Kami tidak pernah lupa kezaliman ISA...

| |
Bersama adik-adik wartawan di majlis rumah terbuka HARAKAH.
Dirumah terbuka Parlimen Gombak dengan YB Azmin Ali, YB Saari dan YB Amirudin.

Kak, datang sorang je? Mana yang satu lagi he he he...?" tanya adik-adik HARAKAH sewaktu menghadiri "open house" akhbar alternatif paling popular di Malaysia itu."Dia tak boleh keluar daerah...kena duduk Ampang je..." jelasku sambil tersenyum.Berebut-rebut adik-adik tu bersalaman dengan ku.Masing-masing mengucapkan "selamat pengantin baru" sambil menguntum senyuman penuh makna...nakalnya senyuman mereka tu!!!!
Peristiwa yang sama juga berlaku ketika aku dan Abah Suhaib menghadiri rumah terbuka Parlimen Gombak hujung minggu lepas. Ramainya sahabat-sahabat yang dikenali dan juga baru pertama kali ditemui, bersalaman dengan kami berdua.
Namun, aku tak dapat melupakan "hadiah" istimewa dari pasangan Radi/Saliza, sebaik saja aku dan Abah Suhaib minta diri dari rumah mereka.Apa hadiah itu ya? Sebotol jamu herba Kacip Fatimah..... Aduh!!! Malunya! Sabar je lah.....Allah saja yang tahu betapa malunya aku nak membawa pulang hadiah tersebut!!!


Itu adalah antara pelbagai peristiwa baru yang terjadi dalam kehidupanku kini. Bukan setakat itu saja, ramai juga teman-teman yang dah pandai komplen mengatakan aku kini lambat menjawab sms dan panggilan telefon mereka....
Entahlah. Rasanya kehidupanku biasa saja. Tetapi tak mustahil, dalam usahaku menyesuaikan diri "menjadi isteri semula"setelah membujang selama 7 tahun, mungkin ada beberapa rutin harian yang terpaksa di kemudiankan......
Namun satu perkara yang ingin ku jelaskan ialah, sebarang usaha untuk mendedahkan kejahatan dan kezaliman ISA, tetap menjadi keutamaan. Aku cuba sedaya upaya akan tetap berpegang teguh pada prinsip perjuangan bahawa, selagi ISA masih wujud, selagi itulah akta zalim tahan tanpa bicara itu tidak akan luput dari ingatan dan tindakan...cuma mungkin fashionnya berbeza sedikit dibandingkan ketika Abah masih dikurung di Kem Kamunting dulu.

Jangan lupa membaca posting terbaru tentang kami berdua di http://merdekareview.com/bm

4 ulasan:

joe penang berkata...

Ok la hadiah depa tu kak. Bagi kita perjuangan menentang kezaliman(ISA salah satu) tak akan berakhir. Selagi islam tak memerintah selagi itu perjuangan berterusan.

p/s: kacip fatimah je? tongkat ali xde? tak patut la depa tu.. hehehe

abu muaz berkata...

Ok lah tuuu....ambik je hadiah yg orang bagi tu.

MaMa MoDeN berkata...

salam pn laila,
depa ni pun rajin mengusik yer..
tak apalah depa pun nak tumpang rai kebahagian puan laila..

P/S: kpd sesiapa yg rasa2 pn laila agak sibuk sikit skrg urus rtangga bbanding dulu, bagi canlah kan.. bukan sng nak biasakan diri slepas 7 thn mbujang..

saya pun nak ucap selamat pengantin baru buat puan & abah..

~PakKaramu~ berkata...

Salam ziarah dari Pak Karamu

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]