Sakinah dan mawaddah di Jabal Rahmah.

| |
Selepas menyelesaikan umrah wajib, keesokkan harinya kami pergi ke Masjidil Haram seperti biasa. Biasanya aku dan suami pergi seawal jam 3 pagi, dan selesai solat Subuh dalam pukul 6 pagi, kami sudah tiba di bilik hotel. Kalau ikutkan hati memang nak solat setiap waktu di masjid, namun, jarak yang agak jauh membuatkan fizikal kami tidak dapat menerima aktiviti tersebut.......

Jika di Madinah, aku tidak mengalami sebarang masaalah, kesihatan mula terganggu sebaik saja tiba di Makkah. Pada hari ke lima, ketika kami menyertai lawatan sekitar kota Mekah dimana kami melawat, Jabal Thur, Jabal Rahmah , Arafah  serta Mina, aku sudah mulai merasai seram sejuk.



Aku sempat berposing di hadapan Jabal Thur, yang ada sebuah gua di dalamnya. Gua Thur ini adalah satu nama yang amat besar nilai dan kisahnya dalam sejarah perjuangan nabi Muhammad SAW.Inilah gua dimana ketika  Nabi Muhammad SAW dan teman setianya, Abu Bakr dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, mereka berhenti dan berlindung dari di kejar oleh intel kafir Quraish.....Ketika Nabi berlindung , mereka mendapat bekalan makanan dan susu yang di hantar oleh Asma' Binti Abu Bakr.Melihat pada fizikal bukit itu, ternyata terlalu mencabar perjalanan itu. Dan di masa yang sama, aku terasa amat-amat kagum dengan keberanian dan kekuatan fizikal Asma' yang begitu berani serta kuat mendaki bukit berbatu-batan serta curam itu untuk menghantar bekalan makanan kepada mereka (Nabi Muhammad dan Abu Bakr)yang sedang di kejar oleh musuh.....

Aku hanya sekadar melihat dari jauh saja kehebatan Bukit Thur yang menyimpan keseluruhan kisah,cerita dan  rahsia bagaimana perasaan Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakr ketika itu....
.
Seterusnya rombongan kami berhenti di Jabal Rahmah, sebuah tempat yang doanya amat mustajab terutama untuk memohon supaya kasih sayang dan keharmonian rumah tangga tetap berkekalan. Ada juga yang  berdoa untuk mendapat pasangan yang soleh, sehati dan sejiwa. Tidak kurang juga yang memanjat bukit ini hingga ke puncaknya untuk meminta@berdoa supaya  kehidupan rumahtangga mereka sentiasa mendapat sakinah, rahmah dan mawaddah......amat romantik rasanya berdiri di hadapan bukit ini.....dan aku sempat membaca doa titipan dari teman-teman di Malaysia, di sini....

Kami kemudian melawat Arafah  dan Mina. Pulang dari dua tempat itu, aku dan suami terus demam. Aku mengalami lelah yang amat serius hingga terpaksa berjumpa doktor untuk menyedut "nebuliser'. Ketika demam dan lelah yang terus itu, aku tidak dapat pergi ke Masjid, justeru, hanya solat di bilik hotel saja....
Ketika itu, suami@ Mat Sah juga mengalami demam yang serius hingga tidak mampu untuk berjalan ke Masjid.....

Kami redha dengan ujian demam serta lelah....kami yakin, semua yang terjadi adalah untuk menghapus dosa-dosa kami......                                                bersambung.


0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]