PEMIMPIN UMNO MEMANG BENCIKAN ISLAM.-Malaysiakini.

| |
Saya pasti, ramai orang Melayu, khas nya yang sayang sangat dengan United Malay Nation Organization , akan marah sangat dengan tulisan ini. Saya tidak mahu menulis panjang lebar tentang tajuk diatas. Namun gambar-
gambar ini sudah cukup menerangkan tetang kebenarannya.

Ini adalah isteri dan anak-anak tahanan ISA yang di labelkan sebagai ahli Darul Islam (DI).Mereka kebanyakannya tinggal di Sabah.Suami mereka ditahan pada tahun 2006 tidak pernah dibicarakan dan setelah cukup 2 tahun, penahanan dilanjutkan 2 tahun berikutnya dari 2008 hingga 2010.
Gambar ini diambil pada 24 Ramadhan 2008.


Enam orang wanita bertudung labuh ini adalah isteri pada tahanan ISA yang di labelkan sebagai Ahli Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dimana Nik Adli Nik Abd Aziz adalah salah seorang yang ditahan menggunakan label itu. Mereka semua juga tidak pernah di dakwa atau dibicarakan dimana-mana mahkamah.

Kumpulan "KMM" ini ditahan pada 2001 dan semuanya yang dituduh dibawah nama kumpulan ini telah dibebaskan dari Kem Kamunting pada 2005.



Ini adalah kumpulan yang dinamakan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai ahli Jemah Islamiyyah (JI). Tahanan ISA 'JI" ditahan pada Disember 2001 hingga 2005 secara berperingkat. Seramai 55 tahanan JI ditahan pada 2002 dan tiada seorang pun didakwa atau dibicarakan di mana-mana mahkamah.


50 tahanan JI telah dibebaskan secara berperingkat dari tahun 2003 hingga November 2008. Tahanan yang di dakwa ahli JI yang paling lama ditahan kini ialah Suhaimi Mokhtar dan Dr Abdullah Daud.Mereka berdua telah ditahan cukup 7 tahun di Kem Kamunting.

Gambar menunjukkan Koordinator SUARAM, Sdra Yap Sew Seng bersama sebahagian dari keluarga tahanan ISA (JI) yang menghantar memo untuk bertemu Menteri Dalam Negeri di Putrajaya pada tahun 2003.


Seramai 27 Juta rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan kaum dan masyarakat yang tidak tahu tentang ISA,telah di tanamkan dalam fikiran mereka supaya mempercayai bahawa mereka ini adalah "extremist dan terrorist" agama, dimasa yang sama, segala ruang dan peluang untuk membela diri dari semua pertuduhan, ditutup rapat oleh pihak berkuasa yang terdiri Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.Indoktrinasi oleh pemimpin UMNO bahawa mereka ini "pengganas" Islam, masih lagi berjalan hingga kini.....

Mereka di tuduh, di label dinamakan sebagai pengganas Islam. 7 tahun telah ditahan tanpa sebarang perbicaraan.......

Siapa kah pengganas sebenarnya?

4 ulasan:

Unknown berkata...

NO TO ISA! teruskan perjuangan!
kebenaran, keadilan & islam pasti boleh ditegakkan pada akhirnya.

Unknown berkata...

Terima Kasih atas sebaran maklumat ini. Kesedaran rakyat perlu ditingkatkan. NO2ISA!

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

teruskan perjuangan!!!!

A Mum Of Three Mohd berkata...

Dear Laila,

Golongan Islam yang benci pada Islam
Golongan Islam zalimi sesama Islam
Betul kata RPK... Orang Islamlah musuh Islam yang sebenarnya kerana golongan inilah yang yang merosakkan kemurnian Islam kerana takut hilang habuan dunia.
No To ISA!
Salam.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]