Berdoalah sepuasnya di Arafah.

| |
Seminggu sebelum wukuf, yang bermaksud semua jemaah haji wajib berada di bumi Arafah, kami sentiasa memastikan  kesihatan fizikal berada di tahap yang tinggi. Kami juga di mestikan menghadiri taklimat tentang operasi masya'ir , yang di adakan di maktab masing-masing. 

Bagi "first-timer" seperti aku dan suami, menanti ketibaan waktu wukuf adalah satu momen yang sangat mengujakan perasaan. Aku tidak dapat menggambarkan keadaan di sana, walaupun telah membuat  bacaan dan survey dari teman-teman yang pernah mengerjakan haji sebelum ini.
"Dear, Madinah is considered as your honeymoon, praying at Masjidil Haram is just the beginning of Hajj .Wuquf  in Arafah is the peak.... while Mina is the biggest challenge....take care of your health mentally and physically...." panjang lebar sms Puan Ashikin pada ku. Tambah berdebar hati ini........

Beberapa hari sebelum masya'ir , kami berkemas dan membawa sedikit  keperluan untuk keluar dari Makkah selama beberapa hari.....


Kami berangkat ke  Arafah sehari lebih awal dari hari wuquf, destinasi pertama  untuk menunaikan wajib haji. Jika tidak berada di Arafah, walaupun untuk berhenti selama beberapa saat, ibadah haji tidak sah mahupun sempurna.... Untuk menghilangkan keresahan, kami sempat bergambar, beberapa minit sebelum turun ke lift dan seterusnya menaiki bas ke Arafah....
Dalam keadaan suspen mengenai keadaan di Arafah.....aku dan suami sempat mengabadikan satu pose, beberapa minit sebelum masuk lift untuk ke tingkat bawah dan kemudiannya menaiki bas ke destinasi wajib tersebut.....Sebelum itu, aku sempat menelefon emak di Malaysia mohon doa dan restu darinya.

Arafah tidaklah jauh sangat dari hotel kami. Ramai jemaah haji dari India dan Bangladesh, berjalan kaki ke Arafah dari hotel mereka...Tapi, disebabkan terlalu banyak kenderaan di jalanan, perjalanan mengambil masa lebih 3 jam! Sepanjang jalan dari hotel ke Arafah, semua penumpang tidak bercakap, yang agak bising kedengaran hanyalah bunyi batuk yang kuat dan bersahut-sahutan....

Akhirnya kami tiba  di Arafah...... dan aku terus menuju ke kemah sepertimana tertulis di tag pemberian petugas Tabung Haji. Menjadi orang pertama tiba di kemah,aku segera memilih tempat yang agak selesa, membentang plastik dan terus meletakkan beg.Aku segera mengajak beberapa orang jemaah wanita lain menunaikan solat Asar....


Beginilah keadaan kemah kami. Cantek, walaupun tiada kipas dan lampu.Cuaca yang agak redup dengan angin bertiup lembut, terasa indah dan nyaman...
"Ila macam mana?...." tiba-tiba suami menalifonku.
"Ok je bang....its a real camping...abang jangan risau  ya..." tambahku lagi...Aku bersyukur, setiap tahun  mengikuti program perkhemahan luaran yang di anjurkan oleh sekolah tempat ku mengajar. Jadi, "perkemahan' di Arafah ini adalah sesuatu yang agak biasa bagiku.....

Segalanya  agak mudah, aku dapat tidur lena, dapat solat dengan selesa...cuma kena bersabar sedikit ketika hendak ke tandas kerana terpaksa berkongsi dengan ramai para jemaah yang lain.....

Ketika tiba  waktu Zohor 9 Zulhijjah, aku terus memulakan misi berdoa, berdoa, berdoa dan terus berdoa kepada Yang maha Esa....Ada ketikanya kami keluar dari khemah dan berdoa di tempat lapang.


Ketika itu, aku membacakan semua doa yang di kirim oleh saudara-mara,sahabat taulan yang di kirim melalui kertas atau sms. Masih ada teman-teman dari Malaysia yang mengirim sms minta didoakan dan semuanya di sempurnakan....

Ketika berdoa, semua yang pernah terjadi dalam hidupku terbayang dan semuanya ku pinta pada Allah supaya  yang pertamanya, memberi taufiq dan hidayah kepada kaum keluarga, mohon supaya mereka juga dapat berkunjung ke Tanah Suci ini, di murahkan rezeki dan  semua yang positif dan baik-baik belaka...

Namun, aku tidak lupa pada para aktivis rakyat, supaya Allah beri kekuatan, ketabahan dan keikhlasan kepada semua mereka. Juga di pohon kemenangan untuk para pendukung keadilan dan kebenaran. 

Sebagai mangsa ISA, tidak sah jika aku tidak mendoakan sesuatu kepada orang yang telah menganiaya kami selama ini. Pada semua kakitangan penguasa ISA, terutamanya ketua mereka  dan menteri yang terlibat, aku berdoa supaya Allah beri taufiq dan hidayah kepada mereka supaya segera berhenti berbuat zalim kepada manusia lain....tetapi jika mereka tetap engkar...maka ku pohon Allah SWT berikan peringatan dan balasan yang aku tidak perlu sebutkan balasan tersebut.Allah lebih tahu apa yang sesuai untuk orang yang zalim. Hancur hatiku mengenangkan nasib 11 tahanan ISA dari Tawau yang masih di belenggu ISA.Moga mereka cepat dibebaskan...............................

Kami di peringatkan oleh petugas ugama Tabung Haji supaya konsentrasi berdoa dari waktu Zohor hingga  Maghrib......namun ku perhatikan, berdoa ini bukanlah satu ibadah yang menjadi kebiasaan pada orang Melayu........justeru, ramai yang kelihatan duduk santai serta berbual-bual saja ketika waktu-waktu  yang begitu kritikal untuk memohon doa pada Allah Yang Maha Esa............bersambung..




0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]