Tahanan ISA selalu dibogelkan...

| |

Sejak dibebaskan dari Kem 17 hari yang lalu, saya telah mengaturkan pertemuan antara Mat Sah dan wakil-wakil media.Saya bersikap sedikit selektif dengan media-media di Malaysia ni.Saya lebih berminat Mat Sah di wawancara dengan media alternatif kerana mereka lebih telus dan jujur dalam laporan masing-masing.Jika boleh, saya ingin elakkan suami diwawancara oleh media arus perdana yang selama ini sentiasa menuduh dan memfitnah semua tahanan ISA terutamanya yang di labelkan sebagai "JI" dengan menuduh mereka pengganas dan sebagainya.Saya rasa maruah diri saya dan suami akan hancur jika membenarkan cerita ISA diberikan pada media kerajaan UMNO/BN yang memang terkenal dengan pembohongannya.



Setiap kali selesai wawancara dengan wartawan, Mat Sah akan kelihatan keletihan kerana terpaksa mengenang semula peristiwa 7 tahun meringkuk tanpa bicara di Kem Kamunting.Saya faham, tidak semua cerita dapat diserlahkan dalam perbualan selama sejam dua itu tambahan pula beliau masih lagi diselubungi tekanan kerana diasingkan dari dunia luar.Namun, soalan-soalan yang dilontarkan wartawan amat baik untuk beliau berfikir semula. Selama 7 tahun, minda beliau seolah-olah di "bekukan" dari kehidupan normal.

Namun satu perkara yang membuat saya menangis ialah pengakuan Mat Sah beberapa hari lepas, sebaik saja selesai di wawancara oleh wartawan Merdeka Review.... " Setiap kali dihantar ke PRC di K.L, kami mesti terpaksa memakai baju pendek.Dengan alasan untuk memeriksa seluruh badan,dari pusat ke bawah dibiarkan tidak ditutup untuk diperiksa oleh polis yang bertugas" kata beliau.Maknanya, setiap kali dihantar untuk sesi "pemulihan" di K.L, semua tahanan ISA akan di periksa secara menyeluruh termasuk "anu"dan ponggong mereka!!!!

Mat Sah telah dibawa ke PRC pada pertengahan Ramadhan baru ini.Maknanya, proses bogel juga berlaku dibulan Ramadhan!!!!

Patutlah tahanan ISA tidak mahu menceritakan keadaan mereka ketika dibawah penjagaan polis.Terlalu banyak perkara mengaibkan yang dilakukan keatas mereka. Apa kaitan pembogelan dengan ISA?Jika mereka dibicarakan di mahkamah, pastinya mereka tidak perlu melaui proses bogel ini hingga 7 tahun lamanya!!!!





5 ulasan:

ezry da' legend berkata...

pastinya ALLAH akan membuka aib MEREKA yg menganiaya tahanan ISA di hari pengadilan kelak.

TBO berkata...

salam

sahih lagi pasti tu ezry, didunia ni pun mereka akan dapat abyaran cash usah ler di risaukan

anak kedah berkata...

Salam,

Allahuakbar....
semoga segala perbuatan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah.

dia berkata...

Moga segala perbuatan insan yang menganiaya insan lain dibalas dengan hukuman yang setimpal dan semoga mereka masih mendapat cahaya daripada Ilahi.

Bee Family berkata...

-- geramnya ana baca kekejaman yg dilakukan oleh ISA.....

tak tahu nak kata apa...

ngadu pada Allah sajalah....


hmm.....ISA Kejam

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]