Lupakah dia....?

| |
Dua orang pemimpin tertinggi parti Makkal Sakti Malaysia, Kannan Ramasamy, Merahhitam, Thanenthiran dan Nalini
Maaflah tiada postings baru untuk hari Ahad dan Isnin.Kurang sihat. Kepala rasa berat, rasa mual dan perut pula rasa kurang selesa.Cuaca panas membuatkan tekak saya terlalu ingin makan benda-benda masam seperti limau dan jeruk buah. Apa? Suhaib nak dapat adik? Belum lagi kot..... Dia (Mat Sah) balik rumah belum sampai sebulan.Hari Ahad baru ni, kami menghadiri beberapa jemputan "open house' , makan pelbagai juadah ... tu yang jadi macam tu.Walau apa pun, agaknya kemenangan BN di Bgn Pinang turut menyumbang kepada rasa mual dan sakit kepala tersebut!!!
Saya tiba-tiba teringat pada dua orang rakan baik yang sering berada dipentas ceramah anti-ISA iaitu R.Kannan (Mr Right) dan Thanenthiran, bekas dua orang ko-ordinator Hindraff....Saya terkedu dengan kisah terbaru mereka....




Macam tak percaya, pada hari mengundi di Bgn Pinang , tiba-tiba PM Najib merasmikan penubuhan Malaysian Makkal Sakti Parti(MMSP) . Kenapa ya? Saya terkejut dengan berita dua orang "anti-ISA campaigner" yang amat rapat dengan GMI,menjadi pemimpin tertinggi parti baru untuk orang India itu. Saya mengenali mereka berdua kerana persefahaman yang wujud antara penyokong Hindraf dan Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) dalam program kempen bebaskan 5 pemimpin Hindraf sepanjang tahun 2008 dan awal 2009. Kannan dan Thanen, dua orang bekas ko-ordinator Hindraff sangat faseh dalam perbualan dan bersopan santun seperti orang Melayu . Thanen sendiri yang pernah mengambil Diploma pengajian Islam di UKM juga sangat pandai membaca ayat-ayat Al Quran.Dalam beberapa siri program dimana saya dan Thanen menjadi penceramah utamanya, saya melihat beliau adalah seorang yang sangat berpegang pada prinsip perjuangan iaitu ingin melihat ISA di mansuhkan dan semua rakyat Malaysia akan bebas dari akta tahan tanpa bicara itu.
Namun, dengan penubuhan parti baru itu, dan menjadikan PM Najib sebagai perasminya....saya tidak pasti ,adakah beliau telah lupa , setelah lebih 50 tahun kaum India dinafikan pelbagai hak , kemudian ketika mereka menyoal hak tersebut dalam satu demo jalanan pada 25 Nov 2007, mereka telah disembur dengan air asid dan lima orang dari pemimpin mereka telah ditahan dibawah ISA.Kini ,kesemua lima orang itu telah dibebaskan!!!
Sebaik saja 5 Hindraf dibebaskan, mereka berdua dengan mudah menubuhkan parti baru bagi kaum India. Adakah Kannan dan Thanen telah lupa pada UMNO/BN, yang telah membuatkan mereka "being sideline for 50 years" ?Adakah dengan menubuhkan parti baru itu akan memberi jaminan bahawa hak terhadap beberapa tuntutan khas kaum India akan dipenuhi? Adakah mereka berdua telah lupa bahawa UMNO/BN masih punya ISA? On top of everything, dimanakah prinsip perjuangan selama ini? Maaf ya... saya menulis agak emosional sket.....
Mungkin setakat ini, kedua-dua mereka belum dipilih untuk dijadikan mangsa akta tahan tanpa bicara itu....tetapi, selagi ISA masih wujud, tiada siapa yang tahu, siapakah individu-individu terpilih lagi yang akan dijadikan mangsanya. Mereka berdua mungkin lupa pada ISA,tetapi pemilik akta zalim itu tidak pernah lupa untuk menggunakannya pada sesiapa saja yang berkenan dihatinya!
Sila baca wawancara antara kami berdua -saya dan mat sah dengan website merdeka review di alamat http://wwwmerdekareview.com/bm.


6 ulasan:

weber berkata...

mungkin MH tersilap perkiraan dalam memilih rakan seperjuangan. nampak sangat mereka berjuang atas dasar bangsa. UMNO memerlukan sokongan dan undi orang India. Hindraf 5 sudah bebas malah Makkal Sakhti diambil menjadi rakan BN sebagai cara menarik sokongan kaum India.

Tanpa Nama berkata...

Dulu kawan skrg dia belot, habis kita kalah di semua kawasan india di Bagan Pinang. ada apa dgn parti baru ni

Lupakah mereka, kita yg sama2 berjuang menentang ISA, sehingga pejuang2 hindraf berjaya dibebaskan, tapi ini balasan mereka.

Bagaimana sekiranya, semua pejuang2 penentang ISA yg berbangsa Melayu, dari parti2 pembangkang dan NGO bertindak memihak menyokong ISA, menyatakan sokongan pada kerajaan sejak awal lagi, bagaimana jika ini berlaku? yakinkah mereka2 ini yg tokoh2 hindraf itu akan dibebaskan.

kita, walau apapun keadaan, sangat konsisten menentang akta zalim ini, walau siapapun yg menghadapinya, samaada mereka Islam atau bukan Islam. Tapi hari inilah yg berlaku, mereka inilah pengkhianat!!

Urwah Saari berkata...

Agenda politik sempit perkauman rupanya tak boleh lekang daripada dua org ini.

Pelawat Bumi berkata...

bila ulat dah jadi rama-rama..
terbanglah ia ke atas ke sini kesana
menunjuk lagak dan warna
tak sedar perangkap sedang ternganga

Tanpa Nama berkata...

They have sold their souls to the devil.

... but our fight for a free and fair Malaysia goes on.

shivasakti berkata...

Puan laila,
Those two MMSP is the devil in disguise.They are using you to gain popularity.
As far as these two are concerned,the malaysian indian people will never support them.
They were not effective i swaying the support of indians in BP but it was the Mic youth who did the legwork.In fact ,the MMSP were not entertained in BP.
All the best to Mat,shuib and you.
Shuibs education should now take centre stage after the hell he faced b4.
One fine day, test the water by taking Mat to his Mums grave .I dont think "they" will do anything to him.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]