Dalam meniti hari-hari dimana Abah Suhaib telah berada disamping kami, isteri dan anaknya...saya tidak pernah lupa apakah nasib yang sedang dialami oleh salah seorang tahanan ISA yang ditahan dimalam yang sama dengan Abah lebih 7 tahun yang lalu.....Samsudin Sulaiman, ketika itu berusia 32 tahun, pastinya umur beliau kini telah menjangkau lebih 39 tahun!!! Sungguh lama usia dibazirkan tanpa sebarang kerja, perancangan dan seribu-satu macam aktiviti yang boleh dilakukan oleh seorang manusia yang sepatutnya bebas dan merdeka. Hanya disebabkan 'rupa' beliau dengan wajah yang dipenuhi jambang....begitu mudah media menggambarkan nya sebagai salah seorang "teroris" yang terus menerus ditahan di Kem Kamunting hingga lebih 7 tahun lamanya.
Abah sering bercerita tentang Samsudin, seorang yang pendiam dan amat menghormati perasaan teman yang lain.Saya masih ingat, ketika kami sekeluarga menikmati juadah Hari Raya di meja, dengan tidak semena-mena, Abah teringat pada Sudin@Samsudin yang bersendirian di salah satu blok tahanan di Kem Kamunting.Untuk seketika, saya dan Suhaib terdiam dan tercekik rasanya makanan yang sedang ditelan ketika itu. Apa tidaknya. Sudin adalah sebahagian dari Abah kerana mereka ditahan di malam yang sama, berada di Kem dalam tempoh yang hampir sama dan mutakhir, mereka tinggal di blok yang sama.Setiap kali kehabisan wang saku, Abah pastinya meminta aku menghantar duit lebih sedikit supaya dapat dikongsi dengan Sudin dan beberapa teman tahanan yang lain.

Saya juga agak rapat dengan bekas isteri Sudin, Pn D. Sudin dan Pn D telah bercerai tiga tahun yang lalu.Saya tidak pasti, mungkinkah disebabkan perpisahan ini, Sudin terlalu kecewa hingga beliau tidak mahu kemana-mana dan ingin tinggal "selama-lamanya" di Kem sana?
Entahlah....Saya tidak beranai membuat sebarang kesimpulan.Namun yang jelas, kini.....beliau benar-benar keseorangan ,hanya bertemankan , katil,tilam,bantal ,buku-buku dan kenangan yang ditinggalkan oleh Abah dan empat orang yang dibebaskan 15 September yang lalu....
Saya amat yakin, GMI tidak pernah melupakan beliau dan pasti akan sentiasa hi-litekan kesah Sudin ini dalam setiap aktiviti kempen anti-ISA yang akan berlangsung kelak dan dimasa yang sama, pohon doa dari kalian yang membaca blog ini supaya Allah segera membebaskan beliau dari Kem Kamunting.
6 ulasan:
Mengalir lagi airmataku mengenangkan Din. Sesungguhnya kakcik pun tak pernah lupa padanya, tambah pula kakcik saban hari menjenguk ke blog Laila ini. Setiap kali itu, wajah Din terbayang di mata kakcik....
tengok muka dia pun saya sedih...semoga dia tabah..saya yakin mereka yang diuji dengan ISA ni orang yang tabah dan beriman...
sedihnya
Salam Kak Laila,
Sedih baca posting kak laila ni. Semoga Saudara kita Din akan terus tabah dalam merentasi hidup yang singkat ni.
salam..saya selalu mengikuti perkembangan tahanan ISA krn samsudin sulaiman ini merupakan senior saya di uitm dan saya sepejabat dgnnya di kementerian kesihatan semasa beliau ditangkap..sedih bila senarai demi senarai yang dibebaskan tapi nama abg din tak jugak muncul..
Sudah ada saham bagi mereka yang meruntuhkan masjid(rumah-tangga)...
"Taat akan suami seolah-olah kamu taat akan Allah S.W.T"
Sudin ! Berjiwa besarlah anda.
Catat Ulasan