Selepas Isyak, aku dan suami baru dapat peluang menaiki bas ke Muzdalifah.Kami berdiri di dalam bas yang padat itu. dari Muzdalifah ke Arafah tak lah jauh sangat, cuma sekitar 10 - 15 minit saja, tapi disebabkan "jam", perjalanan itu mengambil masa selama 30 minit! Kami tiba di sebuah padang yang luas, tetapi telah di penuhi manusia yang sedang tidur bergelimpangan.Aku dan suami terus menuju ke sebuah hamparan plastik yang di arahkan oleh petugas Tabung haji,lalu melabuhkan tubuh di situ.
" Nabi tiba di Muzdalifah , solat jamak Maghrib dan Isya' kemudia tidur ...lepas solat Subuh baru baginda kutip tujuh biji batu kecil dan bergerak ke Mina...." itu fakta sejarah yang ku bacadi sebuah buku.Namun dalam dalam operasi masya'ir di mana jumlah para jemaah hajinya begitu ramai, mungkin agak sukar untuk mengikut langkah sepertimana yang telah di lakukan oleh Nabi Muhammad SAW.Perkara yang paling penting ialah memenuhi syarat wajib iaitu, bermalam sebentar di Muzdalifah kemudian mengutip anak batu...dan terus bergerak ke Mina....
Sepanjang berada di Muzdalifah, kami tidak tahu bagaimana keadaan sebenar muka bumi tempat yang amat terkenal ini ...Aku melihat keadaan sekeliling yang di limpahi cahaya lampu tinggi ...samar-samar kelihatan bayang-bayang bukit bukau di sekeliling tempat lapang yang sedang kami semua duduki itu...
Bila mentari menunjukkan dirinya....barulah cerah dan terang alam maya sekitar kami......Subhanallah....macam ni rupanya Muzdalifah ni...Debu halusnya kelihatan begitu jelas menyelimuti jubah hitam yang ku pakai ....Dalam keadaan berdebu tu pun..suamiku masih dapat tidur dengan nyenyak....
Al Hamdulillah.....Allah mengizinkan kami untuk merasai ibadah dan perjalanan yang di lakukan oleh Nabi Muhammad SAW dari Arafah hingga sampai ke tahap ini dalam keadaan sihat semuanya.....
bersambung.
0 ulasan:
Catat Ulasan