From Makkah with luv....

| |
"Ila....apa khabar? Rindu nak solat sekali dengan Ila...." siapa pula lah dah rindu pada ku di awal pagi ni. Aku belum sempat up-date nombor telefon kawan-kawan ketika di Makkah dulu.....
"Ni Eda  ke Ti....eh eh eh..Kak Mun  ya....?" aku tak pasti suara siapa kerana suara itu agak 'baru' di pendengaranku.
"Amboi...dah tak ingat Kak Mun ya..." ujar suara di sebelah sana.
"Ehhh...ingat lah...kan dah sebut nama Kak Mun tadi....." dalam hati berkata, nasib baik ada sebut nama tu.
Dan kami pun berborak panjang.........................................................
Nampaknya kenangan manis ketika tinggal sebilik di Madinah dan Makkah dulu meninggalkan kesan yang besar di hati kami semua.....Dan jemputan walimah  dari Kak Jah, salah seorang jiran bilik kami di Makkah dulu, tidak di lepaskan begitu saja.Kami berjaya melakukan reunion pertama pada 16 Disember yang lepas.....syukur al Hamdulillah.....

"Hello Ji(Haji), ni kami di Taman Rekreasi Ulu Bendul ....kita dah hampir sejam kat sini.." kata Pak Haji Mail yang bertopi tu. Yang lain sengeh je menunggu Hj Azman dan Hajjah Eda.....mata semua melilau memerhatikan Merce silver milik pasangan tu.....Dah  lama tak bertemu Kak Mun dan Mamy Rokiah...memang rindu sangat pada mereka.....Kalau di Makkah dulu, semua asyik bertelekung saja, tapi bila dah pulang ke Malaysia, semuanya grand dan glamor sangat.....
Setelah naik dan turun bukit....akhirnya kami tiba di Felda Pasoh 2, tempat tinggal Hajjah Hadijah dan suaminya Hj Zahari.....Hebat juga majlis perkahwinan tersebut. Kami semua yang sedang kelaparan ni memang tak melepaskan peluang menikmati lauk-pauk kampung yang lazat tu seperti masak lemak daging salai,acar buah, ayam masak merah, paceri nenas,sambal belacan , ulam dan ikan masin.....hmmm..semua khusyk menyuap mulut masing-masing..:))
Lepas makan, para suami @abang aji semua duduk tersandar di kerusi kerana kekenyangan...manakala kami yang perempuan ni  beredar ke halaman rumah untuk melihat-lihat sekitar rumah Kak Jah.....

Deretan para "hajjah" di majlis tersebut. Bilik kami sebelah menyebelah justeru, kami agak rapat  dan saling memahami kegembiraan dan kesusahan kawan-kawan ketika di sana dulu.....Dalam perjalanan pulang, kami empat buah kereta singgah di Masjid dan menunaikan solat Zuhur berjemaah.....selain melakukan  kewajipan, mungkin ingin mengembalikan nostalgia di Masjidil Haram ...namun pastinya semua nostalgia dan kenangan itu tidak sama berbanding di Makkah yang penuh dengan ujian dan dugaan dulu.....
Eda, Kak Mun, Mamy Rokiah dan aku....sama-sama mengabadikan kenangan dihadapan pelamin pengantin di rumah Kak Jah...." Rindu sangat kat Ila dan Eda..." bisik Kak Mun dan Mamy Rokiah  ketika kami bersalaman sambil berpelukan...Masa di Makkah, kami sebilik tak pernah berselisih faham mahupun tidak sependapat. Mamy dan Kak Mun adalah yang paling senior diantara kami dan paling rajin serta mengambil berat keadaan kami yang lebih muda ni. Moga rasa perasaan  rahmah dan mawaddah ini terus berkekalan....
Semasa di makkah juga, Mamy dan Kak Mun sering bercerita keenakan sambal tempoyak dan mereka berjanji akan menjamu kami dengan hidangan tersebut. Memang betul, pulang saja dari kenduri walimah di Pasoh 2, kami terus memecut ke rumah Mami di Batang Benar untuk berehat sambil menikmati sambal tempoyak fresh yang di sediakan oleh Mamy...al Hamdulillah.....Petang itu, kami pulang membawa sebekas plastik sambal tempoyak yang sungguh enak rasanya....

Sebelum ni, aku agak rasa pelik melihat sikap kawan-kawan yang baru pulang dari mengerjakan haji.. Sebaik saja balik dari Makkah, mereka sibuk bertalipon nuntuk bertemu semula dengan teman sebilik ketika di Makkah dan Madinah dulu .Malahan ada yang sengaja mencetak gambar dalam bentuk "hardcopy" dan membuat satu album khas dan album itu di usung kesemua rumah rakan-rakan tersebut......

Kini, setelah melalui fasa tersebut, baru aku memahaminya..................................bersambung.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]