata beliau tidak lagi menjadi ancaman, nampaknya pergerakan beliau tetap diawasi oleh SB yang gajinya dibayar oleh rakyat Malaysia.Saya dan Cikgu Non pastinya terus saja mengatakan bahawa ISA wajib dimansuhkan kerana akta itu telah digunakan oleh pemimpin BN untuk menganiaya kami antara 5 hingga 8 tahun lamanya!!!Dan akhir sekali, Syed Ibrahim menggulung perbincangan petang itu dengan satu kesimpulan bahawa kempen menyedarkan rakyat tentang kezaliman ISA telah mencapai satu peringkat yang memberangsangkan dan diharap usia GMI akan segera ditamatkan sebaik saja ISA di mansuhkan!!!

ISA gagal dari segi kemanusiaan -Siva.

| | 0 ulasan

Dato Siva Subramaniam, pesuruhjaya SUHAKAM.

Edmund Bon, wakil Bar Council.
"ISA menyekat satu prinsip penting hak asasi manusia kerana menafikan hak proses perbicaraan dan "innocent until proven guilty" tidak dapat di praktikkan disebabkan sekatan tersebut' lebih kurang begitulah pendapat Dato Siva Subramaniam dalam slot "Apa perspektif Hak Asasi Manusia tentang kaji semula ISA?" di Bar Council baru-baru ni.
"Dan yang lebih menyedihkan, disebabkan unsur tahan tanpa bicara itu, ISA telah gagal dalam sudut kemanusiaan" tambahnya lagi merujuk pada beberapa keluarga mangsa ISA yang mengalami perceraian dan kehilangan pekerjaan disebabkan akta itu.Bukan itu saja, beliau turut merujuk bagaimana ISA digunakan sesuka hati saja oleh Menteri yang berkuasa ketika itu, kata beliau memberi contoh bagaimana bekas Menteri Dalam Negeri Hamid Albar dengan sewenang-wenangnya menahan Tan Hoon Cheng, seorang wartawan wanita menggunakan ISA dengan alasan "bodoh" untuk menjaga keselamatan wanita tersebut!!!!!



Tidak dinafikan, SUHAKAM setakat ini sentiasa konsisten dengan prinsip bahawa ISA wajib di mansuhkan selepas semua tahanan dibebaskan.Walaupun pendapat dan saranan itu sangat bagus, namun disebabkan kuasa SUHAKAM yang hanya setakat menjadi "penasihat' pada kerajaan BN, maka pandangan yang cukup baik dan berperikemanusiaan itu tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan.

Di slot yang sama, Peguam terkenal Edmund Bon mengenang kembali keterlibatan beliau bersama GMI, yang menurutnya telah melahirkan ramai aktivis baru hak asasi manusia samada dikalangan peguam atau ahli keluarga tahanan ISA sendiri.Beliau juga berharap, lebih ramai lagi peguam muda dan individual yang akan digerakkan untuk meneruskan perjuangan memansuhkan ISA.

Oct
25

ISA di tolak semua agama di Malaysia.

| | 3 ulasan

YB Saari Sungib ADUN Hulu Kelang dan bekas tahanan 2 kali ISA, telah menulis lebih 30 buah buku mengenai hak Asasi dalam Islam .

Dr Ong See Yew Presiden ke 20 Persatuan Belia Buddhist Malaysia.

Reverand Sivin Kit dari Bangsar Lutheran Church dan dilantik menjadi pastor sejak berusia 21 tahun!


Dr Bala Tharmalingam , Naib Presiden Hindu Sangam, Malaysia.



Dalam slot "Penahanan tanpa bicara dari sudut agama" dalam "Forum ISA" yang berlangsung di Bar Council beberapa hari yang lalu, GMI telah menjemput empat orang yang mewakili empat kumpulan agama terbesar di Malaysia untuk berkongsi pendapat serta pandangan dari sudut agama, kedudukan ISA, akta kesayangan UMNO yang membenarkan penahanan tanpa bicara.


Menurut YB Saari yang mewakili maysarakat Islam, sekurang-kurangnya ada 2o dalil dalam Al Quran yang berkaitan dengan hak asasi dan penahanan tanpa bicara.Menurut beliau lagi, beberapa buah buku tulisan beliau telah diserahkan pada JAKIM dan beberapa orang Mufti supaya Majlis Fatwa dapat mengeluarkan satu peraturan tentang penahanan tanba bicara ini, namun....tiada sebarang respon walaupun ianya telah diusahakan sejak tahun 2005 yang lalu.......
Dr Ong, Reverand Sivin dan Dr Bala semuanya sependapat bahawa ISA yang jelas mencabul hak asasi manusia dan didalamnya ada elemen tahan tanpa bicara, tidak diterima oleh mereka yang mewakili masyarakat berugama Buddha, Kristian dan Hindu.
Pemimpin dan penyokong yang mempertahankan ISA ni ikut ajaran ugama apa ya???


[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]