Sedih dan pilu di hadapan Kaabah...

| |
Setelah baik dari demam dan lelah@asthma, aku dan suami kembali meyusuri jalan-jalan menuju ke Masjidil Haram. Seawal jam 3 pagi, kami bersama jemaah yang lain bergerak ke masjid. Ketika itu, jemaah haji dari Malaysia dan negara lain mula membanjiri Kota Mekah kerana tarikh wukuf sudah semakin hampir.
 Gambar di atas ku ambil ketika tiba di masjid jam 4.30 petang waktu tempatan. Aku dan suami berdiri di beranda bumbung masjid, sambil memerhatikan orang ramai yang sedang melakukan tawaf. Ketika ini, kami berada di "roof-top" tingkat paling tinggi. Kami menaiki eskeletor berganti-ganti sebanyak lima tingkat. Ketika ini, cuaca masih agak panas  dan kami menghilangkan kepanasan dengan meminum air zam-zam yang di sediakan di tepi  dinding "roof-top" tersebut.

 Gambar ini diambil sebagai satu kenangan bahawa aku dan Mat Sah pernah beberapa kali solat di tempat ini. Kelihatan betapa seboknya krane yang berbagai bentuk dan rupa di sekeliling masjid......Biasanya, setiap kali memandang kaabah, aku sedaya upaya membacakan doa-doa yang di kirim oleh kawan-kawan dan saudara mara.Ketika inilah doa itu amat mustajab kerana kami berada betul-betul di hadapan rumah Allah.....Hati ini sentiasa rasa sayu,sedih, pilu dan seringkali sebak mengenangkan terlalu banyak kesilapan dan kelalaian yang sering atau pernah di lakukan.... dan ketika itulah aku memohon pada Allah yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang  untuk menerima segala serta rasa insaf serta taubat... dan minta di ganti pula dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.....

Ya Allah Yang Maha Pengampun....terimalah segala taubat kami......

 Kami selalu tiba di masjid pada waktu Asar, kemudian terus berada di sana  menjelang Maghrib hingga Isya. Di waktu yang terluang, ada ketikanya melakukan tawaf sunat atau  duduk sambil membaca quran. Ketika itu, ada kalanya kami mengambil peluang berkenalan dengan umat Islam dari negara lain seperti India, Pakistan, Bangladesh, Mesir, Algeria, Marocco dan ramai lagi..

Walaupun sudah beberapa kali tawaf di dataran Kaabah, aku masih lagi terasa seolah-olah bermimpi berada di Tanah Suci Makkah....Siapa lah dapat menduga kami yang serba kekurangan dengan material ini dapat juga menjadi salah seorang dari jutaan tetamu Nya...dan untuk kesekian kalinya, kami terus berdoa dan berdoa....

Ya Allah yg Maha Pengsih dan Maha Penyayang....terimlah doa kami....................bersambung...






0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]