Masa tiba di bilik 935 di Hotel Haram di Madinah pada 28 Sept dulu, kami bagaikan orang asing. Setelah berkenalan...dan akhirnya timbul rasa ukhuwwah yang mendalam di selangi rasa kasih....Aku masih ingat sikap Ti yang sangat mengambil berat tentang keadaan tandas. Kak Mun yang membawa semua peralatan dengan selengkap-lengkapnya. Jem yang amat berpengalaman di kota Madinah ini dan boleh di panggil "Mutawwif" serta Eda...yang sangat romantik dengan" Man" nya......semua terlalu melekat dalam hatiku...
Kemudian bila ke Makkah, kami mendapat dua saudara baru iaitu Mamy Rokiah dan Rohana. Pada mulanya kami sangka Mamy seorang yang agak "garang" ...tapi rupanya sangkaan tu meleset sama sekali....dan Rohana yang dikatakan mengidap rheumatism, adalah orang yang paling rajin buat umrah sunat....semua ada kelebihan tersendiri.Tanpa melihat pada latar belakang masing-masing, kami datang ke tanah haram ini hanyalah dengan satu tujuan iaitu menjadi tetamu Allah yang terbaik.....
Pastinya aku akan merindui gurauan nakal antara kak Mun dan Mamy Rokiah yang menghangatkan bilik. Mesti kami merindui sayur timun n tomato yang diilhamkan oleh Jem.Eda yang paling muda dan paling rengan tulang sentiasa sudi membantu sesiapa saja...dan yang jelas, Ti akan sentiasa mengusik kami supaya jangan lupa makan nasi Arab!
Kami tak banyak bercakap di Madinatul Hujjaj.Tidak pasti samada letih atau mengantuk kerana tak cukup tidur.....yang jelas semua banyak mendiamkan diri dan melayan perasaan....Aku berharap, setiap nombor telefon yang di ambil akan mendekatkan kami ketika di Malaysia nanti.
Sesiapa saja yang mengenali dua pasangan glamor ni....Puan Hajjah Eda dan Puan Hajjah Ti serta suami masing-masing di kira amat bertuah. Aku dan suami antara orang bertuah tu. Mereka adalah antara para jemaah haji yang amat mudah mendengar dan membantu menyelesaikan masaalah jemaah yang lain.Kata-kata semangat mereka amat bermakna pada ku dan suami..... Guys, thanks for the kind words.....may Allah showers all of us with His blessings......
0 ulasan:
Catat Ulasan