Pada hari Rabu, aku dan suami menyertai rombongan ke Hudaibiyah. Menyebut perkataan Hudaibiyah ini pastinya ramai yang segera dapat mengingati peristiwa perjanjian Hudaibiyah yang amat terkenal dalam sejarah itu....Ini adalah lawatan kami yang terakhir di bumi Makkah al Mukarramah .Hati agak teruja untuk melihat ladang unta ,sejenis binatang yang amat di sayangi oleh orang Arab kerana tahan lasak dan menjadi kenderaan utama di padang pasir pada satu ketika dulu.....
Kini, unta hanyalah sejenis binatang yang di pelihara untuk daging dan susunya serta sekali sekala dijadikan bahan tarikan untuk para pengunjung di Kota Suci ini. Unta dikatakan seekor binatang yang sangat berhemah dan berakhlak mulia di bandingkan dengan binatang lain....Untuk menyembelih unta, tidak perlu mengikat kedua-dua pasang kakinya, cukup dengan membaringkannya saja.Seperkara lagi, jika ingin bermesra dgn unta, janganlah membelai lehernya kerana unta tahu, jika lehernya di belai, seketika lagi, leher itu pula yang akan di potong ....itulah antara fakta menarik yang disebutkan oleh 'tourist guide' kami....Namun satu perkara yang jelas, unta mempunyai sepasang mata yang besar dan bulu matanya amat lentik sekali...:))
Masa yang di tunggu tiba iaitu untuk merasa susu unta. Tapi sebelum itu, kami di pesan....sesiapa yang ada darah tinggi, tidak di galakkan minum susu unta kerana susu itu terlalu lemak rasanya.....Walaupun ada amaran, selagi minuman itu halal, memang berebut orang ramai membeli susu tersebut.....
Ketika ramai para sahabat yang hafaz ayat quran syahid di medan perang, khalifah ketika itu risau jika ayat quran tidak dapat di turunkan kepada generasi seterusnya.Demi memastikan ayat quran terus di bacam di hafaz dan di hayati maka satu inisiatif di ambil untuk menulis dan seterusnya membukukannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan