Assalamualaykum ya Hajjah....

| |
Kami mabit di Mina dari 10, 11,12,13 hingga 14 Zulhijjah. Setiap selesai menunaikan solat , Ustaz Badrul, dari Tabung Haji mengetuai bertakbir hari raya...Aku teringat Suhaib di Malaysia.Macam mana dia menyambut Aidil Adha....
Sewaktu bertolak dari Makkah ke Arafah dulu, kami sentiasa melaungkan "Labbaikallah humma labaik..." yang membuat  air mataku menitis. Kini, laungan takbir pula membuatkan hati ku sayu dan teringat Malaysia.....
 
Ini keadaan Mina di waktu siang. Tiada apa yang istimewa di tempat yang bersejarah,terkenal dan hebat ini. Pada musim haji, keadaan Mina sangat padat dengan manusia dan sibuk tapi selepas 14 Zulhijjah, Mina kembali sunyi dan lengang tanpa penghuni.....Hanya khemah-khemah yang setia berdiri menanti kedatangan para jemaah haji di tahun berikutnya...


Ini sebahagian dari teman-teman di Mina.Ramai juga jemaah haji wanita yang jauh lebih senior dariku.Walaupun lebih berusia, kebanyakan mereka amat bersemangat untuk melakukan yang terbaik dalam ibadah melontar ini.Tempat yang sempit tidak menjadi masaalah langsung. Semua berusaha menjaga hati sahabat yang lain. Merekalah yang sering memberi kata-kata penawar pada kami yang lebih muda ni..

Ketika di Arafah, aku tiada masaalah dengan makanan yang di sediakan oleh anak-anak remaja Badwi yang menjadi tenaga utama memasak dan mengedarkan makanan pada kami.Semuanya ku "telan' saja. Jemaah haji  tidak disediakan makanan di Muzdalifah, jadi tiada komen tentang makanan.Namun, di Mina ni keadaannya lain siket. Kami perlu tenaga yang banyak untuk berjalan ke jamarat selama empat hari berturut-turut....Tapi sejak menjejak kaki di Mina, rasanya aku dah tak mampu  melihat  hidangan yang di sediakan.Menunya  macam menu orang Malaysia, tapi cara memasaknya yang agak pelik dari biasa.Aku tak sanggup melihat ikan masak singgang, mahu pun kari kambing yang  disediakan oleh budak-budak tu .Untuk menambah tenaga, aku minum jus oren dan mengambil vitamin.Tapi....masaalah lain pula timbul.Aku sakit perut dan kerap ke tandas...dan bila bercakap tentang tandas...semua yang pernah menunaikan haji tentunya faham bagaimana keadaannya...kan? Tanpa makan nasi, tanpa makan vitamin ...aku "collapsed" pada hari ke tiga di Mina. Aku cuba duduk seperti biasa, tapi beberapa saat kemudian tumbang diatas carpet.....

"Abang, Ila tak boleh bangun  nak pergi melontar....demam..." sms ku pada suami.

Aku amat bersyukur kerana suami amat memahami keadaan ku ketika itu.Suami terpaksa menukar perancangan bagi memberi peluang supaya aku cukup sihat dan boleh berjalan ke Jamarat. Pagi tu,beliau membelikan roti canai serta secawan teh tarik dan kami makan bersama.Selepas itu aku makan panadol dan tidur beberapa jam. Kawan-kawan di khemah juga amat sporting dan membiarkan ku berehat sepuasnya....

Seperti yang di rancang, seawal jam 3 pagi 13 Zulhijjah, kami  berjalan perlahan-lahan ke Jamarat untuk membuat lontaran12 Zulhijjah.Lebihkurang jam 4 pagi kami tiba di Jamarat Sughra(kecil) melontar 7 biji, kemudian ke Jamarat  Wusta(sederhana) melontar 7 biji lagi dan akhir sekali ke Jamarat Kubra(besar) juga melontar 7 biji..Selepas itu kami menunggu  di tepi Jamarat selama 45 minit sebelum masuk waktu Subuh.Sebaik saja azan , kami menyertai jamaah lain  solat Subuh berjamah. Jam 5.20 pagi selepas usai solat Subuh 14 Zulhijjah, kami kembali ke tiga-tiga Jamarat untuk melengkapkan lontaran bagi13 Zulhijjah....

Nafar Thani yang di pilih  telah selesai dan habis semua 70 biji anak batu di lontarkan pada syaitan di dinding Jamarat...al Hamdulillah....dalam keadaan demam, aku masih sempat mengajak suami mengabadikan kemenangan melontar syaitan . 

Beberapa jam selepas itu, aku dan suami telah berada di bilik hotel masing-masing di Rawdhat As Shuroq, di Makkah.

Tiba di Makkah, kami mesti melakukan tawaf dan saie wajib bagi  menyelesaikan umrah haji. Setelah melaksanakan ibadah melontar di Jamarat yang jauhnya lebih 7 kilometer, ibadah tawaf dan saie kali ni macam "kacang" jer........ . Aku dan suami melakukannya dengan lebih tenang ,selesa dan amat puashati....
Sebaik  selesai saja melakukan tawaf , saie dan bertahalul, ini bermakna sempurnalah semua rukun wajib dalam ibadah haji.Kini ......kami berdua boleh lah di panggil haji dan hajjah.

Aku tersenyum melihat sms dari abang ipar di Malaysia...
"Assalamualaykum Ya Hajjah....semuanya selesai?" soal sms itu.

Alhamdulillah....ibadah haji yang merupakan jihad terbesar  kaum wanita, telah dapat di lalui dengan sempurna.Syukur,syukur, syukur dan syukur pada Allah kerana mempermudahkan segala urusan.........
bersambung.













0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]