Terimakasih pada semua.....

| |



Hari ini , masuk hari ke 20 Mat Sah ditukarkan tempat dari mendiami blok usang Kem Kamunting ke sebuah rumah teres setingkat di Taman Keramat.Pertukaran tempat ini sememangnya membawa perubahan yang tidak sedikit pada beliau, saya dan Suhaib juga terasa tempias dari kelainan itu.Apa yang lainnya? Sejak 16 Sept lalu, hinggalah hari ini, setiap hari, pasti ada saja tetamu yang datang. Ada yang menalipon atau menghantar sms terlebih dulu , namun dikalangan saudara mara dan sahabat yang agak rapat dengan beliau, mereka main redah saja. Mereka tahu Mat Sah tidak kemana-mana.Tetamu yang datang itu membawa barakah kepada kami....



Ini juga satu fenomena yang baru saya alami.Sejak menjadi isterinya hampir 20 tahun yang lalu, tidak pernah rumah kami menjadi sesebok begini.Tetamu yang datang pula dari pelbagai lapisan masyarakat.Dari orang tua hinggalah kepada bayi.Dari seorang Ahli Parlimen, ADUN hinggalah kepada aktivis masyarakat. Mereka yang datang itu bukan saja dari bangsa melayu, tetapi juga dari kaum Cina dan India.Meriah.Memang sangat meriah.
Penat??? Memanglah...setiap kali tetamu pulang, barulah terasa penatnya, namun Mat Sah lah yang akan mengemas segalanya sambil tersenyum gembira.Apa tidaknya?Dah lebih 7 tahun beliau tidak mendapatan lawatan dari saudara mara mahupun rakan taulan.Pada Hari Raya atau hari-hari biasa, hanya saya dan Suhaib yang menjadi pengunjung setianya.Sesekali dalam 3-4 tahun, adalah adik beradik beliau bertandang sempena Aidilfitri.Dua tahun kebelakangan ini, peguam muda dari Bar Council sering melawat Mat Sah dan tahanan ISA yang lain untuk bertanya khabar dan belanja mereka semua makan tengahari.
Namun yang jelas, Aidilfitri 2009 ini sangat berbeza kerana Mat Sah dilawati oleh pelbagai lapisan kaum di Malaysia.Saya juga amat gembira dengan suasana baru ini.Buat masa ini, saya sedang membantu supaya beliau segera dapat menyesuaikan diri dengankehidupan sebenar.Saya amat berharap, segala lawatan dan pertemuan itu akan mengurangkan kedukaannya kerana masih terpaksa mengikuti pelbagai syarat "tidak munasabah" yang diberikan oleh KDN serta mempercepatkan beliau pulih sepertimana sebelum ditahan dibawah ISA ,7 tahun yang lalu.
Terimakasih pada semua yang menghantar ucapan tahniah dengan kepulangannya, ucapan Hari Raya , doa-doa dan kata-kata indah untuk kami bertiga.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]