Sesiapa saja yang mendapat peluang ke Tanah Suci Madinah dan Makkah, pastinya berdoa dan berharap mendapat teman sebilik yang terbaik sepanjang permusafiran di bumi barakah itu...Aku turut berdoa moga di pertemukan dengan mereka-mereka yang jujur serta bersungguh-sungguh dalam menjaga niat dan amalan untuk mengerjakan haji.
Ketika membuka piantu bilik 935, aku berkenalan dengan Ti dari Bangi , sedang belajar di peringkat Master.Hebatnya suri rumah ni !! Kemudian, aku bersalaman dengan Eda, dari Melaka , ibu kepada lapan orang anak , wanita cantek yang paling muda di kalangan kami. Jamilah, yang sudah tujuh kali datang ke Makkah dan Madinah, mengerjakan haji kali ke 2 tahun ini.Jamilah yang sebaya dengan ku adalah isteri seorang aktivis tegar UMNO manakala Kak Mun, adalah seorang isteri kepada seorang bekas polis. Diantara kami berlima, hanya aku seorang yang berkerjaya, sementara yang lain adalah suri rumah sepenuh masa.....
Sebelum ke Madinah, aku di nasihatkan oleh kawan-kawan yang biasa mengerjakan UMRAH supaya bergerak ke Masjid bersama suami masing.. Namun setelah beberapa jam berada di sini, aku lebih selesa untuk bergerak bersama rakan sebilik kerana kami akan sama-sama solat di bahagian wanita. Kami sama-sama memilih tempat yang menjadi kegemaran dan akan sama-sama pulang ke hotel setelah semuanya selesai. Ada ketikanya, kami sama-sama singgah melihat jualan murah di sepanjang jalan ke arah masjid.
Ketika di Malaysia, aku rasa agak fobia dan stress dengan sesiapa saja yang mengaku ahli tegar ataupun penyokong UMNO. Mungkin pengalaman lebih 7 tahun di zalimi oleh penguasa ISA yang terdiri dari orang-orang UMNO, agak sukar untukku menerima mereka-mereka yang masih menyanjung parti Melayu itu.
Namun di Madinah, semua perasaan itu ku simpan kemas. Segenap perasaan dan jiwa raga hanya di tumpukan untuk melakukan ibadah yang terbaik dan aku sentiasa berdoa agar berjaya menjadi tetamu Allah yang terbaik dan dapat bersabar ke tahap maksimum setiap masa.........bersambung..
0 ulasan:
Catat Ulasan