Abah berusaha menambat hati makhluk asing?

| |

"Kenapa nampak kaku sangat?" tanya A dalam smsnya padaku. Ohhh...baru perasan, gambar yang keluar dalam ruangan FIKRAH tu kelihatan tidak mesra. Gambar itu diambil kurang dari seminggu beliau dikeluarkan dari Kem....kami sedang dalam proses nak berkenalan semula...

Abah juga akui beliau rasa agak janggal bila duduk disebelahku dan ketika kami tinggal berdua saja dirumah sendiri!! Ada ketikanya, Abah akan merenung dan memerhatikan setiap perlakuanku seolah-olah aku ini seorang makhluk asing yang datang dari planet lain!!!
7 Tahun aku hidup berdua dengan Suhaib bagaikan orang 'bujang' dan pastinya kebiasaan ini mengambil sedikit masa juga untuk mengubahnya....



Perangai Abah yang tidak pernah berubah walaupun 7 tahun tinggal di kem ialah sentiasa bangun awal pagi, ringan tulang dan suka memuji.Setiap pagi Abah lah yang akan mengejutkan ku dari tidur.Selain itu, tanpa perlu diminta, kerja-kerja seperti mengemas ruang tamu, dapor dan membasuh pinggan mangkuk memang menjadi rutin harian nya.Beliau juga sentiasa memuji bahawa masakan kulah yang paling sedap, walaupun cuma sebiji telur goreng dan dititiskan dengan kicap!!!! Selepas Solat Subuh, bukan aku yang menyediakan sarapan, sebaliknya dia akan memastikan masuk dapur lebih awal, dan menyediakan minuman panas kegemaranku iaitu "hot chocolate"! Perkara-perkara inilah yang membuatkan hati ku cepat tersentuh dan "cair" terhadapnya.....


Aku cuba-cuba juga "meninjau" semula buku resepi yang Abah pernah buatkan 7 tahun yang lalu.Dalam terkial-kial, aku mencuba beberapa resepi dibuku itu, khas untuk mengembirakan hatinya."Tak payah lah sibuk2, kita makan apa yang ada je" begitulah yang sering diucapkan.Ooooh ...leganya hatiku....Alhamdulillah.

Adakah semua ini dilakukan untuk menambat hatiku???.. ehemm...Tetapi...aku juga tidak akan lupa sindiran dari mak(ibu kandungku) supaya "rajin-rajin" siket kedapor.....

3 ulasan:

abu muaz berkata...

Salam. Cuba resepi saya mungkin dia suka .....

Ummu Auni berkata...

itulah penghargaan suami kepada isteri tercinta yang danggup menghadapi segalanya ketika suami di dalam tahanan. tak ramai perempuan yang secekal akak..untung akak kerana dapat suami yang prihatin, begitu juga suami akak pun, begitu juga

Unknown berkata...

intimacy is what is missing. Find back or look out of how to feel affectionate. Sooner the better.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]