Bebas juga akhirnya......

| |
"Tahanan ISA paling lama, Samsuddin Sulaiman telah bebas" sms itu ku kongsikan dengan suamiku, juga seorang bekas tahanan ISA yang ditangkap di malam yang sama dengan Samsudin.Suamiku telah dibebaskan pada bulan yang sama ,menjelang Aidilfitri ,tahun lepas.Samsudin telah dikurung tanpa bicara sela 8 tahun 5 bulan di Kem Kamunting.

"Aku takut sangat......, jika dah dibebaskan nanti, anak-anak pun tak kenal dan tak mau terima aku"demikian pernah diluahkan oleh Samsudin kepada suamiku, beberapa hari sebelum suamiku dibebaskan tahun lepas.

Akhirnya....Sudin bebas juga.

Sebelum ini, ketua Special Branch(SB) Malayasia dengan sombongnya mengatakan bahawa Samsudin sukar untuk dibebaskan kerana beliau masih mengancam keselamatan negara.Agaknya ketua SB tu lupa Allah lebih berkuasa dari beliau....

Walaupun dikatakan sudah bebas, sebenarnya Samsudin masih dalam sekatan polis ditempat yang terhad.Moga beliau lebih bersabar memasuki fasa kehidupan baru sebagai bekas tahanan ISA......

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Alhamdulillah.. syukur padaMu, Ya Allah...

joe penang berkata...

Boleh bg maklumat lanjut beliau? Alamat dsbnya.
Mana la tau jika ada yg nak beri sumbangan. Terutama menjelang syawal ni...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..laila, kamu sudah masak dengan pengalaman orang2 mangsa ISA ini, bantulah dia untuk menjalani hidupnya yang masih tersisa itu. Jangan kita biarkan mereka keseorangan tanpa bantuan. Fikirkan cara bagaimana Sudin dapat dibantu sewajarnya.

Semoga dia tabah.

Merah Hitam berkata...

Terimakasih semua.Kami sedang berusaha menjejaki alamat dan rumah sudin di Johor.Sebaik saja kami temui beliau, akan cuba diusahakan satu tabung khas untuk beliau memulakan hidup baru.Moga keperihatian anda semua memudahkan kalian dipertemuan dengan Lailatul Qadar.

Tanpa Nama berkata...

err.... kak... tahan buleh semayang sekali ramai-ramai tak?

kalau buleh, elok derang buat semayang hajat sesama, mintak tuhan lembutkan je ati demeh... kalau tak jalan jugak... mintak je la apa yang patut...

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]