Bersabarlah....

| |

"Umi, beritahu dia (abah) Suhaib ada hal di KLCC esok" kata Suhaib kepadaku dalam nada suara yang amat perlahan."He's your dad... kenape tak beritahu sendiri!!!"bisikku pada Suhaib sambil menjegilkan mata padanya."Entah... tak biasalah lah " kata Suhaib sambil memandang wajahku mohon simpati.




Aku cukup memahami dan merasakan, kepulangan bapanya selepas 7 tahun, seolah-olah memberi saingan kepada Suhaib dalam mendominasi kasih sayangku.Ketika aku berbual-bual dengan Abah didapur, Suhaib akan mengintai saja perlakuan kami dari jauh. Jika kami berdua duduk diruang tamu, dia hanya akan tersenyum buat seketika dan kemudian mengurung diri dibiliknya. Dia mengakui, seolah-olah aku, umminya baru saja "berkahwin" dengan seorang "lelaki" asing yang kemudiannya tinggal bersama dirumah itu.Dia belum merasakan "Mat Sah" ialah bapa kandungnya.


Abah pula, cuba "berkenalan"semula dengan Suhaib ketika beliau berusia 9, 10 ,11 ,12, 13, 14,15 hingga kini, 16 tahun. Aku keluarkan semua gambar-gambar Suhaib yang diambil ketika dia berada di tahun-tahun usia tersebut. Abah melihat dan merenung puas-puas gambar-gambar tersebut.Sesekali kulihat beliau mengesat air yang memenuhi kelopak matanya. Kedua-dua mata itu kelihatan merah dan berair......


"Suhaib minta abang hantar dia ke sport planet malam ni.." kata Mat Sah padaku sambil tersenyum lebar."Rasa seronok sangat bila dia minta abang lakukan sesuatu untuknya..."tambahnya lagi tersenyum sambil mengesat kedua-dua matanya yang berair. Aku turut tersentuh dengan kegembiraan Mat Sah.Aku amat memahami rasa bersalahnya kerana tidak berpeluang membesarkan Suhaib sejak tujuh tahun yang lalu.


Aku meminta beliau terus bersabar dan berusaha memenangi hati Suhaib.





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

segala yang berlaku itu ada hikmah nya, bersabar janji ALLAH pasti berlaku, Insya'ALLAH.
Selamat hari Raya.

rosnanie berkata...

tentu suhaib dalam proses membiasakan dirinya daripada tiada ayah kepada ada ayah, walaupun dia tahu itu bukan salah ayahnya, tapi kekok tetap kekok, tujuh tahun membesar tanpa ayah dan saya pasti kak laila juga begitu. harap kak laila terus berusaha untuk merapatkan jurang tersebut. Insya Allah tak lama, nanti ketiga-tiganya akan biasa dan kembali normal....insya Allah

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]