Kami ada sepasang anak sedara yang turut mengerjakan haji. Sejak dari Malaysia lagi kami merancang untuk bertemu,tapi tiada peluang, dalam erti kata lain, belum di izinkan Allah.Anak sedara yang ni special sket, muda-muda dah dapat peluang jadi tetamu Allah....
Sejak dari di Madinah, kami saling bersms,tapi tak sempat nak jumpa..... Mereka berdua terbang dari K.L ke Madinah lebih awal beberapa hari dari kami.Kami merancang ingin berjumpa di Madinah,tetapi tiada peluang.......Ketika mendapat jemputan dari Dato Syed, aku perasan alamat itu sama dengan tempat tinggal Jiela dan suaminya, iaitu di hotel Janadriah. Aku sms minta kepastian dan sememangnya tepat sekali. Alhamdulillah, sebaik saja majlis ramah mesra bersama Ketua Rombongan Haji selesai, kami berpeluang bertemu di lobby hotel...dan gambar ini sempat di abadikan.....al Hamdulillah.....:))
0 ulasan:
Catat Ulasan