Umar Azmi(occupy dataran):From zero to hero

| | 0 ulasan

"Ehhh...ayah Umar ni kan suami Rose(Ruslina)....."aku terkedu sendirian melihat gambar di FB aktivis terkenal Nashita Md Noor....
Selama ni aku turut mengikuti kisah penahanan remaja berani bernama "Umar" yang kena tahan ketika operasi DBKL di Dataran awal tahun ini...... tetapi tak pernah menyangka remaja itu adalah anak pada salah seorang rakan baikku sendiri....
Ya Allah...astaghfirullah......teruknya akuuuuuu........


"Rose....how are you? So sorry...... I didnt give any support to u all these while......" kata-kata yang tidak lengkap itu meluncur saja  bagai peluru termuntah dari hujung pistol!!!
"It's ok.....kami bersyukur sangat..dia tak jadi masuk penjara.." jawab Rose(panggilan ku untuk Pn Ruslina), ummi kepada Umar dengan nada gembira.
"Congratulations for being so strong..."tambahku lagi.
"Laila, I'm not that strong...I used to cry each time he went for the hearing. Most of the time, his father took his leave to be in court with Umar..." tambah Puan Rose lagi dan kami berbual untuk beberapa ketika....

Pada tahun 2010, aku dan Puan Ruslina mengajar subjek Bahasa Inggeris dan mengendalikan kelab Bahasa itu di sekolah yang sama.... Di tahun itu juga, aku bergelut antara tuntutan kerja dan  menghadiri kes OKT-Himpunan Mansuh ISA di mahkamah yang sama dimana Umar dibiucarakan....Ketika itu, kawan-kawanlah yang banyak memberi sokongan terutamanya dalam pertukaran jadual kelas yang terpaksa di lakukan pada hari-hari kes itu di jadualkan berlangsung....

Aku amat-amat memahami perasaan ibu-bapa Umar yang rasanya, telah melalui fasa yang sama seperti mana aku lalui dulu.... 


Mengimbau kembali tentang kes Umar, segalanya bermula dengan ketidak puasan mahasiswa yang mendakwa mereka di aniaya oleh kerajaan melalui PTPTN. Aku yang tidak pernah membuat pinjaman itu, ingin mengetahui  isu tersebut denganlebih jelas lagi. Jemputan ke forum PTPTNdari Mandeep Singh, salah  yang telah membawa kes itu ke mahkamah , tidak di lepaskan. Mahasiswa dari golongan miskinlah yang paling terdesak untuk mengambil pinjaman tersebut bagi memastikan mereka memegang segulung ijazah!


Kami sekeluarga sentiasa mengikuti perkembangan golongan mahasiswa yang rata-rata sudah tidak sanggup menanggung beban kewangan yang sangat serius. Bayangkan, belum 'graduate', hutang telah menunggu mereka yang baru nak memulakan   penghidupan...(Persamaan mereka bertiga diatas ialah, pernah di zalimi oleh  kerajaan yang sedang berkuasa ).

Aku turut memberi sokongan kepada usaha mereka menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Nampaknya usaha mereka ini mendapat banyak sokongan.....
Ini adalah antara poster dan banner yang di luahkan oleh mahasiswa yang berani tersebut. Mahasiswa adalah dari generasi y yang mana, maklumat kehidupan ini di hujung jari mereka.....Sudah tentu mereka tahu mengenai hasil negara yang banyak, tapi tidak dapat membantu mereka yang susah untuk mendapat pendidikan yang mampu mengubah nasib mereka dan keluarga....
Setelah menggunakan semua saluran yang dibenarkan seperti menemui Menteri Pengajian Tinggi dan dibawa ke Parlimen, tetapi tiada respon positif dari pihak berwajib....apa lagi pilihan yang mereka(mahasiswa) itu ada melainkan mengadakan demonstrasi aman di tempat awam ini...?

Umar, salah seorang anak muda yang juga mahasiswa turut datang memberi sokongan 'Occupy Dataran " ini.Bukan Umar seorang, tapi ramai lagi yang lain...mereka berkampung di Dataran Merdeka.Gambar ini di ambil dari sebuah blog. Lihat di gambar .... bandingkan dengan tuduhan dan bagaimana hakim jatuhkan hukuman pada Umar.

Mungkin atas arahan pihak tertentu, Hakim telah buat keputusan 'awal' sebelum judgement day kerana keputusan itu terlalu 'luar biasa' dan tidak adil...Agaknya pihak tertentu itu mahu jadikan "Kes Umar' sebagai pengajaran kepada semua mahasiswa....namun rupa hakim tu dah buat satu kesilapan besar!Kes ketidak adilan pada  Umar telah meledakkan semula semangat dan perjuangan mansuhkan PTPTN ni setelah beberapa ketika agak dingin dan hambar.....

Lihat...penjara telah membuatkan Umar lebih kuat dari sebelumnya....!!!!


Read More !

From Makkah with luv....

| | 0 ulasan

"Ila....apa khabar? Rindu nak solat sekali dengan Ila...." siapa pula lah dah rindu pada ku di awal pagi ni. Aku belum sempat up-date nombor telefon kawan-kawan ketika di Makkah dulu.....
"Ni Eda  ke Ti....eh eh eh..Kak Mun  ya....?" aku tak pasti suara siapa kerana suara itu agak 'baru' di pendengaranku.
"Amboi...dah tak ingat Kak Mun ya..." ujar suara di sebelah sana.
"Ehhh...ingat lah...kan dah sebut nama Kak Mun tadi....." dalam hati berkata, nasib baik ada sebut nama tu.
Dan kami pun berborak panjang.........................................................
Nampaknya kenangan manis ketika tinggal sebilik di Madinah dan Makkah dulu meninggalkan kesan yang besar di hati kami semua.....Dan jemputan walimah  dari Kak Jah, salah seorang jiran bilik kami di Makkah dulu, tidak di lepaskan begitu saja.Kami berjaya melakukan reunion pertama pada 16 Disember yang lepas.....syukur al Hamdulillah.....

"Hello Ji(Haji), ni kami di Taman Rekreasi Ulu Bendul ....kita dah hampir sejam kat sini.." kata Pak Haji Mail yang bertopi tu. Yang lain sengeh je menunggu Hj Azman dan Hajjah Eda.....mata semua melilau memerhatikan Merce silver milik pasangan tu.....Dah  lama tak bertemu Kak Mun dan Mamy Rokiah...memang rindu sangat pada mereka.....Kalau di Makkah dulu, semua asyik bertelekung saja, tapi bila dah pulang ke Malaysia, semuanya grand dan glamor sangat.....
Setelah naik dan turun bukit....akhirnya kami tiba di Felda Pasoh 2, tempat tinggal Hajjah Hadijah dan suaminya Hj Zahari.....Hebat juga majlis perkahwinan tersebut. Kami semua yang sedang kelaparan ni memang tak melepaskan peluang menikmati lauk-pauk kampung yang lazat tu seperti masak lemak daging salai,acar buah, ayam masak merah, paceri nenas,sambal belacan , ulam dan ikan masin.....hmmm..semua khusyk menyuap mulut masing-masing..:))
Lepas makan, para suami @abang aji semua duduk tersandar di kerusi kerana kekenyangan...manakala kami yang perempuan ni  beredar ke halaman rumah untuk melihat-lihat sekitar rumah Kak Jah.....

Deretan para "hajjah" di majlis tersebut. Bilik kami sebelah menyebelah justeru, kami agak rapat  dan saling memahami kegembiraan dan kesusahan kawan-kawan ketika di sana dulu.....Dalam perjalanan pulang, kami empat buah kereta singgah di Masjid dan menunaikan solat Zuhur berjemaah.....selain melakukan  kewajipan, mungkin ingin mengembalikan nostalgia di Masjidil Haram ...namun pastinya semua nostalgia dan kenangan itu tidak sama berbanding di Makkah yang penuh dengan ujian dan dugaan dulu.....
Eda, Kak Mun, Mamy Rokiah dan aku....sama-sama mengabadikan kenangan dihadapan pelamin pengantin di rumah Kak Jah...." Rindu sangat kat Ila dan Eda..." bisik Kak Mun dan Mamy Rokiah  ketika kami bersalaman sambil berpelukan...Masa di Makkah, kami sebilik tak pernah berselisih faham mahupun tidak sependapat. Mamy dan Kak Mun adalah yang paling senior diantara kami dan paling rajin serta mengambil berat keadaan kami yang lebih muda ni. Moga rasa perasaan  rahmah dan mawaddah ini terus berkekalan....
Semasa di makkah juga, Mamy dan Kak Mun sering bercerita keenakan sambal tempoyak dan mereka berjanji akan menjamu kami dengan hidangan tersebut. Memang betul, pulang saja dari kenduri walimah di Pasoh 2, kami terus memecut ke rumah Mami di Batang Benar untuk berehat sambil menikmati sambal tempoyak fresh yang di sediakan oleh Mamy...al Hamdulillah.....Petang itu, kami pulang membawa sebekas plastik sambal tempoyak yang sungguh enak rasanya....

Sebelum ni, aku agak rasa pelik melihat sikap kawan-kawan yang baru pulang dari mengerjakan haji.. Sebaik saja balik dari Makkah, mereka sibuk bertalipon nuntuk bertemu semula dengan teman sebilik ketika di Makkah dan Madinah dulu .Malahan ada yang sengaja mencetak gambar dalam bentuk "hardcopy" dan membuat satu album khas dan album itu di usung kesemua rumah rakan-rakan tersebut......

Kini, setelah melalui fasa tersebut, baru aku memahaminya..................................bersambung.

Read More !

Home sweet home....

| | 0 ulasan

Semasa nak ke Makkah dulu, perkara pertama dalam senarai kami berdua ialah Suhaib. Walaupun dia dah hampir 19 tahun,tapi masih perlu banyak 'coaching' macam amana nak kendali kehidupan harian. Walaupun adik-adik saya agak rapat dengan Suhaib, tapi budak sorang ni lebih suka nak tunjuk "macho' dan buat hal sendiri.....



Bila tiba di KLIA, sudah tentu dia lah orang pertama yang ingin kami temui....maklumlah dah hampir sebulan setengah tak tengok keadaan dia....Pertama kali berjumpa....dia agak malu-malu nak peluk dan cium uminya  di hadapan orang ramai.....Dia hanya memeluk bapanya saja ...Tapi bila tiba di rumah, dia asyik duduk berkepit disebelah ku saja......he he he



Jam 11 malam  kami tiba di rumah...ahhhhhhh!!! Home sweet home.....rasa hilang rindu tengok  kondo kami  yang comel ni...Aku ke dapur , kemudian masuk ke semua bilik serta membuka   semua almari....Lantainya terasa masih basah...kesan baru di mop oleh Suhaib.

Al Hamdulillah....syukur kami selamat pergi dan selamat tiba di rumah semula...Di dapur ada kari ayam yang amat ku rindui dan nasi impit yang dimasak sendiri oleh adikku Husna...Aku mengajak mereka yang datang ke KLIA untuk makan kari dan nasi impit. Ole-ole dari Makkah seperti kurma dan kekacang serta air zam-zam juga ku hidangkan untuk mereka....


Selepas tetamu pulang, aku dan suami mula mengemas beg-beg yang kami guna.....mata jadi cerah kerana  masuk jam 12 malam ialah waktu maghrib di Makkah...jadi tidak mengantuk.Aku mengemas ruang tamu dan bilek, setengah jam kemudian, suami menghulurkan  satu mug besar teh panas...memang sangat lazat rasanya...ketika itu jam menunjukkan 2.30 pagi!

Esoknya...seawal jam 10 pagi,.rumah ku di serbu oleh adik-beradik serta teman-teman rapat yang tahu kepulangan kami.......




Disamping Suhaib  ,emak dan adik-beradik  yang lain, orang yang  ku ingin temui ialah  Nashita,aktivis rakyat yang glamor ni. Masa di Makkah, dialah yang rajin ber sms dan up-date keadaan di Malaysia....



Aku sering mendoakan beliau agar sentiasa sihat  dan menjadi seorang peniaga yang berjaya bersama jenama Tupperwarenya...Namun, on top of everything, dialah yang paling dekat dengan ku ketika kami sekeluarga menjadi mangsa ISA dulu......
Tiga hari pulang dari Makkah, aku di hubungi oleh Sushi, seorang kawan lama yang begitu aktif dengan NGO yang disertainya. Sushi ingin membuat satu dokumentary mengenai sktivism ku bersama GMI ketika suami ditahan di bawah ISA dulu....Dan hasil dari persetujuan itu, aku dipertemukan dengan Tay Sy seorang 'freelance' dan Hariati, seorang wartawan dari salah satu akhbar berbahasa Inggeris terkenal di Malaysia....Seronok bekerja dengan profeessional seperti mereka.....:))



Seminggu kepulangan ku dari Makkah, GMI telah menghantar beberapa orang wakil ke Tawau untuk melawat dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada 8 keluarga ISA di sana. Sebaik saja pulang dari Tawau, mereka terus mengadakan sidang akhbar untuk mendedahkan  kesukaran hidup yang terpaksa di lalui oleh keluarga mangsa ISA ketika ini.

Berikutnya, tanpa di sangka, aku di lantek menjadi ketua panel hakim  bagi memilih NGO terbaik sepanjang tahun 2012 ini. Walaupun terlalu banyak isu rakyat , namun kami memilih beberapa isu yang benar-benar telah mengetuk hati orang ramai secara serius untuk menyertai aktiviti yang  di jalankan oleh NGO tersebut.Disamping itu, kesungguhan, konsisten yang mereka lakukan juga menjadi petunjuk penting kepada pemilihan para pemenangnya. Di sertai oaleh Maria Chin, orang kuat EMPOWER dan Prakash dari KOMAS, kami sebulat suara memilih Komuniti Sarawak dan Himpunan Hijau sebagai pemenang  anugerah Suaram Human Right Award tahun ini......
Kami juga tidak melepaskan peluang mengikuti perjalanan "kempen himpunan sejuta rakyat" yang di juarai oleh PR....sementara menunggu DS Anwar Ibrahim tiba, kami sempat mengedarkan kad Tahanan ISA pada orang ramai yang memasuki Dewan Civic itu............. semua aktiviti ini menambah indahnya Home Sweet Home kami....

Read More !

Guys,thanks for the kind words....

| | 0 ulasan

Masa tiba di bilik 935 di Hotel Haram di Madinah pada 28 Sept dulu, kami bagaikan orang asing. Setelah berkenalan...dan akhirnya timbul rasa ukhuwwah yang mendalam di selangi rasa kasih....Aku masih ingat sikap Ti yang sangat mengambil berat tentang keadaan tandas. Kak Mun yang membawa semua peralatan dengan selengkap-lengkapnya. Jem yang amat berpengalaman di kota Madinah ini dan boleh di panggil "Mutawwif" serta Eda...yang sangat romantik dengan" Man" nya......semua terlalu melekat dalam hatiku...

Kemudian bila ke Makkah, kami mendapat dua saudara baru iaitu Mamy Rokiah dan Rohana. Pada mulanya kami sangka Mamy seorang yang agak "garang" ...tapi rupanya sangkaan tu meleset sama sekali....dan Rohana yang dikatakan mengidap rheumatism, adalah orang yang paling rajin buat umrah sunat....semua ada kelebihan tersendiri.Tanpa melihat pada latar belakang masing-masing, kami datang ke tanah haram ini hanyalah dengan satu tujuan iaitu menjadi tetamu Allah  yang terbaik.....


Kini kami semua telah berada di Madinatul Hujjaj. Sejak melakukan tawaf wadak@ tawaf selamat tinggal, kami semua memang hanya tidur sejam dua saja. Namun... semua orang kelihatan gembira sebab dah rindu sangat nak pulang ke M'sia....tapi di masa yang sama terlalu sedih kerana bakal berpisah.Tiada lagi gelak tawa dan gurau senda...

Pastinya aku akan merindui gurauan nakal antara kak Mun dan Mamy Rokiah yang menghangatkan bilik. Mesti kami merindui sayur timun n tomato yang diilhamkan oleh Jem.Eda yang paling muda dan paling rengan tulang sentiasa sudi membantu sesiapa saja...dan yang jelas, Ti akan sentiasa mengusik kami supaya jangan lupa makan nasi Arab!


Kami tak banyak bercakap di Madinatul Hujjaj.Tidak pasti samada letih atau mengantuk kerana tak cukup tidur.....yang jelas semua banyak mendiamkan diri dan melayan perasaan....Aku berharap, setiap nombor telefon yang di ambil akan mendekatkan kami ketika di Malaysia nanti.

 Suami di hadapan, bersama pasangan Hjh Kak Mun dan Hj Hanafiah, nampak santai dalam pesawat dari Madinah ke Kuala Lumpur.kami berjaya mendapat tempat di tepi tingkap pesawat...jadi ada peluang nak lihat kepulan awan diluar sana......Its so nice knowing Kak Mun and her hubby....al Hamdulillah...



Sesiapa saja yang mengenali dua pasangan glamor ni....Puan Hajjah Eda dan  Puan Hajjah Ti serta suami  masing-masing di kira amat bertuah. Aku dan suami antara orang bertuah tu. Mereka adalah antara para jemaah haji yang amat mudah mendengar dan  membantu menyelesaikan masaalah jemaah yang lain.Kata-kata  semangat mereka amat bermakna pada ku dan suami..... Guys, thanks for  the kind words.....may Allah showers all of us with His blessings......

Masa pergi Madinah, penerbangankami cepat sejam dari jadual.Masa balik dari Makkah ke KLIA, pun sama, penerbangan cepat satu jam gak. Kami semua dah tiba di KLIA, orang yang nak menjemput kami belum tiba lagi...jadi sementara menunggu ketibaan orang yang menjemput tu mereka duduk-duduk santai kejap.....


Kenangan di KLIA dengan teman-teman sebilik di 935 Madinah dan 725 di Makkah......., moga Allah izinkan kita bertemu lagi di satu masa kelak.....insyaaAllah

Read More !

Lawatan ke Hudaibiyah

| | 0 ulasan

Pada hari Rabu, aku dan suami menyertai rombongan ke Hudaibiyah. Menyebut perkataan Hudaibiyah ini pastinya ramai yang  segera dapat mengingati peristiwa perjanjian Hudaibiyah yang amat terkenal dalam sejarah itu....Ini adalah lawatan kami yang terakhir di bumi Makkah al Mukarramah .Hati agak teruja untuk melihat ladang unta ,sejenis binatang yang amat di sayangi oleh orang Arab kerana tahan lasak dan menjadi kenderaan utama di padang pasir pada satu ketika dulu.....
Kini, unta hanyalah sejenis binatang yang di pelihara untuk daging dan susunya serta sekali sekala dijadikan bahan tarikan untuk para pengunjung di Kota Suci ini. Unta dikatakan seekor binatang yang sangat berhemah dan berakhlak mulia di bandingkan dengan binatang lain....Untuk menyembelih unta, tidak perlu mengikat kedua-dua pasang kakinya, cukup dengan membaringkannya saja.Seperkara lagi, jika ingin bermesra dgn unta, janganlah membelai lehernya kerana unta tahu, jika lehernya di belai, seketika lagi, leher itu pula yang akan di potong ....itulah antara fakta menarik yang disebutkan oleh 'tourist guide' kami....
Namun satu perkara yang jelas, unta mempunyai sepasang mata yang besar dan bulu matanya amat lentik sekali...:))

Masa yang di tunggu tiba iaitu untuk merasa susu unta. Tapi sebelum itu, kami di pesan....sesiapa yang ada darah tinggi, tidak di galakkan minum susu unta kerana susu itu terlalu lemak rasanya.....Walaupun ada  amaran, selagi minuman itu halal, memang berebut orang ramai membeli susu tersebut.....

Walaupun terpaksa  menahan bau najis unta yang  boleh tahan "busuk" nya, kami sempat mengabadikan kenangan di sekitar ladang unta tersebut. Ada beberapa buah ladang unta yang kami temui di sepanjang perjalanan ke Hudaibiyah. , semua untanya kelihatan sihat dan comel-comel....

Selepas ladang unta, kami pergi ke Masjid Hudaibiyah untuk menunaikan solat sunat dan trerus berniat ihram kepada sesiapa yang ingin mengerjakan umrah sunat. Selepas itu kami terus di bawa ke Museum yang menyimpan khazanah sejarah Islam. Aku sentiasa sempat bergambar di hadapan poster besar gambar Masjid Nabawi .


Ini adalah perigi zam-zam di zaman awal dulu. Baldi yang digunakan untuk mencedok air zam-zam juga jelas kelihatan......kini semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Air zam-zam kini di sedut dari sumbernya dan di simpan dalam sati bangunan besar yang di kawal ketat demi memenuhi keperluan para jemaah haji yang berjuta jumlahnya. Air itu juga  dikeluarkan dalam dua jenis iaitu "cold" sejuk atau "not cold" tidak sejuk.



Ketika ramai para sahabat yang hafaz ayat quran  syahid  di medan perang, khalifah ketika itu risau jika ayat quran tidak dapat di turunkan kepada generasi seterusnya.Demi memastikan ayat quran terus di bacam di hafaz dan di hayati maka satu inisiatif di ambil untuk  menulis dan seterusnya membukukannya. 

Inilah muzeum yang di maksudkan. Nampak simpel dan kecil sahaja namun didalamnya padat dengan harta sejarah yang amat tinggi nilainya kepada semua umat islam ...................................bersambung.

Read More !

Siapa yang salah?

| | 0 ulasan

Minggu ibadah di Masya'er yang merangkumi  tempat-tempat di Arafah, Muzdalifah dan Mina telah beberapa hari berlalu. Kami dari KT42 masih ada lebihkurang 9 hari lagi sebelum pulang ke Malaysia. Kami gunakan peluang ini untuk menyertai rombongan ke beberapa tempat menarik di sekitar kota Makkah dan daerah yang berhampiran.


Pada pagi Isnin 5 Nov 2012, aku dan suami menyertai lawatan ke Corniche dan tebing Laut Merah.Pekan Corniche agak jauh sedikit dari Kota makkah, iaitu sekitar 70 km(kalau tak silap). Dalam perjalanan menuju ke Corniche, kami singgah di sebuah Masjid(lupa namanya) di sebelah masjid itu di bina satu  tempat seperti pentas, khas untuk menjalankan hukuman memotong tangan dan memenggal kepala kepada  orang yang telah mempunyai bukti cukup melakukan membunuh  dan mencuri.

Menurut jurucakap@ pemandu pelancung kami , iaitu beberapa orang pelajar dari universiti berdekatan, bukan mudah untuk menjatuhkan sebarang hukuman  yang sedemikian kerana segala perbicaraan di lakukan dengan teliti dan mempunyai saksi-saksi yang cukup syarat-syaratnya. Hukuman pancung diadakan di tengah medan bertujuan memberi pengajaran pada orang ramai supaya menghindari kesalahan tersebut.

Tapi memotong kepala di khalayak ramai itu tidak lagi di lakukan di zaman sekarang.Kemungkinan kaedah yang sama masih dilakukan tapi di tempat yang agak tertutup.... Namun, melihat pada "pentas" itu sudah cukup menggerunkan sesiapa saja yang melihatnya...Kini, di sekeliling tempat memancung kepala pesalah itu, di jadikan tempat berniaga makanan ringan oleh para peniaga dari Indonesia dan Bangladesh. 


Inilah  Laut Merah yang terkenal tu. Ianya macam laut biasa je...tapi yang membezakan ialah sejarah yang berlaku melibatkan peranan laut itu. Airnya hijau dan sangat jernih...namun, semsa kami melawat di tepi laut, tidak ramai rakyat tempatan yang bertandang ke sana...agaknya orang Arab tidak berapa gemar bersantai di tepi laut ......


Kami berdua bergambar di tepi pantai  yang agak landai. Ada beberapa orang memancing ikan di sini. Suami yang dulunya kaki pancing memang geram juga melihatkan ikan dan pancing di hadapan mata.....namun apakan daya, kami dalam waktu lawatan kerana sejam selepas itu, kami sepatutnya berada di pasar Corniche yang besar tu. Aku tidak mengambil gambar pasaraya@ mall tersebut kerana ruapanya sama macam bangunan shopping kompleks lain di Malaysia.Sama seperti makanan segera KFC, Mac Donald, Coklat Cadbury, Kit-Kat...papan tanda jenama itu  nampaknya mula menghiasi sepanjang jalan di sekitar Corniche!

Pulang dari Cornich, kami singgah makan di tepi pantai Laut Merah lagi sekali dan kemudian berhenti seketika di sebuah Masjid di Sumaisi  untuk solat sunat dua rakaat dan niat ihram.Suami terus menukar pakaian kepada  dua helai tuala besar, sepertimana biasanya kami melakukan umrah  wajib dan umrah sunat sebelum ini.Kami pulang ke hotel dan merancang untuk melakukan tawaf serta saie selepas solat Isyak di Masjidil Haram.



Ada satu kisah benar di sebalik gambar ni.....

Kami pulang dari Corniche agak lewat iaitu sekitar jam 5.30 petang .Setelah solat Isyak , penat pun hilang, kami pergi ke masjidil Haram  untuk melakukan tawaf..Ketika keluar dari hotel, ku lihat jam di tangan menunjukkan sekitar jam 8.45 malam. Kami berjalan perlahan-lahan menuju pintu King Abd Aziz. Dari situ kami terus menuju ke dataran Kaabah .Kebetulan ketika itu, dataran kelihatan agak kosong.Kami tidak perlukan masa yang lama untuk menghabiskan tujuh pusingan. Kami berdua keluar dari pusingan  dan mencari tempat yang paling selesa untuk menunaikan solat sunat selepas tawaf.

"Tadi selepas habis pusinganke 6, rasa macam dah batal wuduk kerana terkentut....abang nak wudhuk semula ,lepas tu ulang satu lagi satu pusingan tawaf . Ila duduk kat sini...jangan pergi mana-mana..." suami menunjukkan deretan air zam-zam dan muka kaabah yang benar-benar aku menghadap kearahnya. Jam di tangan menunjukkan hampir 10 malam.

Suami terus hilang di celah-celah manusia yang mula memenuhi dataran.Aku melakukan solat sunat, membaca doa beberapa kali. Jam di tangan menunjukkan hampir 11.30 .Rasa risau mula merayap dalam perasaan walaupun ada ramai orang di sekeliling ku.
"Kenapa wudhuk dan buat sekali pusing ambik masa lama sangat nih? Kalau sejam setengah ni, dah boleh buat tawaf dan saie sekali....." dan aku melakukan solat sunat taubat diikuti solat sunat hajat supaya Allah memudahkan kami bertemu semula.....Kalau tadinya aku duduk diatas lantai, kini aku berdiri dengan harapan suami dapat melihatku....tapi hampa juga...Aku mengambil  telefon bimbit untuk menghubunginya tapi teringat semua barang2 beliau termasuk telefon bimbit ..ada bersamaku....

Aku pasrah dan terus berdoa.....

"Ila!...."  aku menoleh kebelakang melihat suami dengan muka terkejut.Dua-dua dalam keadaan terkejut dan ...macam nak marah....
"Kenapa tawaf lama sangat.....buat 7 pusingan ke?" tanyaku.
"Ila kat mana? Abang dah ulang alik di sekitar tempat Ila duduk ni lebih sepuluh kali, pas tu pergi ke tempat Saie....cari kat sana pun tak ada juga" ujar beliau.
"Ila kat sini dari tadi...tak gerak mana-mana pun!!!" kemudian kami terus berjalan ke tempat memulakan ibadah Saie.Aku mendiamkan diri tanpa berkata sepatah pun.Malas nak berbahas "siapa yang salah". 
"Oklah....jom kita ambik gambar..." ujar suami sambil tersenyum bila sedar aku hanya mendiamkan diri sepanjang jalan ke arah Bukit Safa.... Masa tu tak tau macam mana dengan wajahku...masam atau kelat....

Gambar di atas ni menceritakannya...kot....



Ini pula gambar suami yang ku ambil di tempat  aku berdiri sebentar tadi, jaraknya cuma beberapa meter saja  dari tempat Saie.

"Ehhh..canteklah gambar Ila ambik nih..."kata suami sambil tersengeh.

Malam makin larut, tanpa membuang masa, kami memulakan ibadah Saie.Di mulai dengan membaca doa, kemudian berjalan (sambil baca doa) ulang alik selama 7 kali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah .Selepas itu kami bertahalul dengan memotong beberapa helai rambut dan suami mencukur sedikit kepala beliau.


Selesai bertahlul, maka selesailah ibadah umrah sunat....al Hamdulillah 

Jam 1.30 pagi, kami keluar dari tempat Saie menuju ke pintu keluar masjid untuk pulang ke hotel. Masjid sudah agak lengang dan kelihatan ada yang tidur bergelimpangan diatas lantai di tepi masjid.Namun bilangannya tidaklah ramai sangat, seperti ketika sebelum wuquf di Arafah dulu...Mungkin jemaah haji sudah ramai yang pulang ke negara masing-masing........

"Jom minum teh panas..?" ajak suami dan aku hanya membuntuti nya ke sebuah  kedai yang masih belum di tutup lagi..........bersambung.

Read More !

Jiela dan Tukimin.

| | 0 ulasan

Kami ada sepasang anak sedara yang turut mengerjakan haji. Sejak dari Malaysia lagi kami merancang untuk bertemu,tapi tiada peluang, dalam erti kata lain, belum di izinkan Allah.Anak sedara yang ni special sket, muda-muda dah dapat peluang jadi tetamu Allah....
Sejak dari di Madinah, kami saling bersms,tapi tak sempat nak jumpa..... Mereka berdua terbang dari K.L ke Madinah lebih awal beberapa hari dari kami.Kami merancang ingin berjumpa di Madinah,tetapi tiada peluang.......
Ketika  mendapat jemputan dari Dato Syed, aku perasan alamat itu sama dengan tempat tinggal Jiela dan suaminya, iaitu di hotel Janadriah. Aku sms minta kepastian dan sememangnya tepat sekali. Alhamdulillah, sebaik saja majlis ramah mesra bersama Ketua Rombongan Haji selesai, kami berpeluang bertemu di lobby hotel...dan gambar ini sempat di abadikan.....al Hamdulillah.....:))

Read More !

Di raikan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia.

| | 0 ulasan

Beberapa hari pulang dari Masya'er, aku mendapat sekeping surat jemputan dari salah seorang petugas Tabung Haji. Surat jemputan itu di tulis sendiri oleh ketua rombongan haji Malaysia, Dato Syed Saleh. Ramai kawan-kawan sebilik yang terkejut dengan jemputan itu.

"Ehhh..kenapa Ila  sorang yang dapat jemputan"tanya mereka.
"Saya ni cikgu yang ngajar anak dia..." mudah jawapan tu.

Tepat jam 7.30 malam, sebaik saja selesai solat Isyak, kami telah di tunggu oleh pembantu dato' yang membawa saya, suami dan empat orang jemaah jemputan yang lain ke Ibu Pejabat tabung Haji di Hotel Janadriah. Kami di sambut mesra oleh Dato dan Datin sebaik saja tiba di sana.


Perjumpaan itu sebenarnya sengaja di adakan oleh Dato' untuk beramah mesra dengan ahli Pertubuhan Ikram di Malaysia yang menunaikan haji pada tahun ini..Ramai juga tetamu  yang hadir.Ada yang saya kenal dan ramai juga yang baru berkenalan pada hari itu.
 Selesai saja majlis ramah mesra, semua tetamu ambil kesempatan bergambar bersama Dato Syed. Suami sempat bergambar dengan seorang ahli IKRAM dari Melaka.

Bagi tetamu wanita, inilah masanya untuk berkenalan dan merapatkan lagi ukhuwwah. Jika di Malaysia tidak berpeluang bertemu muka, di Makkah ni Allah beri pula peluang untuk bersalam, berpelukan dan berbual mesra.....al Hamdulillah.
Semua tetamu rasa gembira di raikan oleh Dato dan isteri beliau..Datin Jun. .....Makanannya  memang hebat..Biasalah, kambing bakar dan nasi arab.....serta minuman jus mangga yang amat ori lagi pekat...
Tidak lengkap jika guru-guru anak Dato Syed tidak bergambar bersama beliau dan isteri.........Walaupun perjumpaan itu hanya mengambil masa beberapa jam saja namun ianya cukup meriah dan mesra sekali.
Al Hamdulillah dan di ucapkan terima kasih serta jazaakumullah pada mereka berdua........bersambung.

Read More !

Assalamualaykum ya Hajjah....

| | 0 ulasan

Kami mabit di Mina dari 10, 11,12,13 hingga 14 Zulhijjah. Setiap selesai menunaikan solat , Ustaz Badrul, dari Tabung Haji mengetuai bertakbir hari raya...Aku teringat Suhaib di Malaysia.Macam mana dia menyambut Aidil Adha....
Sewaktu bertolak dari Makkah ke Arafah dulu, kami sentiasa melaungkan "Labbaikallah humma labaik..." yang membuat  air mataku menitis. Kini, laungan takbir pula membuatkan hati ku sayu dan teringat Malaysia.....
 
Ini keadaan Mina di waktu siang. Tiada apa yang istimewa di tempat yang bersejarah,terkenal dan hebat ini. Pada musim haji, keadaan Mina sangat padat dengan manusia dan sibuk tapi selepas 14 Zulhijjah, Mina kembali sunyi dan lengang tanpa penghuni.....Hanya khemah-khemah yang setia berdiri menanti kedatangan para jemaah haji di tahun berikutnya...


Ini sebahagian dari teman-teman di Mina.Ramai juga jemaah haji wanita yang jauh lebih senior dariku.Walaupun lebih berusia, kebanyakan mereka amat bersemangat untuk melakukan yang terbaik dalam ibadah melontar ini.Tempat yang sempit tidak menjadi masaalah langsung. Semua berusaha menjaga hati sahabat yang lain. Merekalah yang sering memberi kata-kata penawar pada kami yang lebih muda ni..

Ketika di Arafah, aku tiada masaalah dengan makanan yang di sediakan oleh anak-anak remaja Badwi yang menjadi tenaga utama memasak dan mengedarkan makanan pada kami.Semuanya ku "telan' saja. Jemaah haji  tidak disediakan makanan di Muzdalifah, jadi tiada komen tentang makanan.Namun, di Mina ni keadaannya lain siket. Kami perlu tenaga yang banyak untuk berjalan ke jamarat selama empat hari berturut-turut....Tapi sejak menjejak kaki di Mina, rasanya aku dah tak mampu  melihat  hidangan yang di sediakan.Menunya  macam menu orang Malaysia, tapi cara memasaknya yang agak pelik dari biasa.Aku tak sanggup melihat ikan masak singgang, mahu pun kari kambing yang  disediakan oleh budak-budak tu .Untuk menambah tenaga, aku minum jus oren dan mengambil vitamin.Tapi....masaalah lain pula timbul.Aku sakit perut dan kerap ke tandas...dan bila bercakap tentang tandas...semua yang pernah menunaikan haji tentunya faham bagaimana keadaannya...kan? Tanpa makan nasi, tanpa makan vitamin ...aku "collapsed" pada hari ke tiga di Mina. Aku cuba duduk seperti biasa, tapi beberapa saat kemudian tumbang diatas carpet.....

"Abang, Ila tak boleh bangun  nak pergi melontar....demam..." sms ku pada suami.

Aku amat bersyukur kerana suami amat memahami keadaan ku ketika itu.Suami terpaksa menukar perancangan bagi memberi peluang supaya aku cukup sihat dan boleh berjalan ke Jamarat. Pagi tu,beliau membelikan roti canai serta secawan teh tarik dan kami makan bersama.Selepas itu aku makan panadol dan tidur beberapa jam. Kawan-kawan di khemah juga amat sporting dan membiarkan ku berehat sepuasnya....

Seperti yang di rancang, seawal jam 3 pagi 13 Zulhijjah, kami  berjalan perlahan-lahan ke Jamarat untuk membuat lontaran12 Zulhijjah.Lebihkurang jam 4 pagi kami tiba di Jamarat Sughra(kecil) melontar 7 biji, kemudian ke Jamarat  Wusta(sederhana) melontar 7 biji lagi dan akhir sekali ke Jamarat Kubra(besar) juga melontar 7 biji..Selepas itu kami menunggu  di tepi Jamarat selama 45 minit sebelum masuk waktu Subuh.Sebaik saja azan , kami menyertai jamaah lain  solat Subuh berjamah. Jam 5.20 pagi selepas usai solat Subuh 14 Zulhijjah, kami kembali ke tiga-tiga Jamarat untuk melengkapkan lontaran bagi13 Zulhijjah....

Nafar Thani yang di pilih  telah selesai dan habis semua 70 biji anak batu di lontarkan pada syaitan di dinding Jamarat...al Hamdulillah....dalam keadaan demam, aku masih sempat mengajak suami mengabadikan kemenangan melontar syaitan . 

Beberapa jam selepas itu, aku dan suami telah berada di bilik hotel masing-masing di Rawdhat As Shuroq, di Makkah.

Tiba di Makkah, kami mesti melakukan tawaf dan saie wajib bagi  menyelesaikan umrah haji. Setelah melaksanakan ibadah melontar di Jamarat yang jauhnya lebih 7 kilometer, ibadah tawaf dan saie kali ni macam "kacang" jer........ . Aku dan suami melakukannya dengan lebih tenang ,selesa dan amat puashati....
Sebaik  selesai saja melakukan tawaf , saie dan bertahalul, ini bermakna sempurnalah semua rukun wajib dalam ibadah haji.Kini ......kami berdua boleh lah di panggil haji dan hajjah.

Aku tersenyum melihat sms dari abang ipar di Malaysia...
"Assalamualaykum Ya Hajjah....semuanya selesai?" soal sms itu.

Alhamdulillah....ibadah haji yang merupakan jihad terbesar  kaum wanita, telah dapat di lalui dengan sempurna.Syukur,syukur, syukur dan syukur pada Allah kerana mempermudahkan segala urusan.........
bersambung.













Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]