"Saya bukan ustazah..."

| |
Sejak pulang dari lawatan sekitar Kota Makkah, demam dan lelah ku tidak berkurang, malahan makin teruk.Aku berdoa supaya tidak masuk wad kerana ketika itu, beberapa orang jemaah haji dari maktab kami telah di hantar ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.! Untuk mengurangkan kesakitan, aku banyakkan berehat dan  solat di bilik hotel saja.

Pada satu pagi, ketika bangun tidur, ku lihat rakan-rakan sebilik semuanya tidak ke Masjid.Semuanya sedang batuk dan tidak mampu untuk berjalan ke Masjid. Mereka ingin solat di bilik kerana surau di tingkat bawah hotel juga sudah terlalu padat dengan jemaah.

Aku  yang masih lelah, hanya memerhatikan mereka menyusun deretan sejadah. Bila azan berkumandang, mereka masing-masing berdiri untuk melakukan solat sendirian. 

"Kenapa tak solat berjemaah? Nanti tak dapat pahala macam solat di Masjidil Haram..." tanyaku dalam nada suara yang di selang seli dengan batuk yang kuat.
" Tak de orang  yang berani jadi imam.." kata Kak Mun. 
"Owhhh...kalau macam tu, ikut saya je lah......" kata ku lagi.Ketika Solat Subuh, mereka semua bersetuju menjadi makmum. Aku benar-benar tidak larat ketika itu.Usai saja solat,  membaca doa sependek yang mungkin dan terus baring semula di katil...

Untuk waktu-waktu berikutnya, Zuhur, Asar , Maghrib hingga Isya, aku menjadi imam solat mereka. Pada waktu Maghrib , Isya dan Subuh, aku sedaya upaya menguatkan sedikit bacaan walaupun terpaksa agak meneran ketika itu. Walaupun suara tidak jelas, ternyata "roommates' agak berpuas hati...Mereka mendoakan supaya aku segera sembuh..... 


Sejak peristiwa menjadi imam solat, mereka mula rajin bertanya mengenai bacaan-bacaan dalam solat serta doa-doa yang mudah untuk di baca.Semua berusaha memperbaiki bacaan dalam solat supaya Allah memberi haji yang mabrur! Syukur al Hamdulillah, aku membawa dua buah buku doa hadiah dari Puan Ema, salah seorang ibu di sekolah ku. Buku "Himpunan doa-doa di Tanah Suci" serta "Solat-solat sunat" amat berguna dan amat membantu ku berkongsi maklumat dengan rakan sebilik. Buku itu bergerak dari tangan ke tangan dengan cepat. Mereka yang usianya lebih senior juga tidak malu bertanya tentang cara-cara mengerjakan solat wajib dan solat sunat  sama  seperti yang di amalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

" Terima kasih ustazah kerana sudi ajar kami...." ujar mereka.
"Saya bukan ustazah....buku-buku tu yang banyak membantu kita." jawab ku lagi.

Syukur , syukur dan syukur ya Allah kerana rutin harian di Malaysia, memberi banyak kebaikan ketika di Tanah Suci ini......Rutin harian di Malaysia ialah melakukan solat lima waktu selengkapnya, dan di sekolah pula, aku turut menjaga murid-murid supaya bersolat dengan  bacaan yang betul dan pergerakan tertib.....

Syukur al Hamdulillah.....dalam keuzuran, masih dapat berkongsi sedikit ilmu dengan kawan-kawan yang lain...............bersambung

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]